Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

25 Dec 2011

Sama Mcm Dulu

Aku rasa blog ni lah tempat yg paling sesuai utk aku taip semuanya..Benda yg sememangnya aku rasa tak pernah ada kesempatan nak dibicarakan bersama dgn kau..Aku tak pasti samada kau ada jenguk blog aku ni atau tak..Itu hak kau..Yg pasti aku rasa selesa menaip disini..Sekurang-kurangnya bila kau jenguk blog aku, kau tau apa yg aku taip ni berkaitan dgn kau..Sejujurnya aku nak cakap yg kau masih sama macam dulu..Perangai kau satu pon takde yg berubah..Menipu tu dah mmg menjadi pelengkap hidup kau..Bukan aku nak kacau kau pon..Kalau kau dah ada kehidupan kau sendiri, salah ke kau bgtau? Kenapa kau nak sorok2 mcm aku nak upah sepasukan penyiasat utk siasat segala kegiatan kau? Kau pon bukan berada jauh dari aku pon..Lambat laun boleh jumpa juga..Aku tau salah satu sebab kenapa kau masih nak berbaik dgn aku, kerana JANJI kau tu..Aku ingat sampai bila2..Kalau kau lupa pon, kau jangan menyesal kalau kau tak tunaikan janji kau tu..Sebab kita masing2 tak tau ajal kita sampai bila..So sebelum terlambat, kau langsaikanlah apa yg patut kau langsaikan ya..


Aku tak tau apa motif utama kau kerap SMS aku, bertanyakan khabar dan sebagainya..Dah semestinya aku mula rasa syak dgn tujuan kau tu..Aku rasa kau cuma nak ambik hati aku supaya aku tak bertindak lebih agresif..Kau jangan risau..Kalau kau berpegang pada janji, aku tak kan buat lebih dari tu..Kau takut kehilangan kawan kan? Sampai kau suruh kawan2 kau satu-persatu 'block' aku dari sebuah laman sosial ni..Aku tak kisah sebab aku bukannya spesies pengecut mcm kau..Tau cakap tapi takut nak bikin..Kau dah tau benda yg menjadi kesalahan kau tu, kau takut nak tampil kehadapan, mengaku dgn jujur..Baru aku tau di mana letaknya keberanian seorang jantan mcm kau..Maaf kalau bahasa aku agak kasar bunyinya..Seorang lelaki yg berani mesti tau menjaga maruahnya..Bukan jadi sotong mcm kau..Tau pulak kau penat bila setiap orang bercakap tentang hal kau sana-sini-situ..Baru sekarang kau sedar erti penat? Selama ni kau mempermainkan orang, kau tak reti penat pulak? Cuba kau bilang, dah berapa ramai orang yg kau dah sakiti perasaannya termasuk aku..Senaraikan..Ramai tak? Cuba kau bilang, dah berapa ramai orang yg kau dah mempergunakan kelemahannya termasuk aku..Senaraikan..Ramai tak?


Kau tak perlu nak ambik jalan yg begitu mudah dgn cara menyembunyikan diri serta melarikan diri dari segala masalah..Sebab setiap masalah tu tak kan datang kalau bukan kau yg menjadi puncanya..Boleh tak kau buka mata dan pemikiran kau seluas-luasnya dimana letaknya sifat kejujuran kau tu? Aku dah lama pendam ayat ni selama ni..BODOH..Sebab? Kau lepaskan orang yg dah sayangkan kau separuh nyawa..Kau cari yg baru yg tak reti nak sayang kau sebaik-baiknya..BODOH..Betul tak? Kau hanya pandang rupa paras serta kemewahan seseorang tu..Kau anggap rupa paras yg menawan tu boleh memberi kebahagiaan kpd kau..BODOH..Sebab kau dah mengaburi pandangan mata kau sendiri dgn kecantikan rupa seseorang..Aku bukan nak mengutuk atau mengeji..Kau bukan orang "seni" bg pandangan aku..Kau cuma kenal erti "seni" dr segi rupa paras dan harta benda.."Seni" dr segi profession kau, itu tak bermakna apa-apa..Sebab pemikiran kau masih belum cukup matang dan sempurna..Kau hanya mengagungkan diri kau seperti seorang yg cukup sempurna dlm segala sifat..


Aku tak kisah kalau kau nak mencacatkan nama serta diri aku kpd kawan-kawan seangkatan kau..Tapi kau perlu sedar yg ramai lagi orang yg tak boleh nak terima diri kau seadanya..Baik didepan, juga dibelakang..Tak semua orang yg kau dah sakiti boleh menerima kau dgn mudah..Luka tak kan sembuh dgn cepat..Luka yg parah mengambil masa yg lama utk sembuh..Mungkin berbulan, mungkin bertahun..Kesimpulannya, aku nak katakan yg kau tetap sama mcm dulu..Tiada perubahan yg berlaku ke atas diri kau w'pon aku sedar dah berbulan lamanya aku tak bertemu dgn kau..Kau hanya beritahu aku keadaan kau ketika kau sakit..Kau pasti lupakan aku ketika keadaan kau sihat..Begitu juga kitaran situasi yg sama berlaku, benda yg sama terjadi..Sejauh mana aku boleh percaya dgn setiap ayat-ayat yg kau sampaikan, Wallahualam..Hanya Tuhan saja yg tau..