counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

4 Mar 2012

Penat!

Perkara yg sangat memenatkan ialah bila terpaksa melayan karenah manusia yg pelbagai ragam..Bukan semua manusia tu ragamnya sama..Kadang-kala kita terpaksa layankan aje ragam manusia yg agak melampau-lampau..Tapi kalau tahap ke-melampau-an tu dah melebihi batas kesabaran kita, memang tiada siapa yg boleh jangka apa yg kita akan buat..Kalau tak kena penangan sebijik penumbuk, sekeping penampar juga berdas-das makian, memang tak sah, kan? Macam tulah yg aku rasa..Bukan aku nak salahkan sesiapa, tapi ada masanya aku terpaksa diamkan aje walaupun hati ni sakit bagai dihiris-hiris dgn berbilah-bilah pedang samurai..Hurm, agak melampau juga peribahasa aku ni..Haha!

Ni yg aku nak ceritakan..Aku ni bukanlah nak angkat bakul sendiri..Aku ada jugak sifat rasa simpati atau perikemanusiaan dgn individu-individu sekeliling aku..Nak berkira apatah lagi tidak sama sekali..Tapi kalau sifat baik yg aku ada ni sering dipergunakan oleh individu-individu yg agak kurang ajar serta tiada sifat terpuji, siapa yg boleh tahan..Betul tak? Aku pon ada perasaan jugak..Asyik aku je yg nak kena jaga hati dia, siapa pula yg nak jaga hati aku ni? Aku dah penat dah nak jaga hati orang sbbnya hati aku sendiri pon terabai..Senang cerita, aku masih belum merasakan ada mana-mana manusia yg boleh menjaga hati aku dgn baik..Bukan aku nak berjiwang karat mcm orang dilamun cintan, tapi aku sekadar meluahkan..Lebih elok kalau aku cakap hati aku masih belum dapat menerima mana-mana lelaki lagi..Ni bukanlah statement bagai orang yg kecewa, tapi yg nak disampaikan sebenarnya susah nak jumpa orang yg betul-betul ada chemistry dgn aku..Tipulah kalau ada sesiapa kata dapat memahami perangai aku ni camane..Aku panas baran tau!

Okey, walaupun aku ada ramai kawan lelaki, tapi bukan semua ragam mereka aku boleh kamcing..Rasanya tak perlulah kan sbb aku ni perempuan..Takkan lah aku nak buat perkara yg sama mcm apa yg lelaki buat..Rasional tak? Aku tau batas-batas aku setakat mana..Aku tau kemampuan aku..Sejahat-jahat dan senakal-nakal perangai aku pun, aku tak terlintas langsung nak mempermainkan perasaan orang..Cuma yg aku tak paham sangat tu kenapa orang yg selalu mempermainkan perasaan aku? Kalau aku ni betul-betul jahat, dah lama dah aku santau satu-persatu orang yg dah buat tahi dgn aku..Tapi agak syirik perbuatan tu..Kang aku nak meninggal nanti susah pula..Atas nasihat dari kawan aku, "Biar orang menganiaya kita, tapi kita jangan menganiaya orang..Tuhan sentiasa nampak apa yg hamba-Nya lakukan"..Terima kasih kawan atas nasihat yg membuatkan rasa keimanan aku semakin bertambah-tambah..Bukan nak membangga diri, tapi sekurang-kurangnya aku dapat kawal panas baran aku ni..Kata-kata sempoi, relax sudah!

Mungkin orang selalu merasakan yg aku ni agak cool dan sempoi sbb gaya aku dah memang mcm tu..Tapi masalah yg menimbun-nimbun tiada siapa yg tahu..Aku sendiri akui yg aku ada banyak masalah dan sampai ke satu tahap tu aku sendiri tak boleh nak menahan penat utk menanggung semua ni..Apa yg aku inginkan ialah "bebas"..Dah lama aku impikan utk hidup dlm keadaan bebas tanpa sebarang masalah juga kongkongan..Mungkin sbb ni juga aku rasa single is better..Tapi aku takde lah berfikiran tak waras mcm tu sampai taknak kahwin, kan! Cuma belum tiba masanya lagi..  Dah sampai seruan nanti aku naik pelamin-lah!

Yg terakhir yg aku nak sampaikan, kepada individu yg pernah dan selalu sakitkan hati aku ni, aku tunggu sampai individu tu sendiri datang jumpa aku dgn niat ikhlas minta maaf dgn aku..Sebabnya aku tak gemar menggunakan teknologi yg serba canggih utk meminta maaf dgn orang..Lebih afdal kalau jumpa secara face-to-face, kan? Nak berkawan berani pula jumpa terang-terang dan menyampaikan niat nak berkawan, tapi bila dah dingin, dah retak dan dah meletup, taknak pula jumpa depan-depan nak minta maaf..Haruskah menggunakan SMS, MMS, E-mail, ataupun Fb utk meminta maaf dgn orang? Mcm agak bangang cara mcm tu..Memanglah orang kata sekarang dah moden..Segalanya di hujung jari..Tapi kalau bab-bab yg mcm ni harus dipandang serius..Barulah tak timbul perasaan saling benci-membenci di antara dua pihak dan mungkin beberapa pihak..Lebih senang kalau tak melibatkan mana-mana pihak..Kan bagus kalau diselesaikan dgn cara yg baik..Bukan susah mana pun, kan?



P/S: Entah bila rasa penat aku ni nak berakhir pun aku tak tau.. :'(