counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

22 Jul 2013

Bila Tak Bersua...

Assalamualaikum...

     Weeehuuuu...!!! Actually aku saja-saja je meluangkan masa menaip di blog. Sebelum tu aku dah puas godeh2 blog aku ni supaya nampak lebih menarik dan berwarna-warni, tapi akhirnya aku akur yang aku tak gemar tengok benda yang terlalu banyak warna macam rainbow. Pening kepala siot! Dan apa yang aku nak story dalam entry ni...tentang topik yang aku rasa macam dah biasa sangat orang dengar berkenaan cinta jarak jauh. Sengaja taknak bubuh ayat tu jadik topik pasal macam tak best pulak bunyinya. Bila aku bubuh tajuk "Bila Tak Bersua" kan macam ada kelainan di situ. Hehehe...

     Cinta jarak jauh! Of course korang pon pernah mengalaminya, kan? Macam lah situasi aku skang ni bila akhirnya aku bertemu jodoh dengan orang utara lagi, dan lagi! Jauh siot utara ke selatan. Bak kata kawan aku, "Molek le tu macam lebuhraya dah ko nih. Utara-selatan". Hermmm... Kasar bunyinya kan? Alah, lantak pi lah depa nak habaq apa pon. Janji aku bahagia dan kacau orang. Kan kan kan? Tapi, tapi, aku kena gak percaya bahawa jodoh itu rahsia Allah. Tapi, tapi, dan tapi aku harap semoga kekal lah hubungan kami ni pasal aku dah malas nak carik lain dah. Bukan semua orang ada sifat dan sikap yang sama. Betul tak? Amin...

     Cinta jarak jauh! Memang susah nak bersua muka apetah lagi nak main jeling2 mata. Memandangkan kita dah hidup dalam dunia serba kemewahan IT ni, boleh je nak tengok muka pasangan kita tu. Tango sudah! Video call jek. Tapi video call pon macam hampeh pasal kadang2 video tu tersekat-sekat sekaligus boleh potong stim dibuatnya. Haaaa... Jangan dok pikir lain eh. Maksudnya tak puas nak borak2 sambil menatap wajah pasangan yang mungkin nampak kiut-miut dengan keadaan ketika messy. Sesambil tu boleh intai setiap sudut dan ruang dalam rumah dia. Hik hik hik...

     Cinta jarak jauh! Ada kalanya rasa seronok pasal jarang jumpa. Tu yang menimbulkan perasaan rindu terlampau tapi jangan over sudah! Sebab tak jumpa tiap2 hari tu lah kita rasa tak jemu sebab dapat dating pon sebulan sekali jek. Kalau dekat nanti hari2 nak dating. Lama2 nanti bosan plak, kan? Yang tak seronoknya bila ada perasaan curiga. Maklumlah bila dah berjauhan kan! Apa yang dia buat kat sana bukan kita nampak pon. Kot2 la berskandal dengan orang lain ke. Kot2 la kan, kan... Tapi alhamdulillah setakat ni aku takde lagi dengar khabar dia menggatal dengan orang lain apetah lagi nakal2 dengan orang lain. Kalau aku tau, siaplah! Kau ingat kau aje boleh King Control? Aku pon boleh jadik Queen Control! Hahaha...

     Cinta jarak jauh! Tiap2 siang berchatting-ting-ting dan tiap2 malam bercalling-ling-ling. Betul tak? Betul tak? Kalau cinta jarak dekat dapat tak rasa macam ni? Dapat tak? Kalau pasangan yang dah kawen tu lain storylah! Setiap hari sentiasa together-gether. Bagi aku lah kan, syok weh dia kat sana, aku kat sini. Suweeet gitu! Mujurlah dia seorang yang caring lagi loving. Awwwwww!
No wonderlah ramai gadis2 yang idamkan awak umpama prince charming. Baru saya tau kenapa dan sebab apa. Tapi, tapi, tapi awak ni kuat jeles jugak ye. Terserlah walaupon ego awak nampak luarannya. Good!

     Dalam masa beberapa bulan ni kita tak boleh nak chatting2 dan calling2 macam selalu. Awak dikuarantin selama 9 bulan dan selama 9 bulan tu jugaklah saya rasa rindu pasal tak dapat dengar suara awak macam selalu dan tak dapat nak borak dengan awak macam selalu. Selama 9 bulan tu la kita berhubung menggunakan tulisan tanpa suara. Hik hik hik... Dah macam zaman sekolah rendah pulak rasanya. Bercinta melalui helaian kertas. It looks so sweet but sometimes it quiet very funny. I guess!

     Okesss... Dah tiba waktu tido aku so aku rasa aku stop kat sini lah pasal kalau aku tido lambat nanti aku bangun lewat. Maklumlah skang ni aku bangun sharp pukul 8 pagi. Esok lusa aku sambung lagi. Adios and gud nite all! *Peace*




No comments: