counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

9 Mar 2012

Sampai Bila?

Ada kalanya aku sendiri pon tak paham dgn sikap serta mentaliti sesetengah manusia ni..Ada yg berani tunjuk hebat belakang-belakang, tapi bila depan-depan jadi macam pengecut pulak..Boleh pulak macam tu kan? Biasanya orang yg buat muka kecut ni adalah orang yg bersalah..Hurmmm, sesuai tak kalau aku cakap macam ni? Rasanya sesuai kot sebab berpadanan dgn maksud aku tuh..

Kalau dah rasa diri tu sebangang Pak Pandir, tak perlulah nak berlagak jadi sepintar Albert Einstein..Nak jadi pandai, haruslah bijak mengatur langkah strategi dari segi semua aspek..Tak kira aspek luaran atau aspek dalaman..Yg aku nak tegur ni, mentaliti sesetengah manusia yg kononnya nak berlagak hero di depan mata heroin..Kalau dah tak mampu, tak payah la kan? Ingat menggunakan cara menipu tu boleh menampakkan diri tu disanjung tinggi macam hero dlm filem hindustan? Orang rasa makin meluat adalah!

Paling geli hati sangat-sangat tu kalau dah tak mampu nak handle semua masalah dan juga situasi..Kalau dah rasa diri tu cerdik serta pintar, haruslah bijak memainkan peranan utama untuk mengelakkan diri dikesan oleh orang sana sini..Dah tua bangka pon takkan-lah masih gagal lagi dlm bab yg sebegitu..Betul tak? Nak cukupkan forum atau kuota, kenalah pandai..Jangan bila lubang dah pecah, kelam-kabut cari tanah dgn simen nak turap dan tutup lubang semula..Amalan yg tidak baik tu tau!

Orang yg berhati mulia takkan angkat bakul sendiri mengaku diri tu memang berhati mulia..So janganlah nak berlagak baik pula semata-mata nak mengaburi pandangan sesetengah pihak..Lambat laun akan diketahui juga apa yg tersurat dan tersirat tu..Aku rasa sangat kelakar bila dikeluarkan kenyataan yg memang sangat geli hati bunyinya..Rasanya tak perlu kot aku taip kat sini sebab ia sangat private and confidencial (P & C)..Kebanyakannya apa yg dinyatakan tu adalah auta dan bukannya fakta..Palsu sama sekali!

Kalau nak meminta bantuan tu biarlah minta dgn jujur dan bukannya dgn cara mendesak atau erti kata lainnya memaksa..Sebabnya kita haruslah sedar kemampuan seseorang tu kalau kita nak minta bantuan dgn dia..Apa yg aku nak cakap ni sekadar renungan..Tak perlu nak mendesak seseorang untuk membantu kita kalau keadaan dia tidak mengizinkan..Dan sangat tak syok-lah kan kalau tiba-tiba orang tersebut nak dapat nak tolong kita, kita bengan dgn dia serta menarik muka dan menyumpah dia yg bukan-bukan..Aku tak nyatakan sesiapa tapi sekadar nasihat je..Bersyukurlah kalau dia dah tolong kita setakat yg mampu..Jgn nak meminta lebih-lebih pula..Pastu nak marah dan memberontak tak tentu pasal..Ibarat dah diberi betis, nak peha pula!

Kalau dah terdesak sangat pon, janganlah sampai nak mempergunakan orang untuk kepentingan diri sendiri, kan? Fikirlah kesusahan orang tu jugak..Jgn fikir diri sendiri je yg nak senang tanpa mempedulikan perasaan orang tersebut..Beruntunglah kalau masih ada lagi kawan yg nak berkawan dgn kita..Tapi bukan dgn cara bersyukur ada ramai kawan, so bolehlah ambil kesempatan mempergunakan mereka untuk kesenangan..Mungkin kawan-kawan tak tau niat jahat tu, tapi Allah sentiasa tau..So kalau nak orang sekeliling respek kita, kita kenalah jaga perilaku kita..Betul tak? Tak guna pon kalau nak cari mangsa sana-sini sebab lambat-laun balasan tu akan menimpa diri sendiri..Sedarlah ye!

Okaylah, apa yg aku tulis di atas tu bukanlah bertujuan nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar nasihat dan pengajaran..Aku cuma nak menyampaikan apa yg patut je..Sebab kita takkan menulis tanpa pengalaman..Betul tak? Pengalaman lah yg mengajar kita..Ni lah ayat yg disampaikan oleh seseorang kat aku, tapi dia sendiri mengulangi kesilapan yg sama..Agaknya mungkin nak mengumpul lebih banyak pengalaman untuk dijadikan benteng pertahanan diri..Maybe! Only Allah knows why.. :)



P/S: Alhamdulillah aku sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.. :)



No comments: