Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

22 Jan 2012

Suatu Benda yg Diidamkan

Assalamualaikum..Sememangnya semua orang pasti mengidam sesuatu benda atau pemberian yang sangat diharapkan daripada kawan-kawan, keluarga mahupun orang yang tersayang..Dah semestinya kita mahu ia berlaku dan terjadi pada suatu hari nanti..Betul tak? Sama juga macam aku..Aku bukanlah nak mengharap, tapi aku cuma nak sesuatu yang boleh disimpan dan dijadikan sebagai kenangan..Semua orang nak ia terjadi, kan? Tipulah kalau ada sesiapa yang takde perasaan yang taknak benda-benda tu berlaku dalam hidup..Percayalah!


Sampai ke hari ni, aku masih simpan lagi beberapa barang pemberian yang diberikan oleh orang kepada aku..Orang tu tak bermaksud pacar, ya! Aku ada dua teddy bear yang besar berwarna putih dan perang..Juga beberapa teddy bear yang kecik pelbagai warna, masih tersimpan rapi dalam kotak..Kalau aku buka kotak tu, bersusun anak patung yang ada..Besar, sederhana, kecik pun ada..Sebabnya aku sukakan teddy bear dan aku pasti simpan dengan rapi benda-benda macam tu..Tapi tu semua pemberian daripada 'orang-orang lama' dan juga kawan-kawan aku..Baru hari ni aku keluarkan kenyataan ni secara umum..Hahaha! Terima kasih untuk semua itu..
 
 
Satu benda yang pasti orang takkan tahu, aku pernah bagi teddy bear pada lelaki..Ya, kenyataan ini benar sama sekali..Secara jujurnya bukan suka-suka aku nak kasi benda-benda macam tu pada orang yang tersayang..Kalau dia betul-betul sayang aku, baru aku kasi sesuatu benda yang boleh dia simpan untuk dijadikan sebagai kenangan..Satu ketika dulu aku pernah buat macam tu..Masa tu aku anggap dia yang paling bertuah dan istimewa, tapi hakikatnya aku kena terima kenyataan takdir yang dia bukan untuk aku..Rasa kecewa tu memanglah ada, lepas dia pulangkan semula pemberian yang pernah aku beri pada dia..Tak pelah, benda dah lepas dah..Ingat balik pun, tak guna..Masa bukan boleh diputar semula..
 
 
Pada usia aku genap 25 tahun nanti, aku menanti sesuatu perkara yang istimewa dari seseorang..Tak pasti benda tu akan benar-benar terjadi atau sekadar khayalan aku je..Aku taknak mengharap lagi dah..Aku cuma menanti je..Kalau tak terjadi pun, tak mengapa..Sebabnya kita cuma merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya..Penatlah kalau terlalu mengharap sesuatu yang cuma dalam khayalan je..Kalau korang berada di tempat aku pun pasti korang akan merasainya, kan? Sudahnya, aku dah taknak mengharap apa-apa lagi dah..Kalau ada, syukur..Kalau takde, aku tak kesah..

Wassalam..


P/S: Sangat sweet dan romantic serta awesome kalau lelaki hadiahkan teddy bear pada wanita..Kan kan? :)

2 comments:

Kartunis Durianz said...

Sangat2 sweet kalo lelaki hadiah BEAR yg betul2 pada wanita...hihihi!

Zyra Nazyra said...

itu satu perkara yg sgt giler..kalau koala bear, comel jugak..haha!