Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

21 Jul 2013

When Pisces meets Pisces


Assalamualaikum..

     Dah 4 bulan lamanya aku menyepikan diri dari dunia blogging. Bukannya apa, sejak akhir-akhir ni aku merasakan aku agak busy dgn tugasan harian. Sampaikan aku takde masa nak update entry baru untuk blog aku ni. Kali ni aku kembali dengan blog yang berwajah baru dan berwarna-warni walaupun hakikatnya aku tak gemar warna hijau ngan pink, tapi aku rasa background ni macam menarik plak. Hehehe...

     Berkenaan dengan tajuk entry aku ni mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku pilih tajuk tu dan apa kaitannya dengan tajuk tu. Kan kan kan?? Okesss. Meh aku story-mory kat korang semua. Pasalnya memang tak disangka dan tak diduga, zodiak aku dengan si dia adalah sama dan kami lahir pada bulan yang sama walaupun tahun hanya beza setahun je. Setelah lama menjalankan siasatan persis Detektif Conan, akhirnya terbocor rahsia jugak yang dia lahir 4 hari sebelum aku. Hehehe...

     Entah macam mana aku boleh kenal dia pon aku tak tau. Mulanya aku perhati je dia ni macam artis sangat-lah pasal dia sangat glamer dalam kelab yang kami sama-sama join ni. Dalam hati aku berkata, "Mamat ni mesti ramai awek. Bukan tak hensem pon." Dan hakikatnya fizikal dia persis anak cina sampai aku panggil dia 'apek' dan dia sangat redha dengan panggilan tu. Nak buat macam mana, dah awak tu putih sangat! -,-'

     Bila dah terlalu lama sangat berhubung, tiba-tiba aku rasa dia macam ada chemistry dengan aku pasal apa yang aku cakap mesti dia balas, "Saya pon minat jugak. Saya suka artis tu!". Mulanya aku kata, isk poyonya mamat ni. Konon-konon semua nak sama minat dengan aku! Tapi aku redha dah sememangnya dia bukan sengaja nak buat-buat. Dan lama-kelamaan, aku pon tah macam mana boleh jatuh hati dengan dia. Mamat ni memang pandai menggoda betul lah! Sampai aku pon boleh tergoda dengan dia. -_-'

     Satu perkara yang memang sangat-sangat tak boleh blah tu, dia ni pandai psiko aku. Memang pandai. Semua rahsia aku dia nak korek. Kalau lah aku tanam emas dalam tanah sedalam 5 kaki pon dia boleh hidu! Tapi baguslah cara awak macam ni pasal awak membuktikan yang awak tu caring walaupun apa-apa benda yang saya simpan awak cari sampai dapat. Susah betul nak main hide-and-seek dengan awak tau tak!! Awak memang menguji kesabaran saya, kan kan kan?

     Tak ada apa yang pelik di antara kami berdua walaupun dia di utara dan aku di selatan. Kalau makcik2 dan pakcik2 tanya aku terus jawab je, "Dia orang utara." Memanglah terbeliak mata mereka tapi aku rasa serasi je sedangkan kami memang berjauhan. Memang orang akan cakap, takde yang lagi dekat ke? Tapi apa nak diherankan. Walau jauh di mata tapi dekat di hati. Berhubung lagi la tak nampak muka, cuma dengar suara je. Kadang-kadang je video call, tapi bila video lembab tahap gaban, aku rasa macam nak hempuk-hempuk tablet aku ni sebab video tersekat-sekat. Maxis memang sangat dengki kan kan kan!!

     Yang membuatkan aku tertarik dengan dia, dia sangat pandai menjaga hati aku walaupun dia tau aku ni memang degil tahap gaban dan kadang-kala dia kena ikut jugak kerenah aku ni walaupun terpaksa. Hik hik... Ni bukanlah 1st time aku berpasangan dengan si anak bongsu, sebelum ni pon pernah jugak dan memang sangat menguji kesabaran sebab anak bongsu memang terkenal dengan sifat manja. Dia pon manja jugak, kadang-kadang rasa macam nak piat telinga dia sampai capang. Nasiblah awak tu jauh! Hik hik... ^_^

     Aku rasa sampai perenggan ni je story-mory aku untuk entry yang ni, tapi sebenarnya aku nak taip lagi. Takpelah, yang lain-lain tu rasanya tak perlu di-story dalam ni kot sebab kalau la dia baca entry aku ni mampus aku kena leter macam ditembak dengan machine gun tak henti-henti. Apa-apa pon saya nak cakap yang saya rindu awak sangat-sangat walaupun awak takde depan mata saya sekarang ni dan saya harap awak paham, dan saya tau awak paham. Thanx a lot dear! :)





No comments: