counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

14 Mar 2012

Makan Hati?

Oleh kerana fizikal badan aku ni yg agak kurus, ramai orang beranggapan aku ni mcm orang yg sedang makan hati..Iye ke? Aku pon tak tau dan aku rasa cuma Tuhan je yg tau kenapa dan sebab apa aku jd mcm ni..Biar menjadi tanda tanya dan biar ia menjadi rahsia..Hehehe..Kemungkinan faktor kurang selera nak makan sejak akhir-akhir ni menjadi punca kenapa berat badan aku semakin susut dan mungkin juga faktor penat menyebabkan aku rasa tak lalu nak makan banyak-banyak..Berat aku memang tak kan berubah dan setiap kali timbang berat badan, jarum meter tu memang tak kan berganjak sampai ke angka 50..Semestinya jarum meter tu akan berhenti di angka 44 hingga 46..So kalau tak timbang berat badan pon aku tak kesah sebab aku dah tau keputusannya..


Takde sorang pon tau kenapa dan sebab apa aku jd mcm ni dan masalah kemurungan yg kadang-kala melanda diri aku pon tak pernah menjadi tanda tanya oleh sesiapa..Sebab aku tak suka menonjolkan masalah aku kat orang ramai dan kalau aku rasa otak aku mcm serabut sangat aku pasti akan naik angin tak tentu pasal..Tapi takde lah sampai ke tahap memaki hamun orang sbb aku masih boleh jaga bahasa kasar aku ni..


Okaylah, aku tak tau nak taip apa lagi dan yg pasti tak semestinya aku kurus sbb aku makan hati..Dan mungkin juga aku ada terasa hati dgn sesiapa dan rasanya tak perlu aku mention di sini dan aku rasa lebih baik aku diamkan aje mcm orang yg makan hati w'pon kawan-kawan selalu cakap tak baik makan hati lama-lama..Tapi bg aku itulah yg terbaik..




No comments: