counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

19 Oct 2011

Dipertimbangkan atau Diabaikan?


Kadang2 aku terfikir..Perlu ke x aku jd seorang yg berhati lembut? X terlalu memendam dan berdendam..Salah ke kalau aku jd mcm tu? Bkn kehendak aku..Kalau situasi x memaksa, aku pon x dipaksa..Segala alasan kau yg x munasabah dan x masuk dek akal tu perlu ke dipertimbangkan? Bkn sekali dua aku dah pertimbangkan, tp dah berkali-kali rasanye..Dah naik jemu dah..Kenapa? Tanya diri kau tu sendiri..Bkn satu dugaan aku dapat, tp dah terlalu banyak..Semuanya terjadi disebabkan angkara kau sendiri..Kalau kau x cipta semua ni, ia xkan berlaku..Sikap tamak dan haloba kau tu dah memakan diri kau sendiri..Kau sedar x selama ni? Kau lepaskan benda baik yg ada di depan mata, kau pusing ke belakang dan pilih benda yg x baik..Kenapa kau bodoh sgt? Kau pilih sesuatu yg agak x munasabah! Kenapa nak musnahkan sesuatu yg kau dah miliki pastu kau pilih sesuatu yg merosakkan? Kesilapan besar tu mmg kau x nampak agaknye..Rabun tapi buta!


Aku rasa kau perlu diabaikan, sama mcm kau abaikan aku..Ni bkn berdendam namanye tp aku nak kau rasa mcm mana sakitnya bila orang abaikan kau..Perit x? Kau kena terima hakikat tu..Kalau kau jujur dgn diri kau sendiri, kau xkan rasa azab yg mcm ni..Mcm yg aku pernah katakan, "semua yg dah jd ni berlaku disebabkan diri kau sendiri, jgn salahkan orang lain"..Ingat lg x? Kalau x ingat xpelah sbb aku mmg dah tau kau pasti akan buat2 dan pura2 lupa kononnya..Aku dah kenal perangai kau mcm mana; Buat2 x tahu dan x ingat bila ditanya dan disoal, alasan ringkas kau dah lupa kononnye..Relevan ke?? Lantaklah..Kalau kau nak cakap jujur, kau cakap-lah..Sesungguhnya kau mmg seorang kaki putar belit..Aku tau itu..Kadang2 aku rasa sia2 jugak aku tanya kau sbb aku x pernah dpt jawapan yg agak relevan utk setiap soalan yg diajukan..Gaya seperti seorang guru menyoal anak murid, kan?

Aku sendiri x tau sampai bila kau nak tipu aku..Sesungguhnya aku sedar aku x dpt nak soal selidik kegiatan dan aktiviti harian kau, aku tawakal ajelah..Redha dgn apa yg terjadi..Sememangnya aku dah melatih diri aku supaya jgn terlalu percayakan kata2 kau yg ibarat semanis madu lebah tu..Aku pon dah x tau mcm mana lg aku nak lahirkan rasa simpati ke atas nasib malang yg dah menimpa diri kau..Aku pon dah x tau mcm mana lg aku nak bukakan hati supaya aku dpt percayakan kau kembali..Sesungguhnya kau pon x pernah rasa serik dgn apa yg kau dah buat kat aku..Aku sedar kau dtg cari aku bila kau kata kau rindu aku..Tp aku tau itu semua sekadar lakonan kau nak tarik perhatian aku..Konon2nya nak membuktikan kau setia dgn aku..Drama kau tu bkn lg drama yg baru..Tp dah agak lapok dah bg aku..Kau sedar x?

Alasan yg konon2nya kau dah putuskan hubungan bersama wanita itu dan ini sememangnya x membuktikan kejujuran kau pd aku..Sbb kau mmg bukan seorang yg setia pd pandangan mata aku..Kau pantang nampak perempuan yg bermasalah, pasti kau cuba mengayat..X cukup dgn satu, kau tambah lg satu..Pandai pulak kau cover sana sini kan? Mmg hebat sgt-lah..Tp kehebatan kau tu x cukup handal lg sbb bila kau dilanda masalah bersama dgn wanita itu dan ini, kau akan menyepikan dan menyembunyikan diri dgn alasan 'banyak masalah yg perlu diselesaikan'..Ya, mmg patut pon kau rasakan sbb kau sendiri yg nak jd sehebat Romeo, kan! Aku x paham kenapa kau perlu jd mcm tu sbb berkelakuan spt seorang 'Playboy' bknlah cara yg terbaik utk membuktikan ke-maskulin-an diri kau tu..Kau bknnya ada apa2 pon..Hanya gadis yg baru mengenali diri kau je aku anggap bodoh bila dia percaya yg kau memiliki segala kemewahan ala2 Mat Jenin tu..Kau sedar x?

Kau tau x betapa peritnya aku rasakan bila salah seorang wanita kau tu dgn megahnya berasa sgt bangga sbb berjaya menayangkan status 'in a relationship with u' dlm Facebook? Aku rasa wanita itu mmg sengaja menayangkan status tersebut dgn niat nak menyakitkan hati aku..Aku tau kau x pernah mengaku apa hubungan aku dgn kau ketika itu..Aku redha je wpon kau anggap aku ni umpama sampah bg kau..Aku tau hati kau sdg berbunga2 bersama wanita itu ketika itu..Kemudian kau tukar status kau bersama dgn wanita lain dan kau sengaja menyembunyikan status kau tu supaya tiada rasa syak wasangka akan timbul..Tp kebodohan kau tu terserlah wpon aku xtau semua tu, tp Allah dah tunjukkan kebenarannya..Kau bermadu kasih bersama wanita lain dlm Tagged..Maaf sbb aku ter-login secara x sengaja..Kantoi pd kali itu bknlah kantoi pd kali pertama buat aku sbb dah dua kali kantoi dah..Aku diam tp kau x tau perasaan aku masa tu..Depan mata kau aku spot check fon kau, dan ternyata kau masih simpan gambar2 gadis yg dlm Facebook itu..Gambar aku satu pon xde dlm simpanan kau kan? Ternyata aku ni ibarat kain buruk bg kau..Kata2 sayang kau hanyalah permainan yg kononnya kau setia dgn aku..Nama aku pon kau tukar kpd nama singkatan, tp nama gadis2 lain kau bubuh dgn nama2 manja..Aku tau siapa gadis2 tersebut..Aku malas nak soal kau lebih2 sbb aku tau kau pasti tipu aku lg..

Sekarang ni aku dah mulai perasan yg kau dah buang satu persatu gadis yg pernah berhubungan dgn kau secara nyata dan x nyata..Kenapa? Sbb kau dah rimas dan bosan dgn mereka? Tp kau x buang aku plak kan? Kau masih carik aku lg dan luahkan perasaan yg kononnya kau rindu kat aku..Sesungguhnya aku mmg x percaya dan mmg x pecaya lg dah..Bkn aku sengaja jd mcm ni..Sbbnya kau sendiri tau kan! Kau janji yg kau dah xde apa2 hubungan dgn mereka lg..Tp sejauh mana aku boleh percayakan janji kau tu? Bkn sekali dua kau janji mcm ni, tp dah berbelas kali..Kau tetap menghubungi mereka lg..Buktinya, aku x pasti kau mmg sengaja atau x yg kau dah mengubah tarikh dan masa dlm fon kau..Utk mengaburi pandangan dan pemerhatian aku yg kononnya kejadian tu berlaku 2-3 bulan yg lepas..Pdhal pd tarikh aku jumpa kau buat kali terakhir tu, panggilan tu dibuat 2-3 hari yg lepas..Siapa yg bijak skrg? Kau atau aku? Kenapa aku boleh berfikir sebijak tu, sbb nama2 gadis yg tersenarai dlm setiap panggilan tu adalah gadis2 yg kau baru kenali dlm tempoh sebulan pd bulan yg sama..Tp penipuan yg kau cuba cipta, panggilan tu dicatat pd 2-3 bulan yg lepas..Relevan kah? Kau cuba uji minda aku kan?

Aku x tau mcm mana lg aku nak cakap semua ni kat kau..Sbb perkara terakhir yg kita dah bincang pd kali terakhir kita jumpa tu, semuanya bercanggah..Mmg dah terbukti kau cuba mempertahankan gadis2 kau yg lain..Ibarat aku yg paling bersalah..Tp kau menangkan mereka..Kenapa? Kononnya mereka tu x bersalah wpon mereka dah berjaya dptkan kau? Kononnya aku yg bersalah sbb aku cuba cari mereka satu-persatu? Salah aku jugak ke? Aku x kacau mereka, aku jd kacau-bilau pon disebabkan sikap kau..Kalau kau x layan, xde lah mereka nak carik kau, kan? Aku pon x boleh nak salahkan mereka sbb kalau kau x taburkan janji2 manis, mereka xkan jatuh hati dgn kau..Betul kan! Hati perempuan semua sama..Tipu kalau ada perempuan yg kata mereka x mudah layu dek rayuan manis oleh seorang lelaki..Kau pernah sedar x kenapa setiap kali kau cuba menghubungi aku atau cuba SMS aku, aku pasti bertanyakan hal tentang mereka? Sbb aku tau kau pasti akan memutar-belitkan kata2 kau kononnya kau dah lupakan mereka, kau dah xde apa2 hubungan dgn mereka..Aku pon dah x hairan kalau ada mana2 gadis yg kau kenali memaki-hamun kau sbb aku berasa lega yg akhirnya mereka dah berjaya hidu perangai buruk kau tu..Lg bagus mereka sedar drpd mereka terus dibayangi dgn janji2 manis kau tu..Cukuplah aku sorang je yg rasa sakit..Xkan aku nak tgk kau sakitkan mereka yg lain..

Aku x berjaya nak luahkan semua ni pd kau..Aku minta maaf..Sbb aku mmg x pernah diberikan peluang utk bgtau semua ni..Aku cuma luahkan semuanya kat sini sbb aku tau kau pasti akan menjenguk blog aku ni..Kau sendiri pernah cakap kat aku kan yg kadang2 kau jenguk blog aku..Orang lain x tau aku nyatakan semua ni pd siapa..Tp kalau kau dah baca dan kau paham siapa orang yg dimaksudkan, baguslah..Kalau kau berpura2 x paham dan x tau, terpulang pd kau..Aku x paksa..Kau pon x boleh marah aku sbb aku x mentioned nama siapa2 pon dlm ni..Mungkin cuma aku dgn kau je yg paham apa yg aku maksudkan..Harap kau gembira dan selesa dgn kehidupan baru kau skrg ni wpon aku xtau kau berada di mana skrg sbb kau pon sekali-sekala call aku, sekali-sekala SMS aku bertanyakan khabar..Andai kata kau dah ada pengganti yg lain sekalipon, aku ucapkan semoga kau bahagia..Pasni aku mmg dah x tau segala aktiviti kau sbb aku rasa mungkin kau dah berada jauh dr sini..Dan mungkin kau dah bersama dgn gadis yg lain di sana..Wassalam..



2 comments:

Anonymous said...

tp ak hr² sms kn? :p

Anonymous said...

Wow~ hari-hari SMS!!! XD-
-Dim-