counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

31 Dec 2011

Aku Juga Rasa...Aku Juga Faham...

Apa yg kita rasa, apa yg kita alami tak semua orang akan faham..Baik pendamkan drpd meluahkan..Tapi pabila dipendam, akan menyakitkan diri..Jika diluahkan, tak mungkin orang akan faham..Tak semua orang tak kan faham apa yg kita rasai..Baik diluahkan drpd disimpan..Kadang-kala seronok rasanya jadi seorang pendengar yg setia..Sekurang-kurangnya cara macam ni boleh mengurangkan tekanan seseorang yg meluahkan apa yg dipendam olehnya..Mungkin kita boleh membantu setakat yg mampu, tapi kemampuan tu bergantung kpd diri kita sendiri..Tak semua masalah yg dialami oleh seseorang kita boleh bantu sepenuhnya, tetapi kita haruslah memikirkan hati dan perasaan seseorang tu..Jangan terlalu bagi harapan yg tinggi sebab cara ni kemungkinan besar akan mengecewakan seseorang tu..Jadi jagalah hatinya sebaik mungkin supaya dua-dua pihak berasa selesa dan senang di antara satu sama lain..

Aku akan turut bersimpati dengan nasib yg menimpa orang-orang yg pernah meluahkan apa yg mereka rasa dan alami kpd aku..Aku akan cuba sebaik mungkin membantu sekadar yg mampu..Sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan beban dan tekanan yg dialami oleh insan tersebut..Kadang-kadang apa yg mereka luahkan mampu buat aku berasa sedih..Sebab aku cuba menyelami perasaan mereka w'pun tiada siapa yg tahu..Apa yg diceritakan oleh mereka boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kpd diri aku sendiri..Supaya aku dapat buat yg terbaik dan menjaga hati dan perasaan setiap individu dgn baik..Nilai moralnya jagalah hati dan perasaan masing-masing..InsyaAllah ia mampu memberi tanggungjawab untuk membantu mereka yg memerlukan bantuan..Jangan sesekali memandang rendah dgn masalah yg mereka hadapi..Berilah semangat kpd mereka supaya mereka akan menjadi orang yg berguna..

Apa yg membuatkan aku berasa sedih bila orang-orang yg aku kenali, yg rapat dgn aku berkongsi cerita mereka dgn aku..Aku juga dpt rasa apa yg dia sedang alami..Aku juga dpt rasa apa yg dia sedang lalui..Paling menyedihkan bila seorang drpdnya terasa seperti kehilangan semangat diri..Aku bersimpati dgn nasib yg menimpa dirinya..Kekecewaan yg dialami memberi impak yg besar kpd perasaan aku juga dia..Aku akan cuba jadi seorang penasihat yg baik sebab aku tak nak tengok dia kecewa sampai bila-bila..Sekurang-kurangnya aku dpt membantu dia mengurangkan tekanan perasaan yg dia sedang alami..Masalah berat yg dipikul olehnya memang tak mampu ditanggung oleh dirinya seorang..Aku akan cuba beri dia semangat supaya dia tak give up sampai bila-bila..

W'pun tak semua orang tahu bagaimana perasaan aku bila aku dilanda masalah..Aku rasa tak perlu aku ceritakan semuanya kpd seseorang yg aku boleh harapkan..Cerita dari dulu hingga kini ada yg menyakitkan hati..Tapi perkara tu dah berlalu..Past is past..Kalau diingatkan balik pun tiada gunanya..Sebab masa tak boleh diputarkan semula..Andai kata kalau aku boleh kembali ke masa lampau, aku akan buat yg terbaik..Tapi semua tu hanya angan-angan belaka..Haha..Kelakar rasanya kalau aku cuba berimaginasi benda yg tak mungkin terjadi macam tu..Be positive, ok!..Aku pernah berangan, alangkah bagusnya kalau aku mempunyai kuasa yg boleh digunakan untuk membantu orang-orang supaya ia dpt mengurangkan beban dan seksaan yg dialami oleh mereka..Tapi itu hanyalah angan-angan sahaja!

Maaf kalau aku tak pernah cuba menyelami perasaan yg dialami oleh orang-orang..Bukan aku sengaja nak menghindari, mungkin aku tak pernah cuba nak memahami..Kali ni aku akan cuba beri yg terbaik kpd mereka-mereka semua..Memahami masalah mereka dan menyelami perasaan mereka..Satu masalah besar yg aku tak dapat nak bantu sepenuhnya ialah..Tak perlu kot aku ceritakan di sini..Biarlah aku yg tahu..Rasa sedih juga ada, tapi aku masih belum mampu nak bantu ke tahap maksimum..Tapi aku akan rasa bahagia kalau aku dapat menyelesaikan masalah tu..Tapi aku sedar tahap kemampuan aku setakat mana..Aku tak mampu tapi aku hanya mampu mengurangkan keperitan dan kesedihan yg dialami oleh orang itu..Berikan semangat supaya dia merasakan diri dia masih berguna lagi..Jangan hampakan perasaan dia..W'pun aku sedar orang itu hampir give up dgn masalah dan hidup dia sendiri, tapi aku akan cuba jadi pendengar dan peneman yg baik..Aku akan rasa sedih sampai bila-bila sekiranya aku gagal nak berikan yg terbaik..Semoga Allah membantu dia..

Satu kelemahan aku pabila orang bercakap tentang ajal dan maut..Aku sedar tiada siapa yg tahu bila ajal dan maut itu tiba..Apa pun kita kenalah terima qada' dan qadar..Andaikata kalau dah tercatat perkara tu berlaku, aku kena redha w'pun terpaksa terima kehilangan sesuatu yg berharga..Pasti semua orang pernah mengalaminya, kan? Kehilangan sesuatu yg berharga tak mampu diganti oleh sesiapa sampai bila-bila..Sebab benda yg berharga tu kita cuma miliki hanya sekali..W'pun dapat diganti, tapi ia tetap tak sama dgn yg asli..Haih, mungkin orang yg baca catatan aku ni tak faham apa sebenarnya yg aku cuba sampaikan, tapi biarlah aku saja yg tahu..Sebab aku tak perlu buat catatan yg terlalu detail demi menjaga perasaan individu-individu tersebut..

Aku juga pernah buat salah..Dan aku rasa seharusnya aku minta maaf kpd individu-individu ni sebelum terlambat..Apa maksudnya, biarlah aku saja yg mengerti..Mungkin ada orang yg cuba nak memahami maksud aku tapi gagal..Sebabnya aku tak kan buat kenyataan yg mengarut di sini..Apa yg aku ceritakan dari perenggan pertama sememangnya ada maksud yg orang lain tak kan faham..Agak realistik-kah cerita aku ni? Itu pendapat masing-masing sebab aku juga perlu terima pendapat dan pandangan yg berbeza drpd orang yg berbeza..Apa yg aku ceritakan di sini adalah cerita benar yg mungkin tak semua orang tahu..Tak semua cerita yg boleh aku ceritakan di sini demi menjaga nama baik masing-masing..Oleh itu aku rasa tak perlu aku mention apa-apa yg berkaitan dgn individu-individu tersebut..Cukuplah sekadar huraian saja..

Aku harap orang itu akan menjenguk catatan di blog aku ni..Sebab kemungkinan apa yg diceritakan ada kaitannya..Aku tak mampu nak luahkan satu-persatu, cukuplah hanya individu tertentu saja yg mengetahuinya..Mungkin dia tahu, mungkin dia tak tahu..Tapi Allah sentiasa tahu..Aku cuma mahukan yg terbaik di antara satu sama lain..Aku nak menyampaikan pesanan aku di sini..Kepada yg dimaksudkan, aku cuma mahukan dia lakukan yg terbaik dalam hidupnya..Jangan mudah putus asa dan jangan cepat mengalah..Perjuangan hidup mesti diteruskan w'pun ada kalanya perjalanan hidup kita ada turun naiknya..Tak semua orang mempunyai perjalanan hidup yg sempurna termasuk juga aku..Semua orang ada tahap kelemahan diri masing-masing..Kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari yg akan datang..Cuba berfikir secara positif dan pandang ke hadapan..Jangan fikirkan kisah silam sebab bukan kita yg mahukan takdir kita jadi mcm ni..Terimalah takdir yg dah berlaku, jadikan pengajaran..Satu perkara lagi, berubahlah dan jadilah manusia yg berguna..

Wassalam..


No comments: