counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

17 Mar 2012

Kepentingan Pelbagai Loghat Bahasa

Okey..Mungkin ada yg hairan sebab aku post lg entry kedua untuk malam ni..Sebenarnya aku ada masalah nak memejamkan mata, sekali gus aku menaip lg kat blog sementara menunggu masa untuk mata aku terlelap dgn sendirinya..Seronok menaip ni..Zaman study dulu kena lebihkan menulis, sekarang ni kena lebihkan menaip pula..Canggih betul teknologi masa kini..Blog aku ni dah mcm diari bergerak dah..Hahaha! Tak mengapa sbb aku tak bercerita tentang benda yg bukan-bukan pon disini..Semuanya cerita mengenai diri aku dan tidak melibatkan sesiapa cuma mungkin ada beberapa saja..Hehehe!

W'pon diwar-warkan bahawa Bahasa Malaysia a.k.a Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua, tp tak semestinya kita perlu belajar dua bahasa ni je..Kalau ada orang yg tak fasih berbahasa Melayu tu, boleh ditampar sepuluh kali supaya tak gagap bila bercakap..Bahasa Mandarin pon dah glamer sekarang ni..Cuma aku je yg tak belajar bahasa ni w'pon ada yg tau aku ni bukanlah Melayu tulen..Ada gak darah campuran dan satu kerugian sbb aku sendiri tak belajar bahasa keturunan mak aku..Hehehe! Sdgkan bahasa keturunan ayah aku pon aku tak fasih, apatah lg nak gagap atau pelat sbb aku tak ngerti..

Al-kisahnya mcm ni..Masa aku study dulu memanglah aku ada ramai kawan dan kebanyakannya berasal dr negeri yg berlainan..Ada yg dr utara, selatan, pantai timur juga sabah dan sarawak..Seronok sebenarnya ada kawan yg mcm ni..Dpt gak la merasa belajar sikit-sikit loghat mereka..Tp loghat yg masih melekat sampai sekarang ni ialah loghat Melaka..Mungkin sbb aku pernah menetap kat negeri ni selama 4 tahun dan ni merupakan faktor yg kukuh kenapa kadang-kala aku bercakap ada terselit loghat Melaka..Yg bahasa halus aku tak fasih..Yg aku fasih tu bahasa kasar..Haih, agak ganas juga bunyinya bila aku cakap mcm ni dan aku ni bukanlah gengster sbb dr fizikal aku pon dah boleh di-reject awal-awal..Apa yg seronoknya, aku rasa orang Melaka ni sempoi w'pon bila bercakap bahasa tu agak kasar bunyinya, tp itulah hakikatnya..Aku ni kasar cuma luaran jer..Dalaman aku tak lah lembut mcm ulat sagu..Eeuwwwwww!

Al-kisahnya lagi..Entah kenapa dan mengapa aku pon tak tau dan mula timbul rasa hairan yg membuak-buak bila aku disuruh belajar loghat utara..Bukanlah aku pelat tp perkataannya yg perlu disebut secara baku tu persis mcm loghat tulen masa aku belajar Bahasa Kebangsaan dulu..Skema jugaklah w'pon aku ni bukan skema orangnya..Sdgkan loghat negeri aku (jawa) pon aku tak fasih, ni kan pulak belajar loghat nun jauh di atas peta Malaysia..Aku dpt bayangkan betapa kelakarnya aku kalau aku fasih berloghat selatan..Kah kah kah! Mesti seronok, kan? Dpt join tok nenek borak sama-sama di bawah pokok kelapa..Mustahil nak lepak bawah pokok rambutan depan rumah atuk aku sbb banyak kerengga..Habis kulit aku jd mangsa keganasan serangga merah berkaki 6 tu nanti..

Al-kisahnya sekali lg..Aku tak tau nak cakap apa lg sbb aku dah mcm kekeringan idea..Okeylah, ada benda lg aku nak cakap sebenarnya..Pernah tak u all's terfikir nak menguasai pelbagai loghat bahasa? Aku pon ada terfikir gak dan aku rasa kalau aku berjaya menguasai semua loghat bahasa yg ada di Malaysia ni, dah tentu senang nak bergosip, kan? Keh keh keh..Itulah yg dinamakan bahasa jiwa bangsa..Bahasa tu melambangkan bangsa dan harus diselami dgn baik supaya tak tenggelam nanti..Maksud aku kalau ada orang dok sot-set-sot-set pasal kita pon kita tau supaya kita tak jd mcm orang yg dungu..Hehehe!

Kalau ada sesiapa yg sudi menjadi tok guru serta nek guru untuk ajar aku loghat-loghat bahasa ni, dipersilakan..aku sgt mengalu-alukan..Nanti boleh jd kamus bergerak aku..Hehehe..Aku bukanlah nak mengambil kesempatan, tp sharing is caring, kan? Jgn nak ubah ayat jd sharing is loving sudah..Salah tu..Tak caring mcm mana nak loving..Kah kah kah! Ayat ni mcm agak gatal bunyinya..Hehehe!

Okaylah, sesi menaip dah tamat dan mata aku dah mulai mengantuk..Aku nak berehat dan tidur dgn tenang..Mungkin sambil tidur aku bermimpi sesuatu yg mengarut tp bukan mencarut dan aku akan ceritakan di sini..Agak-agak story tu kelakar aku post la kat sini..Agak-agak story tu sedih, aku tak post kat sini sbb aku susah nak mimpi benda yg sedih-sedih sbb mcm tak best rasanya menangis dlm tidur..Sbb mimpi tu kan sekadar mainan tidur..

Selamat malam..

P/S: Teringat zaman kecik-kecik dulu kalau nak tidur mesti dibuai dlm buaian..Hahaha! Kalau dah besar-besar mcm ni, tidur dlm buaian kan seronok.. :)

 

No comments: