counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

9 Mar 2012

Kantoi Sudah!

Oh, okay..Rasanya sgt seronok bila terjah-menerjah orang ni..Bukan atas sebab nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar nak dijadikan pengajaran yg berguna..Al-kisahnya tentang terkantoi atau dlm erti kata lainnya, pecah lubang..Alahai, kesian sungguh kpd si mangsa yg dah terkena..Aku cakap mcm ni pon berdasarkan pengalaman..Sebabnya aku sendiri pon dah terkena so rasanya tak perlu dihairankan lagi kalau aku selalu mencari jawapan yg betul..Aku tak suka bercakap tanpa bukti sebab kalau takde bukti yg sah, orang takkan percaya..Betul tak? So sekarang ni aku dah dpt satu bukti yg sahih tentang kebenaran soalan yg dah tersirat dan tersurat tu..

Seperti yg aku pernah cakap, kalau orang tak percaya cakap aku pon tak guna jugak, kan? Yelah, orang kadang-kadang memang mcm tu..Benda yg betul tak nak percaya, benda yg salah jugak yg dikatanya betul..Aku bgtau pon berdasarkan bukti yg ada..Bukan rekaan semata-mata..Kalau nak aku tunjuk bahan bukti tu pon boleh aje..Tapi mcm tak elok pulak bunyinya sebab mungkin akan menjatuhkan orang yg sedang sangat popular tu..Popular dikalangan kaum Hawa kerana kepintarannya bila berkata-kata juga popular dikalangan kaum Adam kerana kecerdikannya bila bekerja..Memang tak dinafikanlah sikapnya memang begitu sejak azali lagi..Dia sangat bijak tapi hanya sementara je..Sebab kegagalan boleh membuatkan dia jatuh tersungkur bagai tak bernyawa lagi..

Kalau nak diceritakan dari A sampai Z, semua cerita yg diceritakan memang sangat tak berasas..Erti kata lain tak relevan juga auta..Hanya orang yg tertentu je tau siapa dirinya..Bagi orang-orang yg baru mengenali, mungkin akan mengundang padah jika terlalu taksub dgn kata-katanya..Bukanlah aku nak mengutuk sesiapa, tapi apa yg aku nampak dan lihat memang dah terbukti dah pon..So aku takde lah mereka-reka cerita, kan? Mungkin juga aku yg dipersalahkan untuk mengukuhkan benteng pertahanan dirinya..Siapalah aku..Memang aku tak hirau dan tak jaga dia pon..Aku sekadar nak memperbetulkan apa yg sepatutnya diperbetulkan..Kesian rasanya melihat orang-orang yg kecewa dan tertonggeng akibat penangan manis bicaranya..

Kalau aku jahat, aku biarkan aje..Lantaklah korang terkena sekalipon..Tapi mcm tak patut rasanya melihat kaum sendiri jadi mangsa..Kesian beb! Tapi kalau cakap aku tak diambil peduli, aku cuma kata "satu hari nanti kau juga terkena dan juga merasainya"..Ayat aku ni bukanlah bermotifkan dendam atau sakit hati, aku cuma nak orang itu, itu dan itu lebih berhati-hati..Sikapnya yg pandai bermadah juga pandai mengikis tu memang perlu dijauhkan..Bahaya jugak..Ada kalanya aku sendiri tak paham kenapa aku terasa diri aku umpama sampah..Sebab dikutip bila diperlukan, dibuang serta dilupakan..Apa yg berlaku hanyalah sementara saja..Sebab dah berkali-kali aku merasainya begini..Ni bukanlah cerita sedih, tapi sekadar nak berkongsi cerita..

Al-kisahnya bila pertolongan tak diendahkan, pasti kamu akan dibuang..Ramai dah terkena penangan yg serupa mcm ni..Aku tak boleh nak senaraikan siapa dan siapa sebab terlalulah ramai bilangannya..Takpelah, abaikan aje! Yg aku hairankan sangat-sangat tu kenapa janjinya tak pernah dikotakan..Bukan sorang dua tapi dah berpuluh rasanya yg terkena tempias yg sama mcm ni..Apa motif setiap tujuannya juga aku tak tau..Kadang aku ada jugak singgah-menyinggah laman web orang-orang yg pernah dikecewakan, ternyata semuanya tak boleh nak lupakan dia..Kenapa ye? Hebat juga ilmu yg digunakan tu..

Sampai sekarang aku tak tau nak cakap mcm mana lagi..Hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum sinis bila dpt tau berita-berita sensasi tentangnya bersama si gadis itu, itu dan itu..Bukan nak busybody, tapi aku juga ada hak untuk tau..Sekadar nak tau je..Yg terbaru yg aku dapat tau sekarang ni, bersama orang lain pulak..Apa dah jadi ye dgn yg "hari tu"? Sudah diabaikan ke? Statusnya juga dah tak diupdate lagi..Nama juga sudah bertukar..Kecewa barangkali..Nak kesian pon tak guna sebab cakap aku tak diendahkan..Rasalah kau budak!

Sampai sekarang masih menghilangkan diri dari aku..Aku tak kisah sebab aku bukan nak mengharap..Cuma aku bengang sebab tak pernah berubah-ubah lagi..Muak rasanya dengar ayat yg sama..Lagi muak bila kata "maaf" sering diucapkan..Boleh muntah hijau aku kalau diucapkan ayat yg sama lagi..Firasat aku mengatakan ada kemungkinan dia bengang juga marah dan sengaja bubuh status bersama si dia, dia dan dia dalam laman web yg sama tapi berlainan identiti..Tak guna nak membangkitkan kemarahan orang sebab akhirnya terkena kat batang hidung sendiri..Dah elok-elok mancung kang tak pasal-pasal penyet pulak! Sengaja mencari penyakit bukan perkara yg terbaik..Sebab itu dinamakan sengaja mencari nahas..Biarlah!

Ada beberapa perkara yg aku tak boleh nak ceritakan padanya sebab panggilan dan mesej aku langsung tak berbalas..Bengang ngan aku barangkali..So adalah terbaik aku ceritakan di sini sebab aku pasti ada beberapa penyampai yg pasti akan menyampaikan apa yg tertulis dalam blog aku ni padanya..Lagipon aku boleh menaip berperenggan-perenggan serta berjuta-juta huruf boleh dilihat dan dibaca..Kalau ada typing error tu memang perkara biasa sebab bila menaip kita pasti terleka..Aku bukan nak stalker benda-benda yg tak baik tapi aku nak menyampaikan apa yg dirasakan memang patut disampaikan..Agaknya dia pasti ada masa nak baca entry aku ni atau mungkin dah menyampah nak singgah blog aku ni lagi..Aku tak paksa..Yg penting aku tak menipu orang serta tak mempermainkan perasaan orang mcm yg kau lakukan..Bertaubatlah ye sebelum kau seru orang lain bertaubat..Ubah diri tu dulu sebelum nak ubah diri orang..Diri kau sendiri pon tak terjaga..Ni kan pulak berangan mampu nak jaga ramai orang..Alahai!!!



P/S: Simpati dgn nasib orang yg dah "terkena"..


No comments: