Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

11 Feb 2012

Jaga Hati?

Sejak akhir-akhir ni aku tak tau kenapa, mengapa dan sebab apa hati aku dijaga dengan baik sekali..Selalunya orang akan mentafsirkan kalau tiba-tiba hati kita dijaga dengan baik, macam ada makna yang tersorok dan tersembunyi tu..Hurmm, susah nak ditafsirkan hati budi setiap manusia di muka Bumi ni..Bak kata orang-orang tua, "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"..Betul jugak!

Kalau nak hentam melayan je perasaan ni, tak guna jugak..Rasa seperti diperbodohkan dan didungukan..Kan kan kan? Tapi aku nak buat macam mana..Kalaulah aku ni diciptakan dengan diberi keistimewaan yang boleh membaca setiap pemikiran dan kata hati manusia, langkah bagusnya..Tapi aku sedar setiap hamba Allah di muka bumi ni tidak diberi keistimewaan yang sebegitu..Wallahualam..

Aku juga ada perasaan..Aku juga ada kesabaran..Kalau dua sifat ni disalahgunakan sewenang-wenangnya oleh orang sekeliling, alamatnya mampuslah aku! Cubalah jaga perasaan dan kesabaran aku ni..Sampai bila la aku nak bertahan..Aku takde kuasa yang boleh menahan rasa sakit dan perit ni..Kalau aku ni pentingkan diri sendiri, lama-lama nanti aku hilang kawan-kawan..

Aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak melakukan kesalahan, tapi aku gagal..Yelah, manusia mana tahan dengan hasutan dan godaan syaitan..Betul tak? Aku panas baran..Tapi aku kawal emosi aku ni sebab aku taknak tempiasnya terkena kat orang lain..Mungkin sebab aku merasakan usia aku ni dah semakin meningkat dewasa dan aku boleh berfikir secara matang..Tapi nasihat dan pandangan dari kawan-kawan aku tetap terima dengan ikhlas..Jadikan iktibar!

Aku taknak kaitkan entry aku ni dengan sesiapa..Cukuplah kalau ada pembaca yang boleh memahami apa yang aku sampaikan ni..Kalau ada yang tak tau tu, baca dan diam-diam jelah..Aku rasa aku tak perlu nak stalk pasal sesiapa dan alhamdulillah kalau pembaca itu faham apa yang aku maksudkan disini..Mungkin si dia singgah menjenguk blog aku ni, atau mungkin si dia tak pernah langsung nak singgah menjenguk blog aku ni..Aku redha!

Kepada hamba Allah itu, terima kasih ya sebab kamu dah semakin pandai menjaga hati aku dan tingkah-laku kamu tu dah makin banyak berubah..Kamu dah tak macam dulu..Sedikit sebanyak perubahan kamu tu dah menyenangkan hati aku..Tapi pujian ni tak bermakna aku akan meletakkan kepercayaan aku 100% pada kamu..Walaupun dah bermacam-macam cara kamu usahakan untuk menarik perhatianku kembali, dan bergunung harapan kamu luahkan untuk melahirkan kepercayaanku kembali, aku berserah pada Yang Maha Esa..InsyaAllah segalanya akan dimakbulkan..Semoga semuanya akan diberkati..

1 comment:

noor muqaddim said...

FUhhhhh~!! Panas~! Panas~!