counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

3 Dec 2013

23 Jul 2013

Telefon bimbit!

Assalamualaikum...

     Hai dan apa khabar kpd semua pembaca dan pengikut blog. Kali ni entry aku agak lain bunyinye pasal aku tak story-mory tentang life aku, tapi ni story yg berkaitan dgn alat perhubungan atau dlm erti kata lainnye ialah telefon bimbit.

     Semua orang pasti ade memiliki telefon bimbit kan? Ada yg memiliki sebuah dan ade yg memiliki sampai lebih dr dua buah telefon bimbit yg canggih-manggih. Maklumla hidup dlm arus kemodenan dunia IT ni macam2 jenis henfon ada dan fungsinye berlainan mengikut jenis model. Zaman skrg nih budak umur 3-4 tahun pon dah pandai bergaya dgn henfon masing2. Tak cukup dgn tu, ada yg berani pegang tablet yg skrin sebesar 10 inci. Wow! Zaman kita dulu (tahun 80-an) mane la ada gadget yg superb macam skrg nih. Awal tahun 90-an, pegang henfon jenis Nokia 3310 pon kita dah rasa bangga sebab mampu pakai henfon sendiri. Skrg ni kalau pegang iPhone pon orang pandang sebelah mata jek!

     Gadget canggih ni sedikit sebanyak dah membantu pengguna mengurangkan kos topup setiap hari. Sebab macam2 jenis aplikasi sosial dah ada; WhatsApp, Wechat, Line, Viber, dan paling terbaru KakaoTalk. Aku pon cume install 3 aplikasi je, itu pon dah tak larat nak layan semua. Penat jari weh nak menaip itu ini. Nasib baik boleh cakap2 mcm walkie-talkie. Takyah susah payah nak taip semua. Hehehe! Apa, ingat aku ni rajin sangat ke nak menaip? Pakai laptop senang citer la der. Keyboard besar! Eksyen dah skrg, tak pandang dah SMS bagai. Membazir kredit aku je. Satu mesej send kat operator yg sama kene charge 10sen. Kalau send kat operator berlainan kena charge 15sen-20sen. Cekik darah beb! Aktifkan internet, semuanye send percuma jek tapi tiap2 bulan bila datang bil telefon jek kena kasi settle lah! Yg bestnye video call pon free pasal pakai data internet. So daftarlah pakej internet yg unlimited punye. Baru lah class!

     Tp ada benda yg korang mesti tak tau atau tau tp sengaja abaikan. Telefon bimbit a.k.a henfon juga boleh menjejaskan kulit kita. Aku ada terbaca satu artikel ni, para saintis percaya meletakkan henfon bersebelahan ketika tidor boleh amat membahayakan kesihatan. Kenapa eh? Sebab henfon akan mengeluarkan sejenis gelombang yg boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser dan masalah kulit. Nak dikatakan memang ramai yg letak henfon bersebelahan ketika tidor sebab sebelum tidor nak mesra2 dgn pakwe/makwe/tunang dulu. Pastu tertidor, tak sedar plak henfon ada kat atas kepala atau bawah kaki. Kan kan kan? Tipulah kalau korang kata tak!

     Sambung citer balik. Satu kajian yg dijalankan di Rusia mendapati bahawa henfon boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7 darjah Celcius. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. Malah beberapa saintis memberi amaran pemanasan ini bkn je boleh menyebabkan kanser kulit malah membuatkan kulit cepat berkedut, tak bermaya dan menjadi tua sebelum waktunya. Beberapa kajian dah menunjukkan radiasi henfon boleh menyebabkan kerosakan DNA dlm sel manusia berlaku dgn cepat, seterusnya merosakkan sistem imun badan utk melawan jangkitan penyakit. So, apa pendapat korang? Bahaya bukan?

     Aku selalu tidor letak henfon bawah katil. Pasal aku rasa selamat kot supaya henfon tak jatuh banyak kali ketika tidor. Henfon kalau selalu terhentak atau terjatuh nanti lama2 cepat rosak, kan, kan, kan? Nak baiki lg pon perlukan kos RM jugak kan, kan, kan? Zaman skrg ni apa2 pon perlukan duit. Takde duit maka merana lah jawabnye. Betul tak?

     So aku nak berpesan kat you all, time tidor tu takyah la letak henfon sebelah korang ye. Kalau boleh letak la henfon tu jauh2 sikit mcm kat bawah katil ke. At least selamat la jugak. Takot henfon kena curik, kunci pintu bilik tu. Hehehe! Gadget yg canggih-manggih ni jangan disangka selamat ye. Sometimes ia agak merbahaya jugak pasal ia menggunakan pancaran gelombang yg mungkin bahayanye menyerupai radiasi. Apa2 pon, beware. Pesanan ni utk diri sendiri dan utk you all jugak.

     Okesss. Jarum jam dah menunjukkan pukul 11:30 PM, maka skrg ni waktu utk aku melelapkan mata sebab esok pagi nak kerja. Ada story-mory lg nanti aku citerkan di sini. Ni kan online diary aku. Hehehe! Adios and gud nite...


22 Jul 2013

Bila Tak Bersua...

Assalamualaikum...

     Weeehuuuu...!!! Actually aku saja-saja je meluangkan masa menaip di blog. Sebelum tu aku dah puas godeh2 blog aku ni supaya nampak lebih menarik dan berwarna-warni, tapi akhirnya aku akur yang aku tak gemar tengok benda yang terlalu banyak warna macam rainbow. Pening kepala siot! Dan apa yang aku nak story dalam entry ni...tentang topik yang aku rasa macam dah biasa sangat orang dengar berkenaan cinta jarak jauh. Sengaja taknak bubuh ayat tu jadik topik pasal macam tak best pulak bunyinya. Bila aku bubuh tajuk "Bila Tak Bersua" kan macam ada kelainan di situ. Hehehe...

     Cinta jarak jauh! Of course korang pon pernah mengalaminya, kan? Macam lah situasi aku skang ni bila akhirnya aku bertemu jodoh dengan orang utara lagi, dan lagi! Jauh siot utara ke selatan. Bak kata kawan aku, "Molek le tu macam lebuhraya dah ko nih. Utara-selatan". Hermmm... Kasar bunyinya kan? Alah, lantak pi lah depa nak habaq apa pon. Janji aku bahagia dan kacau orang. Kan kan kan? Tapi, tapi, aku kena gak percaya bahawa jodoh itu rahsia Allah. Tapi, tapi, dan tapi aku harap semoga kekal lah hubungan kami ni pasal aku dah malas nak carik lain dah. Bukan semua orang ada sifat dan sikap yang sama. Betul tak? Amin...

     Cinta jarak jauh! Memang susah nak bersua muka apetah lagi nak main jeling2 mata. Memandangkan kita dah hidup dalam dunia serba kemewahan IT ni, boleh je nak tengok muka pasangan kita tu. Tango sudah! Video call jek. Tapi video call pon macam hampeh pasal kadang2 video tu tersekat-sekat sekaligus boleh potong stim dibuatnya. Haaaa... Jangan dok pikir lain eh. Maksudnya tak puas nak borak2 sambil menatap wajah pasangan yang mungkin nampak kiut-miut dengan keadaan ketika messy. Sesambil tu boleh intai setiap sudut dan ruang dalam rumah dia. Hik hik hik...

     Cinta jarak jauh! Ada kalanya rasa seronok pasal jarang jumpa. Tu yang menimbulkan perasaan rindu terlampau tapi jangan over sudah! Sebab tak jumpa tiap2 hari tu lah kita rasa tak jemu sebab dapat dating pon sebulan sekali jek. Kalau dekat nanti hari2 nak dating. Lama2 nanti bosan plak, kan? Yang tak seronoknya bila ada perasaan curiga. Maklumlah bila dah berjauhan kan! Apa yang dia buat kat sana bukan kita nampak pon. Kot2 la berskandal dengan orang lain ke. Kot2 la kan, kan... Tapi alhamdulillah setakat ni aku takde lagi dengar khabar dia menggatal dengan orang lain apetah lagi nakal2 dengan orang lain. Kalau aku tau, siaplah! Kau ingat kau aje boleh King Control? Aku pon boleh jadik Queen Control! Hahaha...

     Cinta jarak jauh! Tiap2 siang berchatting-ting-ting dan tiap2 malam bercalling-ling-ling. Betul tak? Betul tak? Kalau cinta jarak dekat dapat tak rasa macam ni? Dapat tak? Kalau pasangan yang dah kawen tu lain storylah! Setiap hari sentiasa together-gether. Bagi aku lah kan, syok weh dia kat sana, aku kat sini. Suweeet gitu! Mujurlah dia seorang yang caring lagi loving. Awwwwww!
No wonderlah ramai gadis2 yang idamkan awak umpama prince charming. Baru saya tau kenapa dan sebab apa. Tapi, tapi, tapi awak ni kuat jeles jugak ye. Terserlah walaupon ego awak nampak luarannya. Good!

     Dalam masa beberapa bulan ni kita tak boleh nak chatting2 dan calling2 macam selalu. Awak dikuarantin selama 9 bulan dan selama 9 bulan tu jugaklah saya rasa rindu pasal tak dapat dengar suara awak macam selalu dan tak dapat nak borak dengan awak macam selalu. Selama 9 bulan tu la kita berhubung menggunakan tulisan tanpa suara. Hik hik hik... Dah macam zaman sekolah rendah pulak rasanya. Bercinta melalui helaian kertas. It looks so sweet but sometimes it quiet very funny. I guess!

     Okesss... Dah tiba waktu tido aku so aku rasa aku stop kat sini lah pasal kalau aku tido lambat nanti aku bangun lewat. Maklumlah skang ni aku bangun sharp pukul 8 pagi. Esok lusa aku sambung lagi. Adios and gud nite all! *Peace*




21 Jul 2013

When Pisces meets Pisces


Assalamualaikum..

     Dah 4 bulan lamanya aku menyepikan diri dari dunia blogging. Bukannya apa, sejak akhir-akhir ni aku merasakan aku agak busy dgn tugasan harian. Sampaikan aku takde masa nak update entry baru untuk blog aku ni. Kali ni aku kembali dengan blog yang berwajah baru dan berwarna-warni walaupun hakikatnya aku tak gemar warna hijau ngan pink, tapi aku rasa background ni macam menarik plak. Hehehe...

     Berkenaan dengan tajuk entry aku ni mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku pilih tajuk tu dan apa kaitannya dengan tajuk tu. Kan kan kan?? Okesss. Meh aku story-mory kat korang semua. Pasalnya memang tak disangka dan tak diduga, zodiak aku dengan si dia adalah sama dan kami lahir pada bulan yang sama walaupun tahun hanya beza setahun je. Setelah lama menjalankan siasatan persis Detektif Conan, akhirnya terbocor rahsia jugak yang dia lahir 4 hari sebelum aku. Hehehe...

     Entah macam mana aku boleh kenal dia pon aku tak tau. Mulanya aku perhati je dia ni macam artis sangat-lah pasal dia sangat glamer dalam kelab yang kami sama-sama join ni. Dalam hati aku berkata, "Mamat ni mesti ramai awek. Bukan tak hensem pon." Dan hakikatnya fizikal dia persis anak cina sampai aku panggil dia 'apek' dan dia sangat redha dengan panggilan tu. Nak buat macam mana, dah awak tu putih sangat! -,-'

     Bila dah terlalu lama sangat berhubung, tiba-tiba aku rasa dia macam ada chemistry dengan aku pasal apa yang aku cakap mesti dia balas, "Saya pon minat jugak. Saya suka artis tu!". Mulanya aku kata, isk poyonya mamat ni. Konon-konon semua nak sama minat dengan aku! Tapi aku redha dah sememangnya dia bukan sengaja nak buat-buat. Dan lama-kelamaan, aku pon tah macam mana boleh jatuh hati dengan dia. Mamat ni memang pandai menggoda betul lah! Sampai aku pon boleh tergoda dengan dia. -_-'

     Satu perkara yang memang sangat-sangat tak boleh blah tu, dia ni pandai psiko aku. Memang pandai. Semua rahsia aku dia nak korek. Kalau lah aku tanam emas dalam tanah sedalam 5 kaki pon dia boleh hidu! Tapi baguslah cara awak macam ni pasal awak membuktikan yang awak tu caring walaupun apa-apa benda yang saya simpan awak cari sampai dapat. Susah betul nak main hide-and-seek dengan awak tau tak!! Awak memang menguji kesabaran saya, kan kan kan?

     Tak ada apa yang pelik di antara kami berdua walaupun dia di utara dan aku di selatan. Kalau makcik2 dan pakcik2 tanya aku terus jawab je, "Dia orang utara." Memanglah terbeliak mata mereka tapi aku rasa serasi je sedangkan kami memang berjauhan. Memang orang akan cakap, takde yang lagi dekat ke? Tapi apa nak diherankan. Walau jauh di mata tapi dekat di hati. Berhubung lagi la tak nampak muka, cuma dengar suara je. Kadang-kadang je video call, tapi bila video lembab tahap gaban, aku rasa macam nak hempuk-hempuk tablet aku ni sebab video tersekat-sekat. Maxis memang sangat dengki kan kan kan!!

     Yang membuatkan aku tertarik dengan dia, dia sangat pandai menjaga hati aku walaupun dia tau aku ni memang degil tahap gaban dan kadang-kala dia kena ikut jugak kerenah aku ni walaupun terpaksa. Hik hik... Ni bukanlah 1st time aku berpasangan dengan si anak bongsu, sebelum ni pon pernah jugak dan memang sangat menguji kesabaran sebab anak bongsu memang terkenal dengan sifat manja. Dia pon manja jugak, kadang-kadang rasa macam nak piat telinga dia sampai capang. Nasiblah awak tu jauh! Hik hik... ^_^

     Aku rasa sampai perenggan ni je story-mory aku untuk entry yang ni, tapi sebenarnya aku nak taip lagi. Takpelah, yang lain-lain tu rasanya tak perlu di-story dalam ni kot sebab kalau la dia baca entry aku ni mampus aku kena leter macam ditembak dengan machine gun tak henti-henti. Apa-apa pon saya nak cakap yang saya rindu awak sangat-sangat walaupun awak takde depan mata saya sekarang ni dan saya harap awak paham, dan saya tau awak paham. Thanx a lot dear! :)





19 Apr 2013

Relationship



Distance is a great challenge.
It's like a test on how you'll be able
to still love a person even though
you two can't always be together.
It is also a test of patience
on how you two can really wait
for each other.
Long distance relationships really work.
All you need to do is
just to keep your faith,
trust, patience
and love.



Mistake



Anyone can make a mistake and run.
It takes a special kind of person
to make a mistake,
admit to it,
and face the pain and trouble
that comes with making amends.
Hang on to those people.
They might hurt you,
but they'll never make you heal alone.






22 Mar 2013

March..I'm back!

Salam semua,

Dah dua bulan lamanye aku tak berblog ya. Sunyi sepi dah blog aku nie. Neway pembaca blog aku semakin bertambah bilangannye walaupon follower aku tak bertambah. Hehehe.. Alah, tak kesah la semua tuh.

Mac..bulan nih ade surprise. Surprise tu takde la surprise sangat. At least masih ade yg mengingati. Terima kasih banyak2 kepada yg sudi mengingati birthday aku. Hahaha..


Kek dari family

Kek dari staf

Hadiah dari semua


Sesungguhnya bulan nih umur aku dah genap 26. Macam tak percaya rasanye aku dah dewasa skang nih. Tapi kawan2 cakap, orang cakap aku sangat childish. Maybe cara aku, gaya aku yg menampakkan aku macam kanak2 riang ria. Ye kot! Yang penting aku selesa dan aku bahagia dengan cara aku ni. *Fizikal aku kecik, tu pasal orang cakap aku budak2*







16 Jan 2013

Berbeza


Sekarang ni awak nampak lain sangat-sangat..
Banyak perbezaannya berbanding masa mula kenal dulu-dulu..
Kenapa?
Walaupun kenal tak lama, tapi perubahan tu dah makin ketara..
Kadang-kadang saya rasa terabai..sangat terabai..
Awak dah mulai jarang berkomunikasi dgn saya..tak mcm dulu..
Dulu awak sentiasa bgtau perkembangan situasi awak..
Sekarang hanya sekali-sekala je..malah boleh dikira beberapa kali je..
Cepatnya awak berubah..atau hati awak yg dah berubah?
Sebab tu saya taknak terlalu berharap..sebab saya tau nanti saya sakit hati..
Bukan senang nak pulih kalau hati dah sakit..
Bukan pertama kali saya mengalami situasi mcm ni..
Jangan jadikan saya sebagai tempat persinggahan..
Saya pon punya perasaan..saya bukan patung yg tak bernyawa..
Ada kalanya hati saya terfikir,
kenapa awak tak boleh layan saya sebaik ex awak tu?
Atau awak masih menaruh hati pada dia lagi?
Atau awak masih menunggu dia lagi?
Saya tau saya dan dia tak sama..banyak bezanya..
Kita berkenalan pon secara tak sengaja..
Memang saya belum cukup memahami awak..
Memang saya belum cukup mengenali awak..
Tapi janji-janji awak saya tak pernah lupa..
Saya tau ada masanya awak lupa janji-janji awak tu..
Tapi saya diamkan aje..saya takkan mengingatkan awak..
Biar awak yg ingat sendiri..saya tak perlu bagi hint pada awak..
Saya tau awak sayang saya..tapi saya tak tau sejauh mana awak sayang saya..
Saya tak mengharap awak sayang saya lebih,
saya lagi takut kalau awak dah tak sayang saya lagi.
Maaf kalau saya susah nak luangkan masa bersama awak..
Saya tau awak banyak terasa..
Saya sibuk dan awak juga sibuk..kita sama-sama sibuk..
Tapi dlm kesibukkan saya pon saya masih berinteraksi dgn awak..
Awak pula, susah nak berinteraksi dgn saya..
Bukan niat saya nak fikir yg bukan-bukan pasal awak..
At least saya taknak rasa mcm saya ni diabaikan..
Sebab tu saya takut sangat nak sayang orang ketat-ketat..
Awak harus tau kenapa dan sebab apa..





11 Jan 2013

kata mereka

memang betul cakap kawan2 aku.

LELAKI..
kalau dia dah mula berubah hati..
dia akan cuba cari alasan supaya dia dapat
melepaskan seseorang wanita yg pernah disayanginya..

LELAKI..
kalau dia dah mulai bosan..
dia akan cuba cari alasan supaya
seseorang wanita yg pernah disayanginya akan terus
membencinya..

memang betullah kata mereka..