counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

12 Jan 2012

Talkative but Secretive

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Malam ni aku nak post entry yang mungkin berkaitan dengan diri aku, atau orang lain, atau seumpama dengannya..Yelah, kalau kita berkawan dengan ramai orang belum tentu kebanyakan orang tu akan suka dengan kita..Betul tak? Inilah kenyataannya..Memang tidak dinafikan-lah! Bak kata pepatah, "Berkawan biar beribu, bercinta biar satu"..Cewah! Aku dah tersalah pepatah ke ni? Bak kata orang-orang tua, "Berkawan biarlah berpada-pada..Pandai-pandailah memilih kawan"..Haaa, ni baru betul!

Sejujurnya aku memang seorang yang banyak bercakap..Ni kebenarannya..Siapa yang tak kenal aku tu mungkin akan kata aku ni sombong, kekwat atau sebagainya, tapi hakikatnya hanya kawan-kawan yang rapat dan betul-betul mengenali aku je yang tau aku ni macam mana orangnya..Maklumlah, kita bukan tau pon apa pandangan orang-orang sekeliling kita bila bercakap tentang kita..Bab umpat-mengumpat tu dah menjadi kebiasaan..Lali dah dengan benda-benda yang macam ni..Biarlah orang nak kata apa pon..Yang penting kita buat hal kita dan tak kacau hal orang, sudah!

Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang mesra alam..Mesra alam maksud aku bukanlah aku cintakan dan memupuk semangat Bumi Hijau seperti kempen yang kerajaan buat sekarang ni..Mesra alam bagi aku tu bermaksud peramah..Salah ke kalau aku ni jadi seorang yang peramah? Mungkin ada dikalangan orang-orang sekeliling aku yang kurang senang dengan sikap peramah aku ni..Tapi ada aku kesah ke? Aku ada ramai kawan pon itu hak aku..Berkawan tak salah selagi aku pandai memilih kawan..Nak cari orang yang betul-betul boleh dijadikan kawan bukan mudah ya! Maklumlah zaman serba moden macam ni ramai orang yang suka mengambil kesempatan dan suka mempergunakan kita..Bila senang semua kawan datang, bila susah semua kawan hilang!

Sepanjang hidup aku selama 25 tahun ni, dah macam-macam orang aku kenal, dah macam-macam jenis orang aku nilai..Yang sosial, yang alim, yang bijak, yang cantik/kacak, macam-macam lagilah! Tak bermakna aku ni memilih kawan..Aku memilih pon sebab aku nak cari orang yang betul-betul boleh dijadikan kawan..Bukan kawan yang suka mempergunakan kawan..Not good, not good..Aku bukan jenis yang macam tu..Aku memang suka bantu kawan-kawan aku bila mereka susah, tapi ada kalanya aku terasa diri aku ni macam dipergunakan..Hakikat! Biarlah..Nak diingatkan balik pon tak guna..

Aku suka bercakap..It's a fact! Tapi aku bercakap pon bukan pasal benda yang merapu-rapu..Kalau bab bergurau tu, biasalah..Mungkin kadang-kadang aku terlepas cakap ataupon cara gurauan aku yang agak kasar, tapi alhamdulillah setakat ni aku belum terima sebarang komen yang negatif dari kalangan kawan-kawan aku..Agaknya mereka dah sebati dengan cara gurauan aku yang ada kalanya agak tidak bertapis tebal-tebal..Haha! Relax la kan..Kalau rasa diri tu tak boleh dibawa bergurau, dok jauh-jauh dan jangan nak menyampuk!

Ni aku nak bercakap sikit tentang kebenaran disebalik sifat aku yang banyak cakap ni..Walaupon aku memang seorang yang talkative, tapi aku juga seorang yang secretive..Kenapa? Bagi pendapat aku, tak perlulah kita nak bagitau pada semua orang tentang rahsia peribadi diri kita..Betul tak? Ada masanya kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan semua orang sebab mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang memang susah nak ditutup..Kalau orang dah canang hal kita macam-macam, tak ke dianggap mengaibkan tu? So, be careful lah! Sebab itu aku memang tak gemar nak menceritakan tentang hal peribadi aku dari A hingga Z pada semua orang termasuk kawan-kawan yang rapat dengan aku sendiri sebab kita tak boleh terlalu percayakan orang..Rambut sama hitam tapi hati lain-lain..Betul?

Jadi aku nak meminta maaf terlebih dahulu andai kata ada mana-mana kawan yang terasa hati dengan aku sebab tak berjaya nak menyelidik hal peribadi aku satu-persatu..Biarlah ia menjadi rahsia..Aku bukan tak percayakan sesiapa, tapi hakikatnya aku susah nak percayakan orang 100% sebab kalau orang dah tikam kita, sampai bila-bila orang lain tak kan percayakan kita..Betul tak? Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang aku pernah lalui sepanjang 25 tahun aku hidup di muka bumi ni..Bukan cerita yang direka semata-mata..Setiap orang akan bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui, kan?

Memang aku ramai kawan lelaki..Tapi itu tak bermakna orang boleh sesuka hati menggelarkan diri aku ni seorang player..Kalau aku dengar orang cakap macam tu kat aku memang aku sumpah seranah! Faktor kenapa aku lebih selesa berkawan dengan lelaki kerana aku rasa lelaki lebih memahami kot..Faktor lain, lebih senang nak bergurau dengan lelaki sebab lelaki kan agak kasar..Aku mengaku cara gurauan aku memang agak kasar dan mungkin sesetengah perempuan tak boleh nak terima cara gurauan aku ni..Kalau bab carut-carutan bahasa Melaka dan pelbagai bahasa lain tu dah kebiasaan bagi aku..That's whylah aku rasa aku boleh mengawal diri aku supaya aku kebal dengan bahasa carut-carutan..Walaupon bunyinya kadang-kadang macam agak keji dan hina bila didengar, tapi kalau dah biasa tak menjadi masalah besar, kan? Tapi aku takdelah nak mencarut dan memaki sesuka hati kat orang..Aku pon boleh fikir perasaan orang, beb!

Paling aku suka apabila berkongsi cerita dengan orang..Alah, setakat kongsi cerita tentang zaman kanak-kanak yang nakal tu memang no hal, lah! Semua orang pon pernah menempuhi zaman kanak-kanak, kan? Tapi seronok juga kalau menjadi pendengar yang setia sebab sekurang-kurangnya aku boleh dapat pengajaran daripada cerita yang orang ceritakan..Mungkin ia boleh dijadikan teladan..Hehe! Tapi aku takdelah nak sesuka hati menceritakan hal kawan-kawan kat semua orang..Aku tak kan mengaibkan kawan-kawan aku sendiri sebab aku sayang mereka..Sayang tak bermaksud cinta ya! Jangan pulak ada yang salah tafsir mengatakan aku ni lesbian atau player atau sekumpulan dengannya..Eeeuuuwww..Minta dijauhkan!

Akhir sekali, aku nak mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku dan sesiapa saja yang pernah berkawan dengan aku, atau baru nak menjadi kawan aku, atau seumpama dengannya sebab boleh terima diri aku sebagai kawan korang seadanya..Aku juga nak meminta maaf kalau ada diantara sesiapa saja yang pernah berkecil hati dengan aku, atau terasa hati dengan aku, atau sakit hati dengan aku, atau segolongan dengannya, diminta supaya dimaafkanlah ye..Aku pon dah tak menyimpan dendam pada sesiapa lagi sebab aku rasa takde gunanya aku nak berdendam dengan orang tanpa sebab munasabah..Makin menyakitkan lagi adalah! Oklah, gua chow dulu..

Wassalam..

2 comments:

Cik Muncung said...

cakap selagi boleh cakap, diam slagi boleh diam :)

MUZAK said...

tumpang singgah .
singgah blog Ali jugak . ngeh3
jom3