counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

30 Mar 2012

Kau!!!


Kau, orang yg mencipta permainan ini
Setiap perbuatan dan peristiwa direka oleh kau sendiri
Segala helah dan penipuan sengaja kau wujudkan
Semuanya kau rancang, dan kau yg mulakan... 

Kau sakit hati, dia dan dia juga sakit hati
Namun kau masih lagi tak sedar diri
Kau fikir kau hebat, dan mampu beraksi
Malah kau masih lagi tak mengundur diri...

Jangan sesekali kau bermain dgn api
Kelak diri kau sendiri yg rugi
Sakit, perit kau sendiri yg rasai
Baru kau sedar langit itu rendah atau tinggi...

Tiada gunanya kau menyembunyikan diri
Di mana silapnya, kau harus sedari
Jawapannya terletak pd diri kau sendiri
Tak seharusnya kau terus menuding jari...

Semua khilafmu tak mungkin dilupai
Perbuatanmu bagaikan manusia yg tiada harga diri
Bukan pintaku agar kau jadi begini
Apa yg berlaku adalah diatas kehendakmu sendiri...

Harap kau sedar segala kesilapanmu
Bukan ku minta bencana menimpa dirimu
Segalanya terjadi berpunca dari perbuatanmu
Kau harus redha dgn takdir yg menimpamu...

Mungkin juga hatimu sudah pun berubah
Namun ku tahu kau tak mungkin mengalah
Kau tak pernah puas dgn apa yg kau ada
Kau lupa usiamu bukan semakin muda...

Apa yg kau mahu, apa kau kau idamkan
Segala janji manismu tak pernah kau tunaikan
Kau masih tak sedar apa yg kau dah lakukan
Kau leka, kau lalai dan semuanya kau abaikan...

Kau sombong, kau bongkak dan kau juga takbur
Sampai kapan kau mahu mengundur
Permainan ini bukannya seperti permainan catur
Tersilap langkah kau tak boleh berundur...



No comments: