Malam ni aku tak tau kenapa tiba-tiba aku rasa nak post entry yg mcm ni..Bukanlah nak mengutuk sesiapa sehingga membuatkan pihak tertentu terasa, tapi sekadar renungan bersama..Tak salahkan kalau kita berkongsi cerita tentang pengalaman kita..Semua orang pon ada pengalaman masing-masing, kan? Aku pon sama..Aku menulis berdasarkan pengalaman dan bukannya rekaan semata-mata untuk meraih publisiti..Mungkin boleh meraih simpati dan ni terpulang pd pendapat pembaca yg membaca entry aku ni..
Memang aku sengaja nak bual mengenai topik ni..Sebabnya aku juga pernah terkena dan mungkin ramai juga kaum Hawa yg dah terkena...Itulah bahayanya penangan si Mat Pujangga ni..Sebabnya kata-kata yg semanis madu tu umpama racun yg sangat berbisa..Janji-janji yg setinggi gunung tu umpama lautan yg dilanda tsunami..(Eh, aku main hentam jer ayat ni..Asalkan sedap didengar sudah-lah!)
Aku bukan nak memburukkan sesiapa, cuma aku nak cakap yg aku dapat merasai bagaimana perasaan mangsa-mangsa yg dah terkena..Aku diantaranya..Sejujurnya memang timbul perasaan sakit hati dan benci yg membuak-buak, tapi apa yg terjadi tu harus dijadikan tauladan dan mereka-mereka yg dah terkena atau yg mungkin baru terkena tu haruslah ambil iktibar melalui cerita aku ni..Berkongsi cerita tu tak menjadi satu kesalahan besar, sebab sharing is caring..Kan kan? Aku caring, so aku patut kongsikan bersama..Hehehe!
Pengakuan yg diri tu kononnya single dan tak berpunya tu dah menjadi kebiasaan sebab nak memancing umpan-lah katakan..Kalau takde umpan mcm mana nak memancing..Betul ke tidak? Pdhal dlm diam rupanya ada 1 awek plus 3 skandal..Fuiyoooo! Betul-betul mengikut sunnah tp agak menyimpang jauh jugaklah..Nak cukupkan forum kononnya sampai sanggup mempermainkan perasaan orang lain..Kalau agak-agak tak pandai nak jaga hati dia, dia dan dia, tak perlulah nak pasang skandal ramai-ramai..Bersyukurlah kalau dah ada sorang yg boleh menjaga kamu dgn baik..Jgn pula diambil kesempatan ke atas kebaikannya..Not good, not good!
Taktik kedua pulak, buat-buat baik depan mata..Kalau boleh pijak semut pon semut tak mati..Apatah lagi sepak gajah pon gajah tak lari..Betul tak? Boleh dikatakan kononnya dialah hero semalaya..Eheh! Menabur janji itu ini dah sememangnya boleh membuat hati seorang wanita tu cair..Diakui memang sifat dan naluri wanita mcm tu..Sebab tu lah hati wanita senang dipermainkan..Tp agak tak baiklah kalau buat mcm tu..Dah dikira kes menganiaya perasaan wanita..Benda yg paling bodoh bg aku bila dijanjikan nak sehidup semati dgn kita..Sebab apa aku kata bodoh? Sebab dah tentu dia takkan mati sama-sama dgn kita..Ajal dan maut kan di tangan Tuhan..Kalau mati pon, for sure kubur lain-lain punya..Hehehe!
Taktik ketiga, memula pinjam duit sikit-sikit, pastu lama-lama jadi bukit..Aku berani tulis kenyataan ni sebab ni adalah perkara yg dah menjadi kebiasaan..Tak kira lelaki atau perempuan aku rasa sama saja..Alhamdulillah aku ni bukan seorang kaki pengikis..Aku tak berminat dgn bab-bab yg mcm ni sebab aku tak pandai nak menggoda untuk mengikis duit orang..Orang yg selalu pinjam duit aku pastu buat-buat hilang ingatan supaya hutangnya dilupakan..Tp aku tak pernah lupa siapa dan siapa yg pinjam duit aku sebab kalau orang dah janji dgn aku, aku akan ingat sampai bila-bila terutamanya bila berkaitan dgn RM..Bab makan minum tu aku halal-kan laa..Tak baik berkira tentang soal ni..
Taktik yg seterusnya, cuba mengubah situasi dan memutar-belitkan cerita untuk mengelirukan pasangan..Kalau dpt pasangan yg cerdik akal tu, sampai bila-bila pon si mat pujangga akan kalah sebab tak pandai nak menipu pasangan..Kenapa? Bila dah kantoi tu mestilah tergagap-gagap dan bukannya nak bercakap benda yg benar..Menunjukkan diri tu memang bersalah dan kebodohan terserlah apabila tak pandai nak menutup lubang..Pandai gali lubang, pandailah tutup lubang..Nak jadi professional dlm bab poligami ni bukannya senang..Kalau tak pandai baik tak payah buat..Sebab nanti terkena kat batang hidung sendiri, so sendiri mau sedar-lah ya!
Memang tak semua manusia tu sempurna..Aku juga tak sempurna..Memandangkan usia dah semakin meningkat dewasa ni so aku rasa aku perlulah berubah sikit demi sikit dan menuju ke arah kebaikan, bukannya kenakalan..Ooopssss! Zaman notty-notty aku dah berlalu..Dulu time aku study aku memang sgt nakal plus degil..Senang cerita aku memang tak makan saman-lah! Sebabnya aku tak suka dikongkong dan aku suka kebebasan..Biasalah usia remaja memang cenggitu..Tipulah kalau nak cakap masa remaja dulu korang semua baik-baik belaka..Aku boleh cakap 10:100 yg kata dia sgt baik semasa remaja..Pttuuihhhhh! Aku tak membangga diri dan aku pon mengaku yg aku agak degil masa dulu..
Diringkaskan cerita, benda yg tertulis dlm entry aku ni bermula dari perenggan pertama sampai perenggan ni sebenarnya sekadar nak berkongsi pengalaman juga cerita..Bercakap berdasarkan pengalaman merupakan benda yg jujur dan bukannya direka khas..Tak meraih publisiti tapi sekadar renungan bersama..Entah dah berapa kali aku ulang ayat yg sama mcm ni dan aku rasa perenggan yg paling atas sekali pon aku taip ayat yg sama jugak! Aku nak cakap yg aku turut rasa simpati dgn kaum-kaum Hawa yg pernah terkena penangan Mat Pujangga mcm ni dan kerap kali aku baca kes-kes yg mcm ni kat majalah mahupon surat khabar..Kesian kan, tapi life must be go on..Allah kan ada dan Allah sentiasa melindungi dan membantu umatNya.. :)
P/S: Harap takde orang yg terasa hati dgn aku pas baca entry ni..Aku tak mention pon nama sesiapa dan rasanya aku tak mengaibkan sesiapa..Jd sesiapa jgnlah rasa sakit hati dgn aku sebab kalau takde sesiapa yg tergigit cili, dah tentu tak terasa pedasnya..PEACE NO WAR!
No comments:
Post a Comment