counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

11 Jan 2012

~March and March~

Assalamualaikum..Malam ni aku tak boleh nak pejamkan mata lagi..Maksudnya aku susah nak lelapkan mata..Erti kata lain, tak boleh nak tidur dengan lena..Macam-macam benda yang sedang aku fikirkan sekarang ni..Cewah! Macam masalah berat yang tak boleh dipikul pulak! Padahal bendanya takde lah beban tahap dewa pon..Cuma satu je yang aku fikirkan dan kesahkan sekarang ni..Mungkin dulu aku sekadar buat endah-tak-endah je, tapi sekarang aku kena pandang serius hal ni..

March and March..Walaupon bulan sama, tapi mengikut kalendar lunar tahun kami (tahun haiwan) berbeza..Dia harimau dan aku arnab..Tapi aku rasa mengikut perwatakan kami pon turut berbeza..Dia penyabar dan aku garang..Eerrkkkk?? Macam aku harimau, dia arnab pulak! Sememangnya dia seorang yang tabah serta penyabar..Tapi aku? Aku seorang yang agak dingin serta panas baran (Baran ke?!)..Ya, sememangnya itu aku! Tapi aku bukanlah dikategorikan sebagai seorang yang queen control..Aku memahami satu sikap lelaki iaitu tidak suka dikongkong..It's a fact! Selebihnya, aku selesa dengan sikap dia yang cool dan penyabar..Senakal perangai aku pon dia tak pernah marah aku macam aku ni seorang anak kecil..Mungkin dulu dia pernah berkasar bahasa dengan aku, sekarang tidak lagi..Terima kasih kerana dia dah ubah perangai dia..Biar maintain tapi jangan sporting..Memang aku tampar laju-laju kang!


Mungkin kerana kami lahir pada bulan yang sama (jarak tarikh cuma seminggu je dari birthday aku), kami ada sedikit persamaan..Kedua-duanya mempunyai minat dibidang seni..Kenapa aku sukakan seseorang dari bidang seni? Kerana lebih selesa dan saling memahami..Nanti takde lah rasa bosan sampai menguap-nguap kalau bercakap tentang pekerjaan..Sebabnya aku paham dia dan dia juga paham aku..Apa pon, aku akan terus support dia dan bagi dia semangat supaya dia teruskan bidang profession dia tu..Itulah bakat yang aku nampak dari dia..Aku juga perlu ubah profession aku dan kembali ke bidang seni..Hahaha! Sebenarnya, aku memang meminati bidang seni semenjak dari kecil lagi dan bakat melukis aku telah diasah oleh ayah aku sendiri..Terima kasih abah sebab sentiasa support anakmu ni..

SMS yang bertarikh 10/01/2012 berjam 11:24 PM dah memberi sinar baru kepada aku..Garang-garang aku pon dalam hati ada taman beb! Finally, he's changed! Dan aku rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah Yang Maha Esa sebab bagi dia peluang untuk berubah..Setelah setahun lamanya, satu perubahan yang memang tak dijangkakan telah berlaku..Dia dah mula berfikir tentang masa depan dan sememangnya itu yang aku nanti-nantikan selama ni..Syukur! Kalau hangat-hangat tahi ayam lagi, gua memang buat aksi Titanic atas roof top beb! Wakakakaka..!! Ehem, satu perkara yang aku nak luahkan..Aku Masih Sayang Dia..

Seandainya benar dia sudah berfikir dengan serius ke arah itu, aku juga akan lakukan perkara yang sama..Don't play-play with me, huh! Be serious, ok! Dia juga dah rajin bertanya khabar aku, SMS aku dan kami dah mula berjumpa seperti dulu-dulu..Alangkah seronoknya kalau kembali seperti dulu..Tiada orang ketiga mahupon orang keempat, kelima, keenam..Macam-macam dugaan aku dah lalui..Pahit dan perit..Tapi aku mampu bertahan sampai ke hari ni..Aku sabar dan terus bersabar..Kehilangan dia membuatkan aku menunggu..Kembalinya dia membuatkan aku gembira..Dan sekarang aku dah tak tahu bagaimana perasaan aku ketika ni..Biarlah rahsia..Antara aku dengan Tuhan je yang tau..*12/12/10*


Wassalam..


P/S: Bulan lahir kami sama..Tahun lahir kami berbeza..Zodiak kami juga berbeza..Tapi kami sehaluan..Bakat dia dan bakat aku sama walaupon aliran yang berbeza.. :)


No comments: