counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

27 Feb 2012

Ingat-Lah!

Tujuan aku menulis malam ni bukanlah bertujuan utk mengaibkan sesiapa..Tapi sebenarnya siapa yg makan cili tu dialah yg terasa pedasnya, kan! Aku takkan mentioned apa-apa pon kat sini supaya orang yg membacanya takkan tahu apa yg aku maksudkan dan utk siapa aku tujukan..Rasanya memang tak perlulah kot nak mentioned segala bagai benda, nama dan apa saja di sini..Sebab entry ni utk tontonan umum..Tak elok utk dibaca oleh kanak-kanak supaya tak menjadi ikutan..Not good, not good!

Al-kisahnya, aku cuma nak katakan setiap orang pasti ada melakukan salah dan silap, kan? Tipulah kalau ada manusia di muka bumi ni yg hidupnya memang sempurna 100% mengalahkan makhluk ciptaan yg lain..Aku juga ada melakukan kesilapan juga..Tapi setiap kali aku buat salah dan silap, aku berani menampilkan diri memohon maaf kepada hamba Allah tu andaikata aku tercelupar bicara, terkurang sopan bahasa, dan sebagainya..Yg aku nak huraikan di sini, adalah seorang hamba Allah tu yg memang selalu sangat melakukan kesilapan..Selalu sangat dan sampai bila dia nak berasa puas dan berubah menjadi seorang manusia yg baik pon aku tak tau..Bukanlah aku nak menyalahkan ciptaan Allah sebab dikurniakan perangai buruk yg sebegitu, tapi at least bolehlah mengubah perangai tu sikit demi sikit supaya manusia sekeliling akan lebih mempercayai serta menghormati dirinya..

Kalau hidup sentiasa nak menipu orang sana sini sampai bila pon diri tu tak terasa aman damai..Tambah pula suka menyeksa hati dan perasaan orang, maka bertambah-tambah lah dosa tu kan..Bukan aku nak judge diri dia, tapi aku sekadar menegur sikap yg teramat buruk pd diri hamba Allah tu..Dah berkali-kali aku menegur, tetap tak berubah..Maka bertambah-tambahlah kecewa hati ni sebab nasihat langsung tak diendahkan serta tak diambil peduli..Umpama dia sorang jelah yg betul, orang lain semuanya salah..Bila bercakap, dikatanya kita ni membebel pula..membebel utk perkara yg betul memang tak salah rasanya, kan? Bukannya membebel perkara yg buruk-buruk..Nanti panas pula telinga tu..Silap-silap keluar asap sampai hangus rentung pulak!

Kalau dah terasa diri tu sangat sempurna, tak payah nak mempermainkan orang lagi..Bukan setakat sorang je, tapi dah berbelas serta berpuluh orang rasanya yg dah terkena tempias sikap buruknya tu..Sudah-sudahlah..Usia pon dah semakin meningkat kan? So bukalah fikiran dan minda tu seluas lautan..Renungkan segala amalan yg baik-baik..Ni tak, sedar pula diri tu berperangai macam agak gampang, tapi mengaku hati tu mulia..Alahai! Ada pula manusia yg spesies macam ni..Aku pon tak tau masih ada lagi ke manusia sebegini yg suka angkat bakul sendiri??

Aku bukanlah nak mengutuk atau menghina, tapi sekadar teguran..Kalau terasa kata-kata ni agak pedas utk dibaca, abaikan aje..Lagi pon aku tau hamba Allah tu memang tak pernah ada deria rasa yg macam tu..Yg dia nampak hanyalah kaum Hawa yg cantik kecil molek depan mata jer..Nasiblah siapa yg bakal dipilih utk dimasukkan ke dalam jerat..Alasan konon sekadar kawan-kawan..Tapi melampaui batas sebagai seorang kawan..Aduh, tah apa nak jadi pon aku tak tau..Betapa powernya penangan ayat semanis madu tu..Tak payah nak calit minyak pengasih pon takpe..Kuasa rekaan ayat manis pon dah mampu menembusi kuasa minyak pengasih..Agak-agak ia tergolong dlm kumpulan syirik tak?

Selalu beri harapan konon nak berubah..Kalau betul berubah, Alhamdulillah la yer..Tapi aku rasa takde apa-apa perubahan pon..Tetap sama jer..Kalau lukis carta graf, memang barisan bar tu sekata jer..Hahaha..Macam belajar Ekonomi Asas pulak! Haih, entah-lah..Bila nak ditunaikan janji tu pon aku tak tau..Kalau sekadar janji aje aku tak kesah, tapi kalau dah sampai ke tahap sumpah-sumpah tu..Sangatlah bahaya..Jangan terlalu yakin sangat yg diri tu takkan melanggar sumpah..Kang tak pasal-pasal kena sambar petir, siapa yg rentung? Renung-renungkan lah yer..Aku sendiri pon tak berani nak bersumpah-sumpah dgn orang sebab takut kang terlanggar sumpah, hangus aku nanti kena sambar petir..

Satu lagi, janganlah asyik nak memperdaya anak-anak muda..Kesian mereka..Baru nak melangkah setapak ke dunia luar, dah terperangkap masuk dalam jerat..Bebaskanlah mereka..Tak kesian ke tengok mereka tu terseksa? Mereka tu baru nak kenal erti melangkah ke alam dewasa..Lainlah kamu wahai hamba Allah, kamu dah cukup dewasa, dah lebih matang pon..Dah seharusnya kamu boleh berfikir secara waras..Kalau nak main permainan pon, janganlah main dengan orang-orang muda..Dah tentu mereka mudah kalah dan tewas..Itu agaknya prinsip kamu kot..Golongan yg serupa macam ni lebih mudah diperdaya..Tapi tak baik-lah kan? Kalau mereka-mereka ni sumpah kamu, baru kamu tau..Andaikata mereka doakan benda yg buruk-buruk utk kamu, sepanjang hidup kamu berasa tak aman..Oleh itu, fikir-fikirkan lah ye..


P/S: tiada berkaitan dgn orang yg dah mati..tapi ada kaitan dgn orang yg masih hidup.. :)


No comments: