counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

21 May 2012

Life is Kehidupan


Bercakap tentang soal kehidupan, aku yakin semua orang ada cerita mengenainya kan? Begitu juga dgn aku..Aku pon ada kehidupan aku sendiri tapi yg pasti perjalanan hidup aku mungkin berbeza dgn sesetengah individu..Life as an eldest sister ni memang banyak dugaannya..Memandangkan aku ni jenis yg susah nak makan saman atau erti kata lainnya degil, so aku boleh diklasifikasikan sbg individu yg keras kepala..Ya, keras kepala! Rata-ratanya kawan yg rapat dgn aku sendiri yg cakap aku mcm tu secara jujur..Aku x kesah sbb prinsip aku, "I Don't Like Fucking Rules"..

Okey, sejujurnya aku ni merupakan anak yg sulung dari 2 beradik perempuan..Bila aku cakap mcm ni mesti orang-orang sekeliling aku bertanya, "Seronok lah kau..2 beradik jer..Mesti manja kan?"..Manja? Aku tak gemar terima statement yg mcm tu..Sesungguhnya aku ni jenis yg tak gemar dimanjakan sbb aku rasa aku dah cukup dewasa dan aku yakin aku boleh berdikari sendiri..Aku tak suka melalui kehidupan mcm anak tunggal yg manja sbb aku memang seorang yg lasak dan aku boleh buat kerja yg berat-berat tapi sekadar yg mampu..Kalau tak mampu nak buat, aku tak kan buat sbb aku sedar aku ni perempuan!

Kawan-kawan yg mengenali aku, pasti mereka tahu aku ni jenis yg mcm mana..Maksud aku dari segi kelakuan dan perangai aku, mereka semua faham..Aku panas baran, mereka pon tahu..Kalau dah nampak aku senyap membisu tanpa berbicara sepatah atau dua patah perkataan tu, mereka tahu yg aku sedang naik angin..Tapi cara aku, aku tak kan cakap siapa yg dah buat aku marah sbb aku akan reda dgn sendirinya..So kepada mana-mana jejaka di luar sana, jangan rasa takut nak berdamping dgn aku ya sbb aku ni manusia mcm korang jugak dan aku bukan singa  mahupon harimau bintang!

Dari segi pergaulan pulak, sejujurnya aku nak nyatakan yg aku tak kesah nak berkawan dgn siapa saja..Sbb aku bukan jenis yg pilih warna kulit ataupon paras rupa dan fizikal..Yg penting kita ada kawan, betul tak? Memang diakui ada sesetengah kaum yg mcm aku ni sgt memilih kawan..Kalau nak cari kawan perempuan, mesti yg cantik dan hot-hot belaka, kalau nak cari kawan lelaki mesti nak yg kacak dan hangat-hangat belaka..Kalau kawan tu jenis yg kaya dan berduit serta berharta, merupakan pakej yg lengkap..Betul tak? Tapi alhamdulillah aku bukan jenis yg mcm tu..Apa yg penting bg aku, asalkan kita respect orang tu dan orang tu respect kita, tu dah dikira cukup dah..Jangan tikam belakang sudahlah!

Mengimbas kembali ke zaman muda-mudi masa aku study kat Melaka dulu, aku bukanlah mcm sekarang ni..Terperap kat rumah jer..Dulu aku kaki rayau..Pantang kalau kawan ajak pergi mana-mana mesti aku nak ikut sama..Boleh dikatakan setiap kali ada filem baru kat pawagam, mesti pergi tengok punya..Bila diajak karaoke sama-sama, lagilah aku suka! Selalunya kalau aku lepak dgn kawan-kawan aku pon kat area bandar Melaka jer..Sbb kat area situ banyak kedai makan yg beroperasi sampai 2-3 pagi..Memang meriah suasana di situ sbb para-para student yg biasanya lepak kat sana..Sesambil makan tu, cuci la mata skali..Haha!

Yg meninggalkan kenangan pabila sekumpulan kawan aku ni (budak kolej aku gak) ajak aku follow dorang pergi jamming kat studio..Seronok jugak tengok dorang main alat muzik..Sesungguhnya aku memang ada keinginan nak belajar main gitar, tapi apakan daya kawan aku tu dah graduate dulu..Kalau tak, mesti aku dapat belajar main gitar sama-sama dgn dia..Takpe lah, dah takde rezeki aku..Yg penting happy la sbb dpt kenal dgn dorang semua..Terutamanya guitarist tu yg suka buli aku suruh pegang gitar dia yg hampir sama beratnya dgn berat badan aku yg cekeding ni..Hehehe!

Kesah muda-mudi tu setakat di situ je..Tak boleh cerita lebih-lebih, nanti menimbulkan syak wasangka yg kurang enak dr pembaca pulak..Hehe! Sambung semula cerita asal..Life aku sekarang ni dah jauh bezanya, tak mcm dulu..Sejak dah kembali tinggal serumah dgn family ni terasa mcm agak tersekat pulak aktiviti aku..Yelah, kalau keluar nak balik malam pon limit jam 12:00..Tak boleh lebih dr tu..Susah kan? Tambahan pula kawan-kawan perempuan aku plak kebanyakannya dah jd bini dan mak orang..Rasa jeles pon ya jugak bila tengok kawan masing-masing dah naik pelamin..Tapi aku rasa seruan aku belum sampai lagi..Aku percaya jodoh di tangan Tuhan dan rasanya aku tak perlu nak gelabah tentangnya..

Rasanya sekarang ni aku dah cukup dewasa walaupon orang sekeliling ada yg mengatakan aku ni masih berfikiran kurang matang, but i don't give a damn! Lantaklah mulut orang nak kata apapon yg penting aku happy dgn apa yg aku buat sekarang ni..Happy ke? Perwatakan luaran aku sering dinilai tp dalaman orang tak tau dan tak perlu tau kalau belum cukup mengenali aku..Nak kata aku kejam pon aku tak kesah sbb aku memang agak pemendam dan pendendam juga tp alhamdulillah aku boleh control sikap aku tu..Senang cerita, aku tak kan benci orang kalau orang tu sendiri tak buat aku rasa benci teramat dgn dia..So, beware!

Cerita aku sampai setakat ni je sbb aku dah tak larat nak menaip panjang lebar lg..InsyaAllah kalau ada kelapangan masa aku akan menaip lg dan aku post dalam blog aku ni..Harap korang semua tak penat baca cerita aku yg banyak perenggan ni dan sememangnya aku rasakan ada berjuta huruf dlm entry aku kali ni..Adios!



No comments: