Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

2 Jan 2012

Dingin?

Aku tak boleh tidur dgn lena malam ni..Tak tau kenapa..Dalam keadaan yg demam selsema macam ni tetiba terlintas di fikiran aku nak berblog pula malam ni..Apa yg bermain di kotak fikiran aku membuatkan aku jadi tak lena nak pejamkan mata..Macam2 benda yg aku fikirkan..Aku tak pasti apa yg sedang aku fikirkan..Banyak benda..Sampai aku sendiri pon rasa tak tenteram..Kenapa ye? Aku ada buat salah pada sesiapa ke? Andaikata kalau benar aku ada buat salah, aku minta maaf jika kata-kata aku selama ni ada mengguris perasaan sesiapa, ada menyakiti perasaan sesiapa..Mungkin aku tak sedar apa yg aku dah buat, tegurlah aku andai benar aku yg bersalah..Cara ni lebih mententeramkan perasaan aku..Maklumlah, tak semua manusia sempurna perlakuannya..Aku mengaku sikap aku juga tak sempurna..Mungkin ada kalanya sikap aku ni menimbulkan perasaan tak puas hati dikalangan kawan-kawan, atau sesiapa saja..

Alangkah bagusnya kalau aku mempunyai sikap yg sempurna..Pandai jaga hati orang..Pandai jaga perasaan orang..Tak pernah terkasar tutur bicara..Tapi apakan daya, aku tak mampu nak kawal semua tu..Tak pelah kalau ada mana-mana pihak yg berasa tak puas hati dgn aku, aku maafkan..Aku malas nak perbesarkan cerita..Lagi bagus kalau diselesaikan dgn cara baik..Sekurang-kurangnya kedua-dua pihak tak berkecil hati..Tak pelah, kemungkinan benda dah berlaku dah pon..

Wassalam..




No comments: