counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

22 May 2012

Hari Esok


Macam tak sangka akhirnya aku di'transfer' juga ke tempat baru..Bukan utk sementara tp utk selamanya aku di situ..Tempat baru, dah tentu suasananya pon baru..Segalanya juga baru dan baru..Dah tentu tugasan aku akan semakin berat dan insyaAllah aku boleh lakukannya..Bukan mudah nak pikul tanggungjawab yg mcm ni dan semestinya bantuan dr rakan-rakan sekerja itu penting..Nasib baiklah tempat baru tu aku dah fasih selok-belok kawasannya..Sebenarnya dulu aku pernah tinggal di area kawasan situ dan rasanya aku tak perlu risau dgn suasananya..Yg terbaik aku boleh jumpa semula dgn kawan-kawan lama aku yg dah lost contact selama berbelas tahun lamanya..Rindu sgt kat korang semua tau..Lama tak jumpa..Al-maklumlah masing-masing dah punya kehidupan dan kerjaya sendiri..Begitu juga dgn aku..Aku pon dah ada kerjaya dan aku pon dah ada kehidupan aku sendiri..Bezanya ada diantara kalian dah berumah tangga dan aku masih single lagi..Harap-harap aku leh bertemu dgn kalian semua dan kpd bestfriend aku, aku rindu dan sayang korang sgt-sgt..


.....


Sometimes your friends can hurt you worse
than any of your enemies could.

.....


Before you talk, listen.
Before you react, think.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.

21 May 2012

Life is Kehidupan


Bercakap tentang soal kehidupan, aku yakin semua orang ada cerita mengenainya kan? Begitu juga dgn aku..Aku pon ada kehidupan aku sendiri tapi yg pasti perjalanan hidup aku mungkin berbeza dgn sesetengah individu..Life as an eldest sister ni memang banyak dugaannya..Memandangkan aku ni jenis yg susah nak makan saman atau erti kata lainnya degil, so aku boleh diklasifikasikan sbg individu yg keras kepala..Ya, keras kepala! Rata-ratanya kawan yg rapat dgn aku sendiri yg cakap aku mcm tu secara jujur..Aku x kesah sbb prinsip aku, "I Don't Like Fucking Rules"..

Okey, sejujurnya aku ni merupakan anak yg sulung dari 2 beradik perempuan..Bila aku cakap mcm ni mesti orang-orang sekeliling aku bertanya, "Seronok lah kau..2 beradik jer..Mesti manja kan?"..Manja? Aku tak gemar terima statement yg mcm tu..Sesungguhnya aku ni jenis yg tak gemar dimanjakan sbb aku rasa aku dah cukup dewasa dan aku yakin aku boleh berdikari sendiri..Aku tak suka melalui kehidupan mcm anak tunggal yg manja sbb aku memang seorang yg lasak dan aku boleh buat kerja yg berat-berat tapi sekadar yg mampu..Kalau tak mampu nak buat, aku tak kan buat sbb aku sedar aku ni perempuan!

Kawan-kawan yg mengenali aku, pasti mereka tahu aku ni jenis yg mcm mana..Maksud aku dari segi kelakuan dan perangai aku, mereka semua faham..Aku panas baran, mereka pon tahu..Kalau dah nampak aku senyap membisu tanpa berbicara sepatah atau dua patah perkataan tu, mereka tahu yg aku sedang naik angin..Tapi cara aku, aku tak kan cakap siapa yg dah buat aku marah sbb aku akan reda dgn sendirinya..So kepada mana-mana jejaka di luar sana, jangan rasa takut nak berdamping dgn aku ya sbb aku ni manusia mcm korang jugak dan aku bukan singa  mahupon harimau bintang!

Dari segi pergaulan pulak, sejujurnya aku nak nyatakan yg aku tak kesah nak berkawan dgn siapa saja..Sbb aku bukan jenis yg pilih warna kulit ataupon paras rupa dan fizikal..Yg penting kita ada kawan, betul tak? Memang diakui ada sesetengah kaum yg mcm aku ni sgt memilih kawan..Kalau nak cari kawan perempuan, mesti yg cantik dan hot-hot belaka, kalau nak cari kawan lelaki mesti nak yg kacak dan hangat-hangat belaka..Kalau kawan tu jenis yg kaya dan berduit serta berharta, merupakan pakej yg lengkap..Betul tak? Tapi alhamdulillah aku bukan jenis yg mcm tu..Apa yg penting bg aku, asalkan kita respect orang tu dan orang tu respect kita, tu dah dikira cukup dah..Jangan tikam belakang sudahlah!

Mengimbas kembali ke zaman muda-mudi masa aku study kat Melaka dulu, aku bukanlah mcm sekarang ni..Terperap kat rumah jer..Dulu aku kaki rayau..Pantang kalau kawan ajak pergi mana-mana mesti aku nak ikut sama..Boleh dikatakan setiap kali ada filem baru kat pawagam, mesti pergi tengok punya..Bila diajak karaoke sama-sama, lagilah aku suka! Selalunya kalau aku lepak dgn kawan-kawan aku pon kat area bandar Melaka jer..Sbb kat area situ banyak kedai makan yg beroperasi sampai 2-3 pagi..Memang meriah suasana di situ sbb para-para student yg biasanya lepak kat sana..Sesambil makan tu, cuci la mata skali..Haha!

Yg meninggalkan kenangan pabila sekumpulan kawan aku ni (budak kolej aku gak) ajak aku follow dorang pergi jamming kat studio..Seronok jugak tengok dorang main alat muzik..Sesungguhnya aku memang ada keinginan nak belajar main gitar, tapi apakan daya kawan aku tu dah graduate dulu..Kalau tak, mesti aku dapat belajar main gitar sama-sama dgn dia..Takpe lah, dah takde rezeki aku..Yg penting happy la sbb dpt kenal dgn dorang semua..Terutamanya guitarist tu yg suka buli aku suruh pegang gitar dia yg hampir sama beratnya dgn berat badan aku yg cekeding ni..Hehehe!

Kesah muda-mudi tu setakat di situ je..Tak boleh cerita lebih-lebih, nanti menimbulkan syak wasangka yg kurang enak dr pembaca pulak..Hehe! Sambung semula cerita asal..Life aku sekarang ni dah jauh bezanya, tak mcm dulu..Sejak dah kembali tinggal serumah dgn family ni terasa mcm agak tersekat pulak aktiviti aku..Yelah, kalau keluar nak balik malam pon limit jam 12:00..Tak boleh lebih dr tu..Susah kan? Tambahan pula kawan-kawan perempuan aku plak kebanyakannya dah jd bini dan mak orang..Rasa jeles pon ya jugak bila tengok kawan masing-masing dah naik pelamin..Tapi aku rasa seruan aku belum sampai lagi..Aku percaya jodoh di tangan Tuhan dan rasanya aku tak perlu nak gelabah tentangnya..

Rasanya sekarang ni aku dah cukup dewasa walaupon orang sekeliling ada yg mengatakan aku ni masih berfikiran kurang matang, but i don't give a damn! Lantaklah mulut orang nak kata apapon yg penting aku happy dgn apa yg aku buat sekarang ni..Happy ke? Perwatakan luaran aku sering dinilai tp dalaman orang tak tau dan tak perlu tau kalau belum cukup mengenali aku..Nak kata aku kejam pon aku tak kesah sbb aku memang agak pemendam dan pendendam juga tp alhamdulillah aku boleh control sikap aku tu..Senang cerita, aku tak kan benci orang kalau orang tu sendiri tak buat aku rasa benci teramat dgn dia..So, beware!

Cerita aku sampai setakat ni je sbb aku dah tak larat nak menaip panjang lebar lg..InsyaAllah kalau ada kelapangan masa aku akan menaip lg dan aku post dalam blog aku ni..Harap korang semua tak penat baca cerita aku yg banyak perenggan ni dan sememangnya aku rasakan ada berjuta huruf dlm entry aku kali ni..Adios!



19 May 2012

.....


Appreciate what U have,
who loves U & who cares for U.
U’ll never know how much they mean to U
until the day they are no longer beside U.

.....


A person who truly loves you
is someone who sees the pain
in your eyes
while everyone else still believes
the smile on your face.

18 May 2012

.....


Sebenarnye saye pon suke kat awak..
Tp saye malu nak cakap..
Rasanye awak pon faham kan?
Hehehe..

.....


Don't sacrifice everything you have
just for temporary happiness.
That's not worth it.

.....


It doesn't mean your life is over
when a relationship ends.
It just means that you're one step closer
to finding the perfect beginning.



17 May 2012

Rehat!


Bila la aku nak dapat rehat yg mencukupi?
Hari-hari kerja, memang rasa penat yg teramat sangat!
Alangkah seronoknya kalau aku dapat cuti
yg panjang..
Boleh la aku rehat sepuas-puasnya kat rumah!
Tak keluar jalan-jalan pon tak mengapa,
asalkan aku dapat rehat yg secukupnya!

11 May 2012

Kata Orang Tua


Orang tua-tua kata, kalau kita tak suka atau benci sesuatu tu, nanti kita akan dapat jugak..Betul ke? #hairan

Macam Tu Jugak!

Harini dah genap 2 minggu lamanye aku tak jenguk atau singgah blog aku ni..Actually nak kata bz sgt tu tak lah jugak..Biasa-biasa aje..Cuma aku tak tau nak taip apa utk dijadikan bahan bacaan dlm blog aku ni..Entah kenapa harini aku mcm ada mood nak berblog pula..Haha! Tak selalu aku rajin menaip mcm ni..Kalau aku on9 Fb pon, aku sekadar berchatting dgn beberapa orang teman dan biasanya dgn orang yg sama..Aku takde pakwe dan semua orang patut tau perkara ni! Pasni jgn tanya-tanya aku lg dah..Aku dah pon keluarkan statement ni yg mungkin tak ramai yg nak percaya!

Life aku berjalan seperti biasa..Bangun-Pegi keje-Balik keje-Makan-Tido..Setiap hari pon sama sebenarnya..Aku ni dah mcm orang yg takde life pulak! Sbbnya kitaran aktiviti aku pada setiap hari adalah serupa saje..Lelama aku rasa bosan la jugak kan..Tapi nak buat mcm mana kalau dah mmg tertulis takdir aku mcm ni..Terima jelah dgn redha..Aku yakin semua orang mengimpikan sesuatu perkara yg luar biasa yg selalu diidamkan..Aku? Tak perlu kot aku mention disini..Apa yg aku boleh cakap, alangkah bagusnya kalau aku dpt bela beberapa ekor haiwan yg kiut-miut utk dijadikan peneman ketika sunyi!

Apa yg nak disampaikan, aku lebih suka kalau life aku ni berubah-ubah..Tapi tak pernah jugak dpt life yg dimaksudkan mcm ni..Bosan tu dah perkara lazim kalau nak disebutkan..Mana tau  satu hari nanti kitaran aktiviti aku akan berubah..Kalau semakin memenatkan, kenalah redha jugak! Sesungguhnya aku mmg tak gemar buat kerja-kerja yg memenatkan..Sbb usia aku bukan semakin muda, tapi dah semakin meningkat dah..Memandangkan fizikal aku ni tak mcm orang dewasa, so aku rasa seperti kebudak-budakan..Alhamdulillah..

Cerita lainnya, aku lebih suka kalau ada orang yg selalu beri perhatian kat aku..Dan aku tak pasti sama ada aku dah merasainya sekarang ni ataupon tak sbb aku malu nak mention disini..Aku juga ada sifat pemalu w'pon aku ni taklah lembut sgt..Aku tak suka menunjukkan sikap aku tu secara luaran sbb nanti kantoi-lah kan! Degil aku pon ada tempatnya dan harap sgt orang sekeliling aku bersabar banyak-banyak dgn kedegilan semulajadi aku ni..

Terakhir, walau apapon aku rasa happy sgt dgn life yg mcm ni w'pon ada individu yg mungkin tak puas hati dgn aku, tapi aku ada kawan-kawan yg sentiasa memahami aku..Bukan senang nak carik kawan yg betul-betul boleh dijadikan kawan sbb manusia sekarang ni kebanyakannya plastik dan hal ni mmg wujud dlm kehidupan manusia..Manusia kan sentiasa berhasad dengki dan tak boleh nak melihat kebahagiaan orang lain..Anda sokong atau tak kenyataan aku ni?