Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

27 Mar 2012

Berjanggut


Berjanggutlah wahai lelaki...

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas
daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara
‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut.
Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan
lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya
seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya.
Antara kelebihan berjanggut adalah :

· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita :)
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki
yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut.
Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian
daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW.
Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW
yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala)
kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka
dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.”
(Hadith Riwayat Muslim)


No comments: