Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

9 Mar 2012

Sesuatu yg Usang

Ada satu benda yg masih tersimpan kat bawah katil aku ni..Dah berhabuk dah sebab benda tu dah sebulan terperap kat bawah katil aku ni..Tak tau nak simpan mana, so aku letak je bawah katil aku..Lagipon benda tu bukan hak milik kekal aku pon..Apa nak dihairankan..Lantaklah kalau dikatanya aku ni jenis yg tak pandai nak jaga harta orang baik-baik sedangkan diri tu tak pernah nak jaga aku baik-baik..


Bak kata kawan aku, buat je benda tu sebagai pasu bunga..Kreatif sikit pasu tu dan boleh digantung depan rumah..Secara logik akalnya aku pon tak nak menyemakkan halaman depan rumah aku dgn benda hodoh tu sebab tak sedap mata memandang..Mungkin empunya barang tu dah tak hairan lagi dgn barang miliknya sebab dia kan seorang yg kaya konon-kononnya..Ada memiliki sebuah kereta mewah dan sebuah kereta tempatan juga sebuah kenderaan dua roda..Aku memang dah tak percaya lagi tapi bagi orang yg baru mengenalinya aku nak cakap bodoh sebab percaya dgn kata-kata dusta dia tu...Semuanya auta belaka!

Aku dah tak tau nak buat apa dgn benda yg usang tu..Keadaannya tak lah terlalu buruk sangat tapi memandangkan aku malas nak jaga dgn rapi, aku biarkan aje berhabuk..Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sarang ternakan dan tempat perlindungan sang labah-labah..Mungkin ada jugak orang yg gelakkan aku bila baca entry aku ni tapi itulah hakikat dan kenyataannya..Kalau tak percaya jugak, request lah suruh aku snap pic benda tu dan bubuh kat entry aku ni..Aku boleh je buat mcm tu..Kemungkinan akan menyebabkan si empunya barang tersebut terkilan sbb barangnya diperlakukan sebegitu rupa tapi aku rasa si empunya barang tu tak hairan sebab dia boleh beli lagi..Dia kan banyak duit!

Okeylah, memandangkan si empunya barang tu barangkali dah lupa yg aku ada simpan barang dia, atau sengaja ditinggalkan supaya dia boleh cari aku lagi, aku tak pasti jawapan untuk persoalan ni..Kemungkinan besar dia dah buat-buat lupa kat aku sebab dia sudah ada pendamping yg baru..Segar dari ladang! Aku tak hairan lagi dah sebab memang perangai buruk dia mcm tu..Nak buat mcm mana, nasihat orang sekeliling dianggapnya tak betul dan hanya katanya saja yg betul..Kesilapan orang dia pandang tapi kesilapan diri sendiri dia sekadar tutup kedua belah mata je!

Terakhir, aku nak cakap yg aku memang takkan pernah percayakan dia..Itu aje..Anda yg baru mengenalinya, bagaimana pula? :)


P/S: Kesah sebuah helmet merah.. :)


No comments: