counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

24 Feb 2012

Kasihan Kau, Si Gadis Pra-Matang!

Rasa macam sangat bodoh sebab aku percaya kau kembali..Ternyata semuanya tak seindah janji-janji dan segala sumpahan yg kau ungkapkan dulu..Kau ulang semula perangai lama kau..Kau buat aku sakit hati lagi..Sumpah, kali ni aku memang betul-betul dah tak tahan lagi dengan sikap kau tu..Kau dah mula jauhkan diri dari aku semenjak kau kenal si gadis N..Si gadis pra-matang yg baru nak kenal dunia..Si gadis pra-matang yg belum cukup pengetahuan untuk memahami masalah-masalah orang dewasa..Aku yakin, sikap berlagak si gadis N ni tidak kekal lama..Naluri hati aku tak pernah salah..Setiap kata hati aku, pasti akan berlaku..Tak pelah wahai adik N, aku bagi kau bahagia sekejap..Aku yakin dan pasti kebahagiaan yg sedang lena dikecapi sekarang ni tidak akan bertahan lama..Sumpah! Aku lebih kenal dia berbanding kau..Aku lebih kenal sikap dia berbanding kau..Kau dah termakan janji manis yg dia taburkan pd kau..Kau mudah termakan umpan, adik N..Dia dah berjaya memasang jeratnya..Kau umpama rusa yg bakal dijerat lepas ni..Percayalah cakap aku..Sebab aku dah masak dengan perangai dia..Sikap buaya dia memang tak kan pernah berubah..Terutamanya kau, si gadis pra-matang..Perjalanan hidup kau masih panjang..Tapi kau sedang mensia-siakan hidup kau sekarang ni..Kau langsung tak ambil peduli kata-kata aku, malah kau percayakan dia..Aku biarkan, andai kata esok lusa kau dah terkena, jangan mengadu nasib dengan aku..Kau memang sangat degil! Aku biarkan kau merasai kesengsaraan yg bakal kau rasai tak lama lagi..Maaf adik, aku bukan nak berdendam dengan kau..Nasihat aku kau dah ketepikan..Kasihan melihat gadis pra-matang macam kau, adik..Tak pelah, kau nak sangat rasa keperitan tu, aku biarkan..Aku akan tunggu dan lihat sejauh mana kau boleh bertahan dengan sikapnya sama macam aku bertahan..Kesabaran aku dah mencapai tahap maksimum, tapi aku masih sabar walaupun ada kalanya hati aku tak tenang..Aku tak mengharapkan dia bakal menjadi milik aku, malah aku hanya berserah pada Yang Maha Esa..Jodoh dan pertemuan terletak di tangan Tuhan..Aku percaya itu..


P/S: Sentiasa berdoa pd Allah supaya aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik..Amin..


No comments: