Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

3 Mar 2012

Entah Kenapa?

Aku tidur lambat lagi harini sedangkan besok aku kena bangun pagi-pagi sbb kena pergi kerja..Aku pun dah bosan dgn life aku yg sama je setiap hari..Life aku tak sama mcm orang lain..Sangat lain..Sbbnya aku keluar rumah ketika matahari terbit dan pulang ke rumah ketika bulan terbit..Agak pelik bunyinya,kan? Mmg sangat penat tapi nak buat mcm mana sbb dah memang perjalanan hidup aku hari-hari mcm ni..Ni mungkin menjadi punca kenapa aku tetap maintain kurus dan dah bertahun-tahun lamanya aku masih lagi mcm ni..Fizikal aku ni mcm orang yg kekurangan zat dan vitamin..Bukan aku nak cakap mcm ni, tapi dah ramai orang cakap aku mcm ni..Aku redha je..Memandangkan perwatakan aku ni yg persis keanak-anakan, lagilah membuatkan aku ni kelihatan seperti budak-budak..Bukan aku yg kata, tapi orang yg kata!

Sebenarnya bukan itu yg aku nak ceritakan..Sejujurnya aku akui mmg aku ada ramai kawan lelaki..Ada sbb kenapa aku lebih suka berkawan dgn lelaki walaupun ada kalanya timbul perasaan benci pd lelaki, tapi aku selesa berkawan dgn lelaki sbb aku rasa kaum Adam ni bukan jenis yg tikam belakang..Tapi aku mengaku ada juga dikalangan kawan lelaki yg mempergunakan aku dan mengambil kesempatan ke atas kesenangan aku, tapi aku kenalah lebih alert sbb manusia zaman sekarang ni mmg sukar dipercayai..Baik lelaki mahupun perempuan, sama aje!

Bukan aku tak gemar berkawan dgn perempuan, cuma aku rasa keserasian antara aku dgn kaum Hawa agak renggang..Banyak puncanya kenapa aku cakap mcm ni..Aku bukanlah yg jenis memilih orang, tapi ada kalanya aku perlu memilih kawan supaya diri aku ni tak disalahgunakan..Kadang-kadang kawan juga boleh menjadi lawan..Ibarat gunting dalam lipatan..Tikam-menikam tu dah menjadi lumrah kehidupan seorang yg bergelar kaum Hawa dan juga kaum Adam..

Apa yg aku nak huraikan di sini, aku sebenarnya dah penat dipergunakan oleh orang-orang yg dikenali juga orang-orang yg tak dikenali..Kenapa dan sebab apa tu biarlah aku dan Tuhan saja yg tahu..Aku bukanlah jenis yg suka ungkit-mengungkit, cuma aku nak rasa dihargai dan disenangi..Mcm mana aku nak hormat seseorang tu kalau seseorang tu sendiri taknak hormat aku, kan? Bukan disebabkan faktor usia dan sebagainya, sebab zaman sekarang ni pun yg tua juga perlu hormat yg muda, begitu juga yg muda perlu hormat yg tua..Hidup biarlah seimbang!

Kepada kawan-kawan aku yg cukup memahami aku, terima kasih ya sebab jadi kawan yg baik dan menjadi tempat aku berkongsi cerita serta gelak ketawa..Mungkin ada kalanya timbul masalah keserasian tu, tapi tu perkara biasa bg aku..Kalau dah kawan lama-lama tu, tak timbul soal gaduh-gaduh mmg tak menjadi adat dalam berkawan lah kan? Sejujurnya, kawan baik yg aku ada ialah lelaki, bukan perempuan!

Kalau nak diceritakan soal jodoh, aku mmg dah penat..Penat nak jawab soalan yg sama sebab benda yg sama juga yg sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku..Aku percaya Allah dah aturkan jodoh yg baik utk setiap umat-Nya..Tapi aku percaya, lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik dan wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik..Begitu juga lelaki yg jahat adalah utk wanita yg jahat dan wanita yg jahat adalah utk lelaki yg jahat..Kadang-kadang aku terfikir gak, aku ni jahat ke? Sebab setiap lelaki yg pernah berdamping dgn aku, aku agak tak berkenan dgn perangainya..Mungkin juga mereka tak berkenan dgn perangai aku..Sampai sekarang aku belum jumpa orang yg betul-betul boleh memahami aku walaupun ada dikalangan kawan lelaki aku yg dgn rasa bangganya mengeluarkan kenyataan yg dia, dia dan dia sangat memahami aku..Cubalah jangan jadi hipokrit..Kalau tak kenal perangai aku, katakan aje tak kenal..Jangan nak jaga hati aku sangat!

Aku bukanlah tak suka kalau orang jaga hati aku, tapi ada kalanya aku merasakan yg mereka cuma taknak aku terasa..Kalau taknak aku terasa, janganlah kutuk atau mengumpat aku belakang-belakang..Kalau secara kasar nak cakap depan-depan pun aku tak kesah kalau kata-kata tu tajam umpama panahan petir..InsyaAllah aku boleh tahan telinga dan hati mendengar teguran korang tu..Drpd korang tikam aku belakang-belakang, lagilah buat aku sakit hati sekali gus bertambah-tambah rasa kebencian tu dlm diri aku..Jangan buat aku jadi benci sebab aku taknak benci orang tanpa alasan yg munasabah..Melainkan atas sebab yg betul-betul tak boleh dielakkan serta tak boleh ditahan, mmg sorry-lah!

Diringkaskan, aku tau hamba Allah tu dah banyak kali buat aku sakit hati, kecewa dan segala mcm perasaan yg ada, walaupun aku dilayan dgn baik bagai seorang puteri semata-mata nak mengaburi pandangan aku utk menjayakan misinya mempergunakan aku, aku rasa bersyukur sangat sebab segala perbuatan yg buruk-buruk yg kau cuba lakukan semuanya gagal sama sekali..Kejadian tempoh hari bukan niat aku taknak tolong kau, tapi naluri hati aku dah mengatakan kau mmg tak boleh dipercayai lagi..Kemudian kau menghalimunankan diri supaya aku tak dapat nak jejak kau lagi..Aku tak kesah sebab Allah nampak dan tahu apa yg kau buat tanpa pengetahuan aku..Cuma aku nak berpesan hentikanlah perbuatan keji dan hina kau tu supaya orang sekeliling tak pandang serong kat kau lagi..Kau tak serik lagi ke setelah ramai orang menjatuhkan kau dan mendoakan perkara yg buruk-buruk tentang kau?



P/S: Aku bersyukur sebab masih ada ramai lagi kawan-kawan yg percayakan aku dan memahami aku serta masih menghormati aku.. :)


No comments: