counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

12 Mar 2012

"Wish List" Aku!

Semua orang pasti ada benda yg diidamkan dlm hidup, kan? Atau barangkali ada impian, cita-cita dan apa saja yg terpendam..Betul tak? Begitu juga dgn aku..Aku pon ada jugak..So aku nak senaraikannya disini:

Pertama:
Aku nak merealisasikan impian aku sebelum umur aku mencapai usia 30 tahun..Kalau nak dikira, 5 tahun lg usia aku menjangkau 30 tahun..Mcm tak percaya pulak! Agaknya sempat tak aku capai impian aku tu?

Kedua:
Aku selalu berangan ada orang akan sambut birthday aku apabila menjelang tarikh tersebut..Pastu kasi aku hadiah sebuah teddy bear serta diselitkan dgn coklat yg sememangnya favourite aku tuh..Aku teringat masa aku Form 4, classmate aku beli kek dan sambut birthday aku masa rehat..Dan masa aku Sem 4, housemate aku kasi aku coklat masa birthday aku..Then masa umur aku 18 tahun, seorang lelaki bernama Nazrin (pakwe dulu-dulu) hadiahkan teddy bear besar yg di pos laju terus ke rumah aku..Aku simpan lagi sampai sekarang..

Ketiga:
Aku selalu berharap ada orang boleh jaga aku baik-baik dan buat aku happy setiap masa..Memang susah nak memahami aku sebabnya aku memang sgt degil..Tapi kalau orang dah tikam aku dan aku dah mulai sakit hati, sampai bila-bila aku tak boleh nak terima orang tu serta aku dah takde mood dgn dia lagi..So berhati-hatilah ya!

Keempat:
Aku selalu cari kawan yg betul-betul boleh dijadikan kawan sampai bila-bila dan bukannya kawan yg makan kawan..Juga bukan kawan yg suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku serta bukan jenis kawan yg suka buang kawan..Kalau ada kawan yg sanggup  buang aku, aku ucapkan "terima kasih" dan itu maknanya aku dah tak mengaku dia kawan aku sampai kapan pon!

Kelima:
Aku sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan utk kawan-kawan aku dan aku harap dorang pon akan buat perkara yg sama juga pd aku sbb aku tak suka nak memaki serta menyumpah orang tanpa sbb..Kerana ustaz aku cakap kata-kata tu merupakan satu doa..

Keenam:
Aku dah mula berminat dgn kereta dan insyaAllah kalau ada rezeki lebih, aku nak make-up kereta aku cantik-cantik, terutamanya body kit dan paling penting tukar speaker..Barulah layan kalau dengar dentuman bunyi bass setiap kali pasang lagu techno trance..Mcm jantan aku ni kan?

Ketujuh:
Aku akan berusaha menjadi seorang wanita yg lemah-lembut sbb aku rasa aku ni mcm agak kasar sikit w'pon aku seorang perempuan..Aku tak pandai nak beraksi menggoda ala-ala gedik juga manja..Sbbnya aku menyampah buat aksi mcm ni apatah lg tengok perempuan lain buat mcm tu..Tu pasal aku suka berkawan dgn lelaki..Lelaki kan sempoi!

Kelapan:
Aku selalu bermimpi alangkah seronoknya kalau masa tu boleh berputar kembali ke zaman kanak-kanak sbb aku rindukan saat tu..Zaman kenakalan aku yg suka membuli kawan-kawan..Aku rasa aku start ramai kawan lelaki sejak dr sekolah rendah lg dan masa tu kawan baik aku adalah seorang lelaki!

Kesembilan:
Aku nak sgt jumpa dgn semua kawan-kawan aku sejak dr tabika sampai dewasa ni..Kawan yg dah bertahun, berbulan mahupon yg baru kenal..Aku tau ramai di antara kawan-kawan aku yg dah berumahtangga dan aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu..Giliran aku lambat lg ye..Seruan utk aku belum sampai lg..So harap kalian bersabar!

Kesepuluh:
W'pon aku ni panas baran dan mungkin ada yg kata aku ni garang, tapi hakikatnya aku ni taklah teruk mcm tu..Mood aku akan berubah secara automatik bila aku rasa serabut, rimas juga sakit hati..Cuba korang bangkitkan mood riang ria aku, insyaAllah aku sakat dan gelakkan korang sampai sesak nafas..

Terakhir:
Aku akan simpan semua diary aku yg aku dah catat kat dlm laptop, juga dlm buku..Aku tak tau aku ada berapa banyak diary dan aku masih simpan semuanya..Ada kenangan disebalik diary tersebut..Segalanya tercatat di situ..


Ini je "wish list" aku..Yg lain tu, biarlah rahsia.. :)

  

No comments: