Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

16 Mar 2012

Bertambah atau Berkurang?

Tajuk entry aku kali ni mesti menjadi tanda tanya, kan? Aku rasa tak ada apa yg perlu disoalkan mengenai tajuk entry aku ni..Tak ada benda yg menarik yg perlu dikagumkan pon..Sebenarnya aku nak bercerita mengenai berat badan aku ni sebabnya berat aku ni ada-kalanya bertambah dan ada-kalanya berkurang..Kalau aku tanya pakar pemakanan sekalipon dah tentu penasihat tu akan menggelengkan kepalanya atas faktor pemakanan yg aku pon tak pasti seimbang ataupon tak..Cara aku makan bukanlah mengikut carta piramid seperti yg disediakan oleh pakar pemakanan, sebaliknya aku makan apabila perut aku dah berkeroncong menandakan perut perlu diisi..Bak kata orang, makan selagi boleh makan..Hahaha!

Erti kata lain, kasih sayang juga boleh bertambah atau berkurang..Disini aku tak maksudkan yg aku ni sedang dilamun chenta ataupon yg sekutu dengannya, tapi ni sekadar bual-bual kosong je..Bercerita tentang kisah lama-lama ada kalanya menyeronokkan w'pon terselit sedikit unsur sakit hati, geram, bengang dan sebagainya..Kalau diingatkan balik pon tak membawa apa-apa kebaikan tapi boleh dijadikan pengajaran..Itulah yg sebetulnya..Betul ke? Terpulang pd individu sebab lain orang lain penilaiannya, kan?

Selain tu, rezeki kita pon boleh bertambah atau berkurang juga..Kalau rajin berusaha mencari rezeki, InsyaAllah rezeki tu akan sentiasa bersama dgn kita..Kalau menipu duit orang pon tak berkat, malah makin bertambah dosa dan berkurang pahala tu..Apa pon biarlah Allah yg menentukan dosa pahala seseorang tu..Aku bukanlah ustazah yg boleh menilai..Tapi sekadar nak menasihati tu tak menjadi masalah..Bila bercakap tentang soal duit ni, tetiba aku teringat kat "si polan" tu yg entah bila dia nak lunaskan apa yg patut dilangsaikan..Mungkin juga 'si polan" tu dah buat-buat lupa tapi Allah tak pernah lupa..Aku berserah pd Yang Maha Esa..Biar Dia saja yg berhak menghukum "si polan' tu..

Kawan-kawan sekeliling kita juga boleh bertambah atau berkurang..Perasan tak? Aku sentiasa peka tentang bab-bab yg mcm ni sebabnya aku bukanlah nak memilih kawan..Aku tak kisah berkawan dgn sesiapa je asalkan aku selesa berkawan dgnnya..Lagi best kalau dpt kawan yg sporting dan yg boleh kawtim..Satu keistimewaan kalau kawan tu seorang yg agak open-minded dan secretive..Nak pilih kawan pon kena pentingkan aspek gak sebab kalau dpt kawan yg jenis mulut tempayan, pecah semua tembelang..Bahaya bahaya! Tapi lagi sakit hati kalau dpt kawan yg makan kawan dan kawan yg suka mengambil kesempatan ke atas kesenangan kawan..Zaman sekarang ni susah nak dpt kawan yg boleh berkongsi kesenangan dan kesusahan dgn kita..Iya kan?

Sebenarnya, aku sendiri pon tak tau kenapa aku boleh menaip sampai ke perenggan ni sebab asalnya aku nak bercerita tentang berat badan aku je, tapi makin banyak plak huraian yg tersirat dan tersurat yg timbul di kepala otak aku ni..Dah mcm buat karangan pulak..Aku tak sangka apabila aku menaip, banyak pulak idea yg datang mencurah-curah..Rupanya seronok juga ya bila kita menaip ni..Hahaha! Teringat zaman sekolah dulu, buat karangan sampai 3-4 muka surat dan perenggan tu tak terkira banyaknya sampaikan cikgu sendiri pon suka tengok karangan aku sebab tulisan aku yg sebaris dan sekata je..Kata cikgu tu tak pening kepala saya bila baca karangan awak..Yg sebenarnya cikgu tu tau aku rajin ni menulis..Tu pasal buku karangan aku dlm setahun sampai 3 buah buku..Tapi untuk subjek Bahasa Melayu je..Hehehe!

Adios!


No comments: