counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

19 Oct 2011

Dipertimbangkan atau Diabaikan?


Kadang2 aku terfikir..Perlu ke x aku jd seorang yg berhati lembut? X terlalu memendam dan berdendam..Salah ke kalau aku jd mcm tu? Bkn kehendak aku..Kalau situasi x memaksa, aku pon x dipaksa..Segala alasan kau yg x munasabah dan x masuk dek akal tu perlu ke dipertimbangkan? Bkn sekali dua aku dah pertimbangkan, tp dah berkali-kali rasanye..Dah naik jemu dah..Kenapa? Tanya diri kau tu sendiri..Bkn satu dugaan aku dapat, tp dah terlalu banyak..Semuanya terjadi disebabkan angkara kau sendiri..Kalau kau x cipta semua ni, ia xkan berlaku..Sikap tamak dan haloba kau tu dah memakan diri kau sendiri..Kau sedar x selama ni? Kau lepaskan benda baik yg ada di depan mata, kau pusing ke belakang dan pilih benda yg x baik..Kenapa kau bodoh sgt? Kau pilih sesuatu yg agak x munasabah! Kenapa nak musnahkan sesuatu yg kau dah miliki pastu kau pilih sesuatu yg merosakkan? Kesilapan besar tu mmg kau x nampak agaknye..Rabun tapi buta!


Aku rasa kau perlu diabaikan, sama mcm kau abaikan aku..Ni bkn berdendam namanye tp aku nak kau rasa mcm mana sakitnya bila orang abaikan kau..Perit x? Kau kena terima hakikat tu..Kalau kau jujur dgn diri kau sendiri, kau xkan rasa azab yg mcm ni..Mcm yg aku pernah katakan, "semua yg dah jd ni berlaku disebabkan diri kau sendiri, jgn salahkan orang lain"..Ingat lg x? Kalau x ingat xpelah sbb aku mmg dah tau kau pasti akan buat2 dan pura2 lupa kononnya..Aku dah kenal perangai kau mcm mana; Buat2 x tahu dan x ingat bila ditanya dan disoal, alasan ringkas kau dah lupa kononnye..Relevan ke?? Lantaklah..Kalau kau nak cakap jujur, kau cakap-lah..Sesungguhnya kau mmg seorang kaki putar belit..Aku tau itu..Kadang2 aku rasa sia2 jugak aku tanya kau sbb aku x pernah dpt jawapan yg agak relevan utk setiap soalan yg diajukan..Gaya seperti seorang guru menyoal anak murid, kan?

Aku sendiri x tau sampai bila kau nak tipu aku..Sesungguhnya aku sedar aku x dpt nak soal selidik kegiatan dan aktiviti harian kau, aku tawakal ajelah..Redha dgn apa yg terjadi..Sememangnya aku dah melatih diri aku supaya jgn terlalu percayakan kata2 kau yg ibarat semanis madu lebah tu..Aku pon dah x tau mcm mana lg aku nak lahirkan rasa simpati ke atas nasib malang yg dah menimpa diri kau..Aku pon dah x tau mcm mana lg aku nak bukakan hati supaya aku dpt percayakan kau kembali..Sesungguhnya kau pon x pernah rasa serik dgn apa yg kau dah buat kat aku..Aku sedar kau dtg cari aku bila kau kata kau rindu aku..Tp aku tau itu semua sekadar lakonan kau nak tarik perhatian aku..Konon2nya nak membuktikan kau setia dgn aku..Drama kau tu bkn lg drama yg baru..Tp dah agak lapok dah bg aku..Kau sedar x?

Alasan yg konon2nya kau dah putuskan hubungan bersama wanita itu dan ini sememangnya x membuktikan kejujuran kau pd aku..Sbb kau mmg bukan seorang yg setia pd pandangan mata aku..Kau pantang nampak perempuan yg bermasalah, pasti kau cuba mengayat..X cukup dgn satu, kau tambah lg satu..Pandai pulak kau cover sana sini kan? Mmg hebat sgt-lah..Tp kehebatan kau tu x cukup handal lg sbb bila kau dilanda masalah bersama dgn wanita itu dan ini, kau akan menyepikan dan menyembunyikan diri dgn alasan 'banyak masalah yg perlu diselesaikan'..Ya, mmg patut pon kau rasakan sbb kau sendiri yg nak jd sehebat Romeo, kan! Aku x paham kenapa kau perlu jd mcm tu sbb berkelakuan spt seorang 'Playboy' bknlah cara yg terbaik utk membuktikan ke-maskulin-an diri kau tu..Kau bknnya ada apa2 pon..Hanya gadis yg baru mengenali diri kau je aku anggap bodoh bila dia percaya yg kau memiliki segala kemewahan ala2 Mat Jenin tu..Kau sedar x?

Kau tau x betapa peritnya aku rasakan bila salah seorang wanita kau tu dgn megahnya berasa sgt bangga sbb berjaya menayangkan status 'in a relationship with u' dlm Facebook? Aku rasa wanita itu mmg sengaja menayangkan status tersebut dgn niat nak menyakitkan hati aku..Aku tau kau x pernah mengaku apa hubungan aku dgn kau ketika itu..Aku redha je wpon kau anggap aku ni umpama sampah bg kau..Aku tau hati kau sdg berbunga2 bersama wanita itu ketika itu..Kemudian kau tukar status kau bersama dgn wanita lain dan kau sengaja menyembunyikan status kau tu supaya tiada rasa syak wasangka akan timbul..Tp kebodohan kau tu terserlah wpon aku xtau semua tu, tp Allah dah tunjukkan kebenarannya..Kau bermadu kasih bersama wanita lain dlm Tagged..Maaf sbb aku ter-login secara x sengaja..Kantoi pd kali itu bknlah kantoi pd kali pertama buat aku sbb dah dua kali kantoi dah..Aku diam tp kau x tau perasaan aku masa tu..Depan mata kau aku spot check fon kau, dan ternyata kau masih simpan gambar2 gadis yg dlm Facebook itu..Gambar aku satu pon xde dlm simpanan kau kan? Ternyata aku ni ibarat kain buruk bg kau..Kata2 sayang kau hanyalah permainan yg kononnya kau setia dgn aku..Nama aku pon kau tukar kpd nama singkatan, tp nama gadis2 lain kau bubuh dgn nama2 manja..Aku tau siapa gadis2 tersebut..Aku malas nak soal kau lebih2 sbb aku tau kau pasti tipu aku lg..

Sekarang ni aku dah mulai perasan yg kau dah buang satu persatu gadis yg pernah berhubungan dgn kau secara nyata dan x nyata..Kenapa? Sbb kau dah rimas dan bosan dgn mereka? Tp kau x buang aku plak kan? Kau masih carik aku lg dan luahkan perasaan yg kononnya kau rindu kat aku..Sesungguhnya aku mmg x percaya dan mmg x pecaya lg dah..Bkn aku sengaja jd mcm ni..Sbbnya kau sendiri tau kan! Kau janji yg kau dah xde apa2 hubungan dgn mereka lg..Tp sejauh mana aku boleh percayakan janji kau tu? Bkn sekali dua kau janji mcm ni, tp dah berbelas kali..Kau tetap menghubungi mereka lg..Buktinya, aku x pasti kau mmg sengaja atau x yg kau dah mengubah tarikh dan masa dlm fon kau..Utk mengaburi pandangan dan pemerhatian aku yg kononnya kejadian tu berlaku 2-3 bulan yg lepas..Pdhal pd tarikh aku jumpa kau buat kali terakhir tu, panggilan tu dibuat 2-3 hari yg lepas..Siapa yg bijak skrg? Kau atau aku? Kenapa aku boleh berfikir sebijak tu, sbb nama2 gadis yg tersenarai dlm setiap panggilan tu adalah gadis2 yg kau baru kenali dlm tempoh sebulan pd bulan yg sama..Tp penipuan yg kau cuba cipta, panggilan tu dicatat pd 2-3 bulan yg lepas..Relevan kah? Kau cuba uji minda aku kan?

Aku x tau mcm mana lg aku nak cakap semua ni kat kau..Sbb perkara terakhir yg kita dah bincang pd kali terakhir kita jumpa tu, semuanya bercanggah..Mmg dah terbukti kau cuba mempertahankan gadis2 kau yg lain..Ibarat aku yg paling bersalah..Tp kau menangkan mereka..Kenapa? Kononnya mereka tu x bersalah wpon mereka dah berjaya dptkan kau? Kononnya aku yg bersalah sbb aku cuba cari mereka satu-persatu? Salah aku jugak ke? Aku x kacau mereka, aku jd kacau-bilau pon disebabkan sikap kau..Kalau kau x layan, xde lah mereka nak carik kau, kan? Aku pon x boleh nak salahkan mereka sbb kalau kau x taburkan janji2 manis, mereka xkan jatuh hati dgn kau..Betul kan! Hati perempuan semua sama..Tipu kalau ada perempuan yg kata mereka x mudah layu dek rayuan manis oleh seorang lelaki..Kau pernah sedar x kenapa setiap kali kau cuba menghubungi aku atau cuba SMS aku, aku pasti bertanyakan hal tentang mereka? Sbb aku tau kau pasti akan memutar-belitkan kata2 kau kononnya kau dah lupakan mereka, kau dah xde apa2 hubungan dgn mereka..Aku pon dah x hairan kalau ada mana2 gadis yg kau kenali memaki-hamun kau sbb aku berasa lega yg akhirnya mereka dah berjaya hidu perangai buruk kau tu..Lg bagus mereka sedar drpd mereka terus dibayangi dgn janji2 manis kau tu..Cukuplah aku sorang je yg rasa sakit..Xkan aku nak tgk kau sakitkan mereka yg lain..

Aku x berjaya nak luahkan semua ni pd kau..Aku minta maaf..Sbb aku mmg x pernah diberikan peluang utk bgtau semua ni..Aku cuma luahkan semuanya kat sini sbb aku tau kau pasti akan menjenguk blog aku ni..Kau sendiri pernah cakap kat aku kan yg kadang2 kau jenguk blog aku..Orang lain x tau aku nyatakan semua ni pd siapa..Tp kalau kau dah baca dan kau paham siapa orang yg dimaksudkan, baguslah..Kalau kau berpura2 x paham dan x tau, terpulang pd kau..Aku x paksa..Kau pon x boleh marah aku sbb aku x mentioned nama siapa2 pon dlm ni..Mungkin cuma aku dgn kau je yg paham apa yg aku maksudkan..Harap kau gembira dan selesa dgn kehidupan baru kau skrg ni wpon aku xtau kau berada di mana skrg sbb kau pon sekali-sekala call aku, sekali-sekala SMS aku bertanyakan khabar..Andai kata kau dah ada pengganti yg lain sekalipon, aku ucapkan semoga kau bahagia..Pasni aku mmg dah x tau segala aktiviti kau sbb aku rasa mungkin kau dah berada jauh dr sini..Dan mungkin kau dah bersama dgn gadis yg lain di sana..Wassalam..



18 Oct 2011

Miracle?


Miracle? Oh, yeahhh..Mmg orang akan selalu cakap mcm ni..Sbb kawan2 aku pon bg nasihat yg serupa kat aku..Ayat mcm ni lah, "if u believe in miracle, u will know it"..Terharu sungguh aku..Kenapa org percaya pd keajaiban? Setiap keinginan pasti akan tertunai ke? Atau ada sesuatu yg baik pasti akan berlaku? Ahah..kalau ada kesilapan pd kata2 aku tolong perbetulkan yer..Sharing is caring, kan? Haha!

Berdasarkan pengalaman dr cerita kawan2 yg aku kumpul, aku rasa mcm takut plak nak kawen..Agak poyo dan siot jer bunyinya kan? Biarlah aku mcm ni yg penting aku bebas dan selesa..Bebas dr kongkongan..Al-maklum aku mmg x suka dikongkong..Kalau sesiapa yg paham perangai aku tu baguslah..Maksud aku, selagi aku lom jd hak sesiapa, aku bebas nak berkawan dgn sesiapa jer sbb parents aku sendiri pon x pernah nak halang aku dr berkawan dgn sesiapa jer..Yg paling penting aku pandai memilih kawan..Jgn nak culture shock sgt, sudah!

Sambung pd topik utama..Aku rasa x terfikir pon pd keajaiban yg berlaku sbb aku sendiri x nampak dan x pernah nampak..Tah la, yg aku nampak cuma 'karma'..Yesss, karma! Kenapa? Sbb mmg perlu terjadi pd orang yg sgt2 menyakitkan hati..What u give, u get back! Mcm tu la nasibnya..Ustaz aku pernah berpesan, kata2 itu merupakan satu doa umpama kita mendoakan perkara yg buruk ataupon yg baik pd seseorg..Iye? Tp aku ni, kalau dah sakit hati sgt aku mesti menyumpah seranah orang tu..X pon aku mengharapkan orang yg buat kita sakit hati tu terima balasan yg berganda drpd apa yg kita rasa..Baik ke mcm tu? Teruknye la aku ni..

Kawan aku pernah berpesan, "InsyaAllah suatu hari nanti kau akan jumpa yg lebih baik dr dia"..Aku pon mengharapkan keajaiban tu berlaku..Siapa yg xnak sesuatu yg baik berlaku pd diri kita, kan? Semua orang pasti nak keajaiban yg seumpama tu..Bila dengar cerita tentang pengalaman dr kawan2, aku boleh jd sayu beb! Kesian dan aku harapkan kawan2 aku akan melaluinya dgn tabah..Dugaan hidup..Kenelah harungi..Apa2 pon aku doakan yg terbaik buat kalian..Semoga kalian tabah sentiasa..


P/S: Wpon yg patah tumbuh yg hilang berganti..Tp pisang xkan berbuah dua kali..Renung2kan.. :)

I Believe I Can Fly





I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly
Fly-eye-eye

17 Oct 2011

Alah..ALASAN!!!

Fon rosak! Xde kredit! Mmg semua tu alasan lapok la bg aku..Mcm aku ni bodoh dan bengap sgt! Xyah nak buat alasan yg agak kuno mcm tu boleh x? Skrg ni zaman dah moden..So buatlah alasan yg agak canggih skit..Konon nak kata fon rosak..Pdhal pakai fon tu lg canggih-manggih dr fon aku kan..Kalau betul rosak, pe salahnya hantar repair kat kedai..Xkan pokai kot? Amboi, kalau bab mengayat pompuan kemain lancang lg yer..Mampu plak bercerita ngan pompuan sana sini yg diri tu sgt mewah! Nak kata xde kredit, tipulah sgt..Kalau keluar berjoli dgn pompuan sana sini banyak plak duit..Penuh je poket tu kan..Tp kalau tiba hari nak bayar itu ini, tetiba migrain plak..Konon kata x mampu..Alahai, alasan kuno lah der!


Satu2 pompuan kau buang..Pasal apa? Pompuan yg konon dgn egonya kau ckp dialah yg paling terbaik diantara semua tu pon kau dah buang..Apa kes? Patutlah pompuan tu up status ngan komen sedih2 mcm dah ditinggalkan..Kecewa-lah tu! Rupanya mmg jangkaan aku betul-lah! Dulu pompuan tu kemain megah lg siot bila kwn2 dia post kat wall yg kononnya dia dah berjaya "merampas" kau..Tp skrg, tinggal debu jer? Tu lah, bongkak lg..Bangga sgt kan sbb dpt rampas kau dgn jayanya..Ahahahaha..Kelakar siot!!! Akhirnya kau tendang gak pompuan tu dr hidup kau..Apa dah jadi? Kau buang x semua gambar2 dia dr fon kau? Dgn bangganya kau simpan gambar dia, bkn sikit tp banyak plak tuh..Depan mata aku sendiri kau buat muka selamber bila aku soal kau tentang gambar pompuan gelap kau tu suatu ketika dulu..Aku masih ingat lg, gambar aku satu pon xde dlm simpanan kau..Aku masih ingat lg, nama aku pon kau dah tukar drpd nama manja kpd nama singkatan aku..Aku redha jer beb! Sbb nama kau aku x pernah bubuh nama manja pon..Aku bubuh nama sebenar kau ok! Terang-terangan kau bubuh status relationship kau bersama pompuan gelap kau tu dlm Fb..Aku redha jer beb! Aku xtau la berapa byk pompuan simpanan yg kau ada, kan..Sbb depan aku dgn jujurnya kau cakap aku ni pasangan kau..Tp depan pompuan lain kau cakap mereka tu lah pasangan kau..Aku redha jer beb! Kau susah kau carik aku mintak tolong..Tp bila kau senang kau lgsg x carik aku, malah kau buat2 lupa kat aku..Mcm tu ker? Aku redha jer beb! Mcm2 kes aku dengar pasal kau dgn pompuan tu, pasal kau dgn pompuan ni..Aku diam jer wpon hati ni mmg sakit bagai nyawa dicabut malaikat..Tp aku redha jer beb! Yg penting skrg, aku rasa aku dah xde feeling kat kau lg sbb kau dah byk kali buat aku sakit hati..Sungguh aku dah xde feeling lg..Wpon kau carik aku dan mintak maaf kat aku beribu kali, aku sentiasa berfikir berkali-kali samada maaf kau tu perlu dipertimbangkan atau x..I'm sorry, ok! Skrg ni kau dah mulai rasa keperitan hukum karma tu kan?




P/S: Sakit hati datang lagi!!!

15 Oct 2011

Terima Kasih

 
 
"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat. Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana. Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yg mengasah ketegaranmu. Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu" -Adam-


11 Oct 2011

Rimas, Semak @ Bosan???

Mesti korg tertanya2 kenapa aku pilih tajuk ni; Rimas, Semak atau Bosan? Ada maksud disebalik perkataan tu..Mungkin apa yg aku huraikan ni bercanggah dgn pendapat korg..Atau mungkin ada yg setuju dgn pendapat aku..Depends lah kan..Apa yg aku nak tulis ni adalah hal yg mungkin pernah berkaitan dgn aku, berkaitan dgn org2 yg aku kenali atau org2 disekeliling aku..Apa yg aku lihat dan nampak semuanya adalah bersangkut paut dgn lumrah manusia..Maksud aku bab cintan-cintun laa..Biasa la tu, kan!

Rimas..Kenapa mesti ada perkataan 'rimas' dlm setiap hubungan? Adakah sbb kita terlalu kerap keluar bersama sehingga terwujudnya perasaan yg mcm ni? Atau mungkin sbb kita dah mula rasa x serasi dgn pasangan kita? Setiap org pon mesti ada melalui situasi yg mcm ni kan..Aku sendiri mengaku aku pernah merasainya..Juga pernah melaluinya..Yelah, kalau kita sentiasa berkepit berdua dgn pasangan kita ke mana saja kita pergi, mesti kita akan mulai 'rimas'..Betul x? Tambah pula pasangan kita tu jenis yg kuat cemburu..Over plak tu..Lglah bertambah 'rimas', kan? Nak buat itu x boleh, nak buat ini x boleh..Apa pon x boleh..Kalau aku lah, aku pon 'rimas' gak..X kan la sentiasa nak keluar dgn pasangan kita jer..Sesekali kita pon nak keluar dgn kawan2 gak, kan?

Semak..Kenapa mesti wujud perasaan 'semak' dlm setiap hubungan? Adakah sbb kelakuan atau perbuatan pasangan kita tu membuatkan kita jd serabut ataupon 'semak'? Atau ada sbb lain? Aku ingatkan ruang yg sempit membuatkan pemandangan nampak semak, tp dlm hubungan pon boleh ada rasa 'semak'? Kenapa boleh jd mcm tu? Sbb pasangan kita dah ada yg lain atau sebaliknya? Yelah, masa di awal perhubungan semuanya nampak indah..Tiada cacat cela..Tp bila dipertengahan hubungan, semuanya serba x kena..Kalau kita cuba nak baiki hubungan, tp cara kita ni membuatkan pasangan kita tu x senang atau dia rasa semcm 'semak', x guna jugak kan?

Bosan..Hal ni mmg sentiasa berlaku-lah..Bila hubungan dah mulai hambar, serta-merta kita akan katakan kpd pasangan kita yg kita dah mulai rasa bosan dgnnya..Kenapa? Faktor pertama sbb kita dah jumpa org lain yg lebih baik dr dia..Faktor kedua sbb perangai dia masih xde perubahan wpon dah berkali-kali janji bagai nak mati yg dia akan berubah..Faktor ketiga sbb dia selalu menipu dan penipuan dia tu dah melampaui batas serta pernah terkantoi byk kali..Faktor keempat sbb pasangan kita tu x pandai nak ambik hati serta x pandai nak menjaga hati kita..Haaa, kalau ada faktor lain tu, korg just drop a comments yaa..Mana tau leh berkongsi pendapat ke..Hehe!

Perasaan rimas, semak dan bosan mmg sentiasa wujud dikalangan setiap individu..Bkn saja berkaitan dgn pasangan yg bercinta, tp ia juga boleh berkaitan dgn hubungan persahabatan..Maksud aku kalau dgn kawan2 pon boleh terwujudnya perasaan yg mcm ni..Biasalah tu..Ada kalanya kita rimas, semak dan bosan dgn kawan sendiri..Korg pon pernah melaluinya kan? Tipulah kalau dgn kawan2 sendiri pon korg x rasa mcm ni..Betul x? Tp kalau dgn kawan2, kita diam dan tutup mulut sudahlah..Sbb nak jaga hati kawan punya pasal, kan? Tp kalau dgn pasangan kita sendiri, baik berterus-terang..Itu saja cara dan jalan yg terbaik..Bawalah berbincang..Agak2 dah x dpt nak diselamatkan tu, cara yg paling terbaik sekali bawa haluan masing2..Sekurang2nya kita x seksa diri sendiri, juga x seksa diri pasangan kita..Betul x? Sejujurnya, aku sendiri pernah melalui situasi yg mcm ni..



P/S: Pasangan kita adalah nadi hidup kita..Kawan2 kita adalah penyeri hidup kita.. :)


7 Oct 2011

24???

24..Kenapa aku pilih angka 24? Sbbnye skrg ni umur aku 24..Korg caye ke x caye? Memandangkan faktor fizikal aku yg agak kecik dan sememangnye kecik ni, ade gak beberapa individu yg mmg x caye langsung umur aku dah 24..Nak buat cemana, aku redha jelah! Kalau ikutkan hati nak je aku tunjuk nombor IC aku kat semua org..Tp aku rasa x perlu la kot..Biarlah org anggap aku ni mcm muda..Sbb dah sememangnye ada org cakap aku ni mcm budak2..Lglah aku rasa redha dan bersyukur sgt2..Hahaha!!!


Actually, seronok sebenarnye mempunyai fizikal yg mcm ni..Nak tau kenapa? Aku cakap terus-terang la yer..Kasut aku saiz 4, kalau besar skit pon saiz 5 jer..Baju2 aku pun semuanya saiz XS atau S, ikot cutting..Bersyukur la tu sbb senang nak carik baju..Hahaha! Aku pon x tau kenapa dan sejak bila semua ni berubah..Rasanye time sekolah rendah dulu aku tembam kot..Aku dah naik lali dan muak dah org asyik panggil aku anak gajah..Anak gajah? Mcm besar sgt jer aku ni kan..Haaa, skrg ni aku dah slim dah pon..Korg plak terkejut tgk aku dah kecik..Pastu cakap aku ni kurang zat la, kurang kasih sayang la..Haih, mcm2 hal!


Paling seronok bila balik kampung..Sbb apa? Makcik2 dan pakcik2 yg dah sememangnye jarang jumpa aku ngan adik aku, mesti rasa confius dgn kami berdua sbb byk perbezaan antara kami dua beradik..Adik aku besar skit dr aku ni..Mcm adik aku plak yg pangkat kakak.. Hahaha! Aku? Aku hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sinis..Tp dlm hati berkata, "Kelakar jugak dorg ni..Aku ngan adik aku pon xtau nak beza"..Best kot kalau terasa diri ni seperti seorg adik.. :)


Itulah dugaan yg aku sentiasa kene terima..Lantaklah org nak kata apa pon..Kerana faktor usia dan fizikal aku sentiasa menjadi persoalan dan perbualan setiap org..Aku hanya mampu tersenyum..Relax jer..Buat mcm xtau apa2..Ada gak dikalangan kwn2 aku yg baru mengenali aku xtau umur aku sebenarnye..Bila aku cakap yg aku dah 24, dorg pasti terkejut.."Hah, biar betul? Aku mcm x caye jer..Aku ingatkan kau baru 20!"..Aku dah masak sgt dah dgn dialog mcm ni..Hahaha! Sbb tu aku dah x heran dah org nak cakap apa pon..Dgn perangai aku yg agak dan mmg kebudak-budakan ni, dah sah2 la org cakap aku mcm budak..Pdhal usia aku yg mcm ni dah boleh jd mak budak dah..Haip, tp yg bab ni belum lg..Tunggu dan sabar dulu..



Cerita...

Cerita..Yesss, setiap individu pasti mempunyai cerita yg tersendiri..Betul x? X kesah la cerita tu berkaitan dgn hal peribadi, hal keluarga, hal tentang kerja dan sbgnya..Aku akui yg aku ni mmg suke sgt dgr cerita dr kwn2 aku..Bkn apa, x salahkan kalau kita berkongsi cerita..Betul x? Sbnrnya seronok kalau kita dgr cerita dan kongsikan bersama pengalaman tentang cerita dr kwn2 kita..Sekurang2nya ia memberikan inspirasi dan pengajaran kpd kita..Kan? Aku x kesah kalau org nak cerita apa2 je masalah kat aku sbb aku sedia mendengarnya..Aku kan pendengar yg setia..Hehe..


Cerita baik, cerita buruk, cerita sedih, cerita gembira..Itu semua berbeza..Berbeza sbb kategorinye x sama..Sbg pendengar yg setia, kita haruslah bg respon yg baik kpd si pencerita tersebut..Tp kdg kala aku terharu gak bila dgr cerita dr kwn2 aku mengenai mereka..Nak kongsikan kat aku pon boleh..Sbb aku suka dgr cerita tentang pengalaman org..Nak kata aku ni cepat touching tu, x lah..Tp bila dah dgr cerita sedih, tiba2 aku rasa terharu plak..Kwn2 ku, apa yg berlaku tu pasti ada hikmah disebaliknya..Anggaplah tu semua dugaan buat korg..Sbb aku pon pernah melalui dan mengalami pengalaman yg sama..So dah semestinya aku paham korg..


Haaa..Aku selalu dgr kata2 ni, "hidup ni x selamanya indah", "hidup ni umpama roda"..Mungkin korg pon dah biasa dgr kata2 yg mcm ni, kan? Aku x la pandai sgt nak buat kata2 hikmah ni..Tp apa yg aku taip tu pon sbb aku dah biasa dgr..Hahaha!

5 Oct 2011

Life!!!

Hidup aku seharian kdg2 sgt fun, kdg2 sgt bosan..Tp bila dah capai tahap bosan tu, mmg org pon xnak pandang muka aku yg muncung mcm mulut penguin tuh..Hahahaha! Ni kwn aku yg ckp..kelakor sungguh! Tp best gak panggilan tu sbb mulut itik tu mcm dah b'sepah2 sgt org guna..X best la kan guna ayat yg sama..

Semenjak umur aku dah semakin meningkat dewasa ni, aku rasa rutin harian aku agak terkongkong skit..Yelah, mana xnye..Hari2 keje, keje, keje..Keluar rumah nampak matahari, balik rumah nampak bulan..Mcm workaholic sgt bunyinye kan? Sbg anak yg sulung, aku haruslah paham tanggungjawab aku..Tp kdg2 telinga aku agak pedas gak la bila kwn2 ckp aku ni mcm org giler keje..Nak ajak lepak pon susah..Yesss, aku akui tu..Aku bkn xnak lepak malam..Tp korg kena paham aku tinggal ngan family kot..Kang leh migrain aku kalo parents aku 'pet-pot'..Tp korg pon, time aku free korg plak yg bz..Haih, nasib!

Aku ckp terus-terang, aku rindukan student life aku..Sgt2 lah best x terkata..Zaman2 nakal aku tu dah pon berlalu..Tp bila dikenang balik, aku ni mmg nakal jugak kan! Benda2 mcm ni kalau aku ingat balik, leh buat aku gelak sorg2..Life aku yg paling best ketika aku study kat Melaka 6 thn yg lepas (Jun 2005-April 2010)..Tu kira zaman nakal aku lar..Dpt lak housemate yg sama nakal dgn aku..Mmg sgt syok lah kan! Aku rasa hidup kat Melaka tu membuatkan aku rasa bebas..Ya, bebas..Maksud aku bkn la buat benda2 yg menyimpang..Bebas tu b'maksud merayau..Aku nak kemana pon xde siapa kesah, xde siapa peduli..Ada jer aktiviti aku bersama dgn kwn2 aku..Yg pasti, aku masih rindukan saat2 yg aku dah lalui bersama dgn mereka..Aku juga rindukan mereka..Harap mereka pon rindukan aku..

Saat yg paling best, time kwn2 aku (lelaki) selalu bawak aku ikot dorg gi jamming..Haha! Part yg ni mmg aku x dpt merasa la dgn kwn2 perempuan sbbnye kwn2 perempuan aku semuanye ladies2 belaka..Aku mmg x cucuk sgt lah dgn gaya ladies mcm tu..Lgpon dorg bkn minat pon bab2 jamming ni..Kiranye aku jer yg lari tune skit dr dorg..Hehe! Hanya kwn yg betol2 kenal aku jer tau aku ni cemana orgnye..Aku sgt sempoi, OK! Kwn aku yg lain pon heran tah cemana tah aku leh kawtim ngan brader2 tu..Selalu lepak kedai mkn pon dgn brader2 tu..Borak sampai x ingat masa..Haha! Guys, mmg aku rindu sgt lah kat korg..Kan best kalau masa ni boleh diputar balik..Leh aku ikot korg gi jamming lg..Haha!

Ok, cerita pasal student life tu aku stop jap..Sambung lg..Dlm saat aku tgh bz bekerja ni, kdg2 aku ade gak terserempak dgn member2 sekolah aku dulu2..Dorg masing2 dah ade komitmen sendiri..Ade yg dah famous, ade yg masih di alam student lg, ade yg dah berumah tangga..Haaa, bab berumah tangga ni..Aku akui ramai kwn2 perempuan aku yg dah berumah tangga..Bila selak2 Fb dorg, tgk status masing2 dah married..Siap bubuh gambar anak2 lg..Comel2 belaka anak korg la! Aku punya turn lambat lg..Belum sampai seruan..Hehe! Relax2 ar dulu kan..Haha! Baru td aku dpt satu jemputan perkahwinan dr kwn sekolah rendah aku..Dia dah nak naik pelamin hujung bulan ni..Tahniah buat kamu, kawan..Insyaallah aku dtg..

Kdg2 aku rasa rimas gak bila org sekeliling aku dok sebok2 tanya bila turn aku nak kawen..Aku sedar umur aku pon dah semakin dewasa skrg..Ingat aku xnak kawen ke? Bkn senang tau nak pikul komitmen bila dah berumah tangga nanti..Tunggu la bila dah sampai seru nanti, confirm aku edarkan kad jemputan kat korg..Buat masa ni aku fikirkan komitmen aku dulu..Sbg anak yg sulung, komitmen yg dipikul lain..X sama mcm anak yg bongsu..Aku ada impian aku sendiri..Alhamdulillah mak ngan abah aku paham kehendak aku..Mereka pon x pernah nak paksa aku kawen awal2..Sbb aku masih ada impian aku lg yg belum tertunai..Aku nak capai dulu, baru aku fikir bab kawen..Lgpun, aku belum puas membujang lg..Hehehe! Kalau kwn2 perempuan aku baca statement ni, sahih berjela komen aku dpt kat Fb nanti..Haha!

Haaa..ok lah..Aku rasa sampai sini jer yg aku nak story buat hari ni..Besok2 pon leh sambung lg kan? Orait, wa chow lu!


P/S: Aku nak post video lagu fevret member2 aku yg slalu ajak aku gi jamming suatu ketika dulu..


Hallowed Be Thy Name by Iron Maiden