Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

22 Jan 2012

Bila Ingat Balik...

Malam tadi entah kenapa dan macam mana memori dalam kepala aku sebok sangat nak imbas kembali benda-benda yang dah lepas yang dianggap sudah berkulat pon kalau nak diingat semula..Aku tak tau kenapa aku masih lagi nak mencari punca benda-benda yang mungkin dah lepas bagi pandangan orang, tapi aku tak..Aku masih sebok nak cari kenyataan atau bukti yang sahih dan kukuh yang boleh aku tau dimana silapnya..Kemungkinan aku bodoh juga bebal sebab aku percaya pada orang yang dasar kaki belit yang suka memutar-mutarkan situasi yang berlaku..Entah lah..Penat bila difikir balik..Tapi ingatan dalam memori aku ni masih kuat..Nak delete dan refresh balik memang payah..Alangkah bagusnya kalau ada sejenis virus yang boleh memadam semua folder-folder yang tak diperlukan tersimpan rapi dalam otak aku ni..

Bila baca balik bahan-bahan yang mungkin boleh menimbulkan rasa benci pada orang-orang yang tak kuat iman, sungguh menyakitkan hati aku..Lagi sakit hati bila aku dapat tau perkara-perkara yang berlaku diluar batasan pemikiran aku..Sebab apa dan kenapa aku pon tak tau..Dimana silap aku, menimbulkan tanda tanya..Mungkin orang lain tak paham, tapi cukup kalau aku je yang paham..Apa yang seronok sangat kalau main permainan hide and seek? Cuba cerita! Aku pon tak paham apa yang dirasakan seronok sangat dengan permainan tu..

Sejujurnya, rasa sakit hati aku mulai timbul kalau aku terbaca semula huruf-huruf yang tertera di skrin laptop dari sumber-sumber tertentu..Walaupon aku tau benda tu dah lepas, tapi kejadian yang berlaku ketika itu sangat-sangat mendukacitakan..Maaf kalau aku dah tersumpah-seranah ayat-ayat yang tak sedap didengari oleh deria pendengaran..Kesabaran aku boleh dikawal tapi kalau betul-betul dah mencabar tahap paling maksimum, apa pon boleh jadi..Aku tak minta jadi macam ni..So sendiri kena ingat-lah!

Setiap kali aku buka satu folder yang sengaja dirahsiakan dalam laptop kesayangan aku ni, aku mula rasa marah..Lagi-lagi kalau aku tengok gambar-gambar si polan itu dan si polan ini, lagi sakit hati..Bertambah benci bila ditanya dan dengan selamba dijawab, "dia adalah itu dan dia adalah ini"..Siapa yang tak marah, kan? Sungguh aku marah! Bila terbaca susunan baris ayat yang berunsur kata-kata manja bersama si polan itu dan si polan ini, kata-kata carutan mesti terkeluar dari bibir aku..Maaf kalau tersumpah seranah..

Kepada si polan itu, terima kasih sebab memahami..Bukan berniat buruk tetapi sekadar nak meluahkan..Terima kasih juga atas kata-kata semangat anda hingga menyebabkan aku bersabar sampai ke hari ni..Walaupon tak pernah bersua muka, tapi rasa berterima kasih tu tetap ada sebab sudi berhubung..Kepada si polan itu, terima kasih sebab tak memahami dan anda pernah bersaing untuk merebut sesuatu yang mungkin boleh dianggap ada nilainya..Kalau anda boleh memahami aku ketika itu, anda juga boleh merasai apa yang aku rasa masa tu..Sakit ke tak kalau anda kehilangan sesuatu yang anda anggap sangat berharga, sama macam yang aku alami..Sebenarnya aku pon tak paham apa yang special sangat pada diri anda sampai dia sukakan anda..

Aku harap semua tu akan berakhir..Aku dah penat nak melalui situasi yang macam ni lagi..Tolong hentikan semua tu..Andai kata kalau situasi yang sama diulangi lagi sekali dalam diam, harap paham maksud aku..Aku dah berkali-kali ulang ayat yang sama dan rasanya tak perlulah aku nak ulang sampai aku sendiri naik meluat nak ucap ayat yang sama..Sejujurnya, ada ketika aku sendiri tak tau kenapa aku merasakan diri aku ni macam dipergunakan dan mudah dipergunakan..Kelemahan aku jangan dijadikan permainan..Bukan sekali dua aku rasa macam ni, tapi dah berkali-kali aku dipergunakan..Sifat berperikemanusiaan yang dianugerahkan kepada aku bukan untuk dijadikan bahan permainan..Bersyukurlah sebab aku masih ada naluri rasa simpati, bertimbang rasa dan mengambil berat..Ayat yang terakhir, jangan cuba hilangkan tiga naluri yang berharga yang ada pada diri aku tu..


Wassalam..


P/S: peace yaw! :)


No comments: