counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

18 Jan 2012

Tiada Persefahaman

Assalamualaikum..Akhirnya aku dapat gak idea untuk dijadikan tajuk pada malam ni..Setelah puas aku memerah otak nak berfikir sambil terguling-guling atas tilam selama berjam-jam lamanya semata-mata nak cari tajuk untuk dijadikan cerita yang macam karangan..(Ni kawan aku yang kata, bukan aku yang kata)..Actually lah kan, tajuk cerita aku ni sebenarnya bukan cerita yang sengaja direka-reka khas untuk dibaca secara suka-suka oleh pembaca, tapi cerita ni aku sendiri pernah mengalaminya..Tiada pengalaman, tiada cerita..Setuju?

Tiada persefahaman..Tak kiralah kita takde persefahaman dengan kawan-kawan ke, dengan pakwe/makwe ke, dengan family/sedara-mara ke, atau yang berkaitan dengannya-lah..Sebab kalau dah takde persefahaman di antara satu sama lain, maka berkecailah hubungan silaturrahim sesama umat..Setuju? Sebab aku pon pernah mengalami saat sedih yang macam ni..Walaupon sakit, tapi aku masih berfikiran secara logik lagi..Takde lah sampai ke tahap nak panjat roof top bangunan 15 tingkat dan berimaginasi nak buat terjunan berani mati..Takkan masuk dalam Guinness Book of World Record pon!

Biasalah bila masing-masing dah dingin, dah benci, dah sakit hati..Macam-macam hal boleh terjadi..Tak kiralah sama ada di sekolah ke, di rumah ke, di tempat kerja ke, atau di tepi-tepi jalan sekalipon..Benda macam ni memang boleh berlaku punya..Apa pon, bergantung pada nawaitu masing-masing nak settle kan dengan cara yang macam mana..Lebih elok kalau face-to-face..Tapi zaman sekarang ni dah moden..Tak payah nak jumpa depan-depan dah..Boleh terus menyampaikan hasrat suci murni tu melalui SMS, e-mail, PM kat Fb, post kat Twitter, BBM, dan sebagainya..Korang pon mesti pernah buat hal yang macam ni kan? Betul ke tak?

Aku pon pernah gak gaduh dengan kawan-kawan, bermasam muka, tak bertegur siapa..Jujur aku cakap ni tau..Aku tak tipu..Atas sebab apa tu tak perlulah aku nak cerita panjang lebar sampai 3-4 perenggan..Cukuplah sekadar huraian jer..Atas sebab tugasan dan kerja yang membuatkan aku stress sampai hilang daya kawalan diri yang tinggi..Tambah pulak aku ni memang panas baran..Agak la jugak! Tak percaya ke? Jangan disangka aku yang kecik-kecik bonzai macam ni, aku sejuk..Ada masanya aku panas jugak..Cubalah test aku kalau tak percaya..Haaa, kecik-kecik cili api tau!

Bergaduh pasal pakwe? Itu dah sememangnya setiap wanita di dunia ni pernah mengalaminya..Tipulah kalau korang cakap korang tu terlalu jujur sangat sampai tak pernah gaduh walau sekalipon..Hakkk ptuuihhhhh! Jujur tahap dewa macam mana pon, berperang tu mesti pernah kan..Aku pon pernah! Sebabnya, aku dah buat yang terbaik sekali dia nak bye-bye pulak..Memang dasar! Masa nak kenal bukan main lagi, setiap hari nak ucap hye-hye..Tapi bila dah muak, dah bosan, dah meluat..Bye-bye katanya..Teruk lagi kejam!!! Men nowadays can't be trusted! Tapi aku ni bukanlah lesbian yang sukakan kaum sejenis..Naluri aku masih sukakan kaum Adam, ok! Cuma ada masanya kaum Adam ni memang menyakitkan hati aku..Tapi nak buat macam mana, kaum Adam berkuasa untuk melengkapkan 4 forum yang tersedia..

Dengan kawan baik sendiri pon aku pernah dingin gak..Puncanya cuma perselisihan faham jer..Maklumlah kalau dah banyak sangat kaki penyampai a.k.a CNN, macam-macam laporan keluar, kan..Yang baik jadi tak baik, yang tak baik lagilah jadi berganda-ganda tak baik..Bak kata orang, mulut tempayan boleh ditutup rapat-rapat tapi mulut manusia, nak plaster tebal-tebal pon boleh terbuka juga..Benar? Kejadian paling terpahat dalam ingatan aku masa aku belajar kat Melaka dulu..Bukan memori yang indah, tapi sangat gila! Sampai melibatkan banyak pihak padahal kesnya cuma hal kita-kita jer..Tapi orang lain pon nak campur tangan gak..Haih, masa tu kecohnya macam perhimpunan haram..

Kali ke-berapa tah ni..Baru je berjinak-jinak nak berkawan dengan orang tu dan orang ni, sekali terbantut di awal jalan..Means baru je kenal beberapa hari, dah nampak tanduknya yang tak berapa nak tajam tu..Memang dasar manusia! Maaf ye kalau aku nak cakap secara jujur ni..Aku tak suka orang mempergunakan aku..Jangan kerana aku ni baik dengan orang, korang boleh suka-suka nak mempermainkan aku ye..Aku sangat pantang..Sifat perikemanusiaan yang dikurniakan ni bukan bermakna korang boleh sesuka hati nak ambil kesempatan terhadap aku..Kalau aku dah benci, sampai mati pon aku tak maafkan dia lagi..Sila ambil perhatian..Ni penting! Aku tolong orang bukan bermakna aku nak menunjuk-nunjuk..Tapi kerana kawan-kawan takkan nak berkira, kan? Tapi kalau dah kawan sendiri mempergunakan aku untuk kesenangan diri dia dan buang aku kalau mengundang kesusahan pada dia, sampai mati aku tak nak tengok muka dia lagi!! Sebab tu aku berani menyatakan statement, "money can destroying relationship and friendship"..

Nak cari kawan yang betul-betul jujur bukan perkara yang sangat mudah ibarat menggoreng kacang tanah..Susah beb! Kalau ada pon one in a million..Tapi aku takde lah terlalu mengharap sampai nak frust-frust bagai..Kawal emosi tu, ok! Terlalu mengharap pon mengundang padah..Akhirnya kita sendiri yang merana dan kecewa tertonggeng-tonggeng..Tak senonoh gitu! Senang cerita, berpada-padalah bila nak percayakan orang..Secara lumrahnya, rambut sama hitam tapi hati lain-lain..Siapa yang tahu, kan? Tapi zaman sekarang ni susah nak jumpa rambut yang betul-betul hitam sebab dah macam-macam kaler boleh dijumpai di sana-sini..Menarik bukan? Kalau orang yang dekat pon susah nak diberi kepercayaan, apetah lagi orang yang berada jauh..Lagi bahaya!

Ok-lah, sampai setakat ni jer aku nak ceritakan..Perenggan kesembilan ni adalah perenggan yang terakhir a.k.a penutup cerita..Ada masa lagi aku menaip di blog yer..Kongskan bersama rakan-rakan..Adios..Chow!



P/S: Nasib baik haiwan tak boleh bertutur seperti manusia..Andai kata..Memang aku bela haiwan banyak-banyak jadi peneman..

No comments: