counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

7 Jan 2012

Azam Baru di Usia 25

Assalamualaikum kepada semua pelawat yg sedang melawat blog aku ni..Dengan mood yang agak tenang sambil melayan lagu Dear God (Avenged Sevenfold), aku menulis catatan ni..Begitu pantas masa berlalu..Kejap je dah melangkah ke tahun 2012..Dan aku sungguh tak percaya aku akan berusia genap 25 tahun tak lama lagi..Haha, zaman remaja aku kini dah bertukar ke zaman dewasa..Dewasa ke? Macam tak percaya pulak! -__-'

Semua orang pasti ada azam setiap kali menjelang tahun baru..Begitu juga dengan aku..Kadang-kadang azam aku tu tak menjadi..Maksudnya azam aku pasti tak tercapai..Nak buat macam mana kan? Masa dah pon berlalu..Bak kata kawan aku, "benda yang dah lepas buat apa nak dikenang lagi..You have to be strong!"..Terima kasihlah kawan sebab bagi semangat kat aku..Jatuh sekali tak bermakna selamanya kita akan jatuh..Betul tak?

Untuk tahun ni aku dah berniat..insyaAllah..Aku akan mula bertudung..Aku tak tau kenapa aku pasang niat yang macam ni sebabnya memang dah lama aku berazam benda ni..InsyaAllah..Sebab aku dah pon berjanji dengan diri aku yang aku akan berubah kerana Allah dan bukan kerana manusia..Sebab berubah kerana manusia merupakan niat yang tak ikhlas tetapi berubah kerana Allah merupakan niat yang ikhlas..Oleh itu, tak hairanlah kalau aku dah pernah kecewa sebanyak 2-3 kali kerana manusia sepanjang hidup aku..Aku kecewa kerana apa tak perlulah aku catatkan di sini..Biar aku dan Allah saja yang tau..Sesungguhnya aku tak boleh terima kalau seseorang memaksa aku berubah kerana dia sebab aku akan rasa berdosa sangat-sangat kalau niat aku tak ikhlas kerana Allah..

InsyaAllah juga aku akan kembali ke profession lama aku di bidang produksi..Aku rindukan profession lama aku dan oleh itu aku sedang berusaha mencari mana-mana syarikat yang memerlukan pekerja yang berpengalaman macam aku..Aku takde lah banyak pengalaman tapi aku dah pernah bekerja di syarikat produksi selama hampir setahun..Tapi kali ni aku mahukan kelainan sekiranya aku dah tukar profession aku nanti..Kelainan tu tak lah banyak, maksud aku, aku nak menggunakan kemahiran yang lain yang aku pernah belajar semasa di kolej dulu..Bercakap tentang soal kolej, aku sememangnya rindukan zaman belajar aku sebab terlalu banyak suka dan duka yang dah berlaku sepanjang 4 tahun aku di sana..Aku juga rindukan kawan-kawan aku yang selalu bersama dengan aku ketika susah-senang aku..Terima kasih kawan!

Satu perkara lagi, aku akan tersenyum lebar sampai ke telinga apabila rakan-rakan dan juga orang-orang sekeliling tak kiralah saudara-mara, jiran, makcik-makcik juga pakcik-pakcik yang lalu-lalang bertanyakan tentang soal jodoh aku..Dengan tenang aku menjawab, "kalau dah sampai seru saya nak naik pelamin nanti, saya jemput semua orang ya!"..Aku tak pasti sama ada jawapan aku macam ni akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap mereka tu tapi yang pasti kalau seruan belum tiba lagi tak kan aku nak frust menonggeng sampai beraksi Titanic di atas roof top bangunan kot! Logik kah?

Untuk tahun ni, maksud aku untuk usia yang bakal genap tak lama lagi, aku mahukan sesuatu kelainan..Aku nak sesuatu kelainan berlaku pada diri aku..A miracle! Aku tak tau apa yang akan berlaku pada kehidupan aku seterusnya sebab kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..Sebab usia aku dah hampir mencecah separuh abad..Eh, ye ke? Atau aku salah kira? Haha! Entahlah, aku cuma menanti kelainan tu dan aku berharap dan berdoa agar apa yang aku idamkan tu akan tercapai..Sebab aku tak mahu angan-angan aku bagaikan Mat Jenin..Oleh itu aku akan berusaha yang terbaik agar aku dapat mengecapi apa yang aku impikan..

Satu perkara lagi, aku akan cuba melatih diri aku supaya aku jadi seorang yang pemaaf dan penyabar..Aku memang seorang yang kuat memendam dan panas baran dan aku rasa ada baiknya kalau aku melatih diri aku macam ni..Aku tak nak berdendam dengan sesiapa, aku tak nak benci dengan sesiapa, aku tak nak sakit hati dengan sesiapa, aku juga tak nak jadi kejam dan zalim dengan sesiapa..Oleh itu, aku akan maafkan sesiapa saja yang pernah terasa hati dengan aku, yang pernah sakit hati dengan aku, yang pernah rasa benci dengan aku juga yang pernah menyampah dengan aku..Aku tak nak simpan lagi benda-benda yang macam ni sebab aku rasa tak ada gunanya kalau aku berdendam dengan orang..Biarlah orang nak berdendam dengan kita sekalipun, yang penting kita memaafkan mereka..Itu lebih baik, kan?

Walaupon dah beberapa kali aku rasa kecewa dan down gila-gila, tapi aku akan kawal diri aku supaya aku tak bersedih lagi dengan kejadian yang dah lepas..Past is past..Kadang-kadang bila aku ingat balik, aku rasa nak menangis sampai banjir..Hehe..Tapi, tak ada gunanya kalau aku mengenang kejadian tu kembali sebab ia akan melemahkan semangat diri..Jawapan yang relevan, lupakan saja..Itu yang terbaik..Terima kasih kepada orang-orang yang pernah bahagiakan aku dalam jangka masa panjang juga dalam jangka masa pendek dan aku akan menghargai orang-orang ni..Aku tak simpan perasaan benci pon pada mereka dan aku doakan yang terbaik buat mereka..InsyaAllah..

Sampai sini saja catatan aku untuk waktu ni..Sebab jam di laptop aku dah menunjukkan waktu 1:27 AM..Mata aku juga dah terkebil-kebil sambil kepala aku dah terhangguk-hangguk macam burung merpati..Lagu yang sedang bermain di Mp3 aku pada waktu ni ialah Talking To The Moon (Bruno Mars)..Baris kata dalam lagu ni memang mendalam dan entah kenapa aku sukakan lagu ni..Lagu ni memang ada maksudnya..

Sekian, terima kasih..
Wassalam..



No comments: