Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

22 Mar 2012

Cakap Belakang atau Tikam Belakang?


Pagi ni aku rasa segar nak berblog semula sbb semalam aku takde cerita nak diceritakan disini..Aku tgh sebok adjust blog kawan aku tu..Dah cantik dah blog dia aku ubah..Harap beliau puas hati-lah..Hehehe..

Entah kenapa tiba-tiba terdetik dlm hati aku nak bercerita tentang tajuk ni;

"Cakap Belakang atau Tikam Belakang?"

Al-kesahnya aku ni bukanlah suka sgt dgn sikap yg serupa mcm ni..Tapi ada kalanya aku pon tak sedar kot-kot lah aku ada tercakap belakang pasal si polan tu atau si polan ni ker..Bahasa lainnya dikira bergosip-lah! Kadang-kadang bila dah duduk se-table dgn kawan-kawan sekaligus mesti terbukak topik yg mengarut-ngarut..Pastu mencarut-carut pulak..Normal-lah tu kan..

Style aku, kalau aku rasa tak puas hati aku sound direct jer depan-depan..Tapi tak boleh la terlalu jujur sgt nak cakap depan-depan sbb susah nak jaga hati orang..Selagi boleh kawal, aku kawal kalau aku mampu..Tak boleh nak kawal, sendiri mau ingat-lah kawan! Bengang aku pon bertempat jugak beb! Tapi marah aku kejap je, pastu aku reda la..Marah aku pon bersebab..Bukan sesuka hati jer aku nak hangin dgn orang..Lagi-lagi kalau orang dah buat onar dgn aku, sampai mati pon aku takkan lupa! Bukan mudah ya..Aku ni ada juga terselit sifat pendendam..So berhati-hatilah dgn aku..Luaran je nampak sempoi, dalaman nampak sporting..Tapi hati aku siapa yg tau!

Kalau kepercayaan aku dah disalahgunakan dan dah tercalar, memang sorry-to-say lah kawan..Hati aku terguris bukan beberapa saat, tapi memakan masa yg agak lama aku nak lupakan..Tambah lagi kalau orang tipu aku kaw-kaw dan baik punya, memang aku pon rasa benci kaw-kaw dan baik punya..Barulah seri satu sama, kan? Bukan senang nak percayakan orang, tapi bila dah ditikam belakang-belakang, aku ucapkan "bye-bye dan terima kasih"
Maknanya? Sendiri kena paham-lah!

Sebenarnya ada satu fenomena sdg berlaku sejak akhir-akhir ni..Baik yg berlaku berhampiran dgn aku, sekeliling aku dan berjauhan dgn aku..Aku tak mencari musuh pon..Tapi musuh yg hadir mencari aku..Mcm yg aku cakap, kalau kepercayaan aku dah tercalar, mcm-mcm boleh jadi beb!

"Ending-nya berlaku diluar jangkaan dan tak seperti yg disangkakan"

Agak mendalam dan sinis kata-kata aku ni kan? Bila diimbas byk kali sebenarnya agak pedas bunyinya..Ditujukan utk siapa itu rahsia aku..Dah buat hal dgn aku, then nak marah aku pon takde gunanya..Kalau dari dulu lagi tak cari masalah dgn aku, semua ni takkan terjadi..Bukan aku pinta nak jadi mcm ni..Fikir balik kenapa jadi mcm ni, apa puncanya dan salah siapa? Jawapan tu ada pd diri manusia yg ditujukan..Sekarang ni masalah ni tak terletak di bahu aku sorang..Jgn nak menuding jari kat aku pulak!

Stalker ada dimana-mana..Itu dah menjadi sebahagian drpd fenomena kehidupan kita..Stalker lah yg cakap belakang, stalker jugalah yg tikam belakang..Aku mengaku aku pon ada jugak cakap belakang, tapi apa yg dicakapkan berdasarkan bukti dan bukannya cakap kosong tanpa bukti..Bukti berdasarkan apa yg aku nampak..Kalau apa yg aku cakap di-auta kan oleh orang tersebut, memanglah aku naik angin..Terutamanya kalau bersangkut-paut dgn aku..Senang cerita, aku lebih suka orang yg berlaku jujur dgn aku..Kalau tak jujur dgn aku, pastu mcm orang bongok nak putar-belitkan cerita pulak, memang nasib kau tak selamatlah! 

Dan sampai ke hari ni aku tak tau kenapa dan sbb apa masih ada lg orang nak tikam belakang aku..Tikam dgn senjata, aku masuk kubur terus..Tapi tikam dgn kata-kata, sampai mati pon tak habis, kan? Sejujurnya ada juga orang yg rapat dgn aku yg dah tikam aku sekarang ni pon..Siapa, biarlah Allah saja yg tau..Memang tak disangka, tapi aku kena terima hakikat ni..Susah nak cari kawan yg betul-betul boleh jaga hati kawan..Memang aku selalu sakit hati dgn orang, tapi mungkin orang-orang ni tak pernah tau sakit hati aku mcm mana..Kalau dah kronik boleh membawa padah! Jgn diuji kesabaran aku sbb mcm-mcm boleh jadi..

Akhir sekali, aku tak suka menjatuhkan orang tapi kalau keadaan dah memaksa, seperti yg aku cakapkan, mcm-mcm boleh jadi..Naluri manusia ni berbeza..Rambut sama hitam tapi hati tu lain-lain..Tak siapa tau benda yg boleh berlaku kemudian..Memang susah nak jaga hati orang lebih-lebih lg kalau hati kita tak pernah dijaga dgn baik..Aku boleh jaga hati orang dgn baik dan mungkin aku gagal nak jaga hati orang dgn baik, itu aku tak tau..Hanya orang saja yg boleh menilai sifat peribadi aku ni mcm mana sbb aku taknak orang anggap aku ni angkat bakul sendiri..

Wassalam..


No comments: