counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

28 Dec 2011

Cakap-Cakap?

Dulu2 orang kata sebelum nak bercakap tu pandang kiri-kanan-depan-belakang, takut kalau2 ada orang dengar perbualan nanti..Tapi sekarang ni, orang dah tak payah nak buat mcm tu lagi..Just straight-to-the-point..Hah, lagi senang..Perbualan boleh dibuat melalui SMS, e-mail, laman sosial, laman chatting dan sebagainya..Cara yang paling berkesan sebab apa yang kita nak bualkan tu dapat disampaikan terus tanpa berfikir panjang..Yelah, nak call nanti membazir kredit pulak semata-mata nak bergosip..Iya kan? Haha..jangan nak salahkan perempuan je sebab lelaki sekarang ni pon dah pandai bergosip juga..Kiranya masing2 sama aja..Adil kan!

Cakap-cakap..Bercakap mengenai sesuatu benda atau perkara yang dah sememangnya realiti tu takpe, kan? Bukan rekaan semata-mata, tapi dah memang ia berlaku secara realiti..Mungkin seseorang individu tu sudah disakiti, sudah dipermainkan, sudah diperbodohkan, juga sudah ditipu..Oopsss! Aku yakin ramai yang pernah mengalami nasib yang sebegini..Tipulah kalau tak pernah langsung terkena penangan "sakit hati" yang macam ni seumur hidup, kan? Oleh itu, janganlah menyakiti hati orang, janganlah mempermainkan perasaan orang..Kelak diri kamu juga yang menjadi perbualan orang ramai..Lagi2 kalau kamu tu seorang yang dikenali..Erti kata lain diri kamu tu famous-lah..Lagi seronoklah orang bercakap tentang kamu kan? Oleh itu, jagalah hati dan perasaan orang sekeliling terutamanya kawan2 juga yang tersayang..

Setiap manusia pasti akan berubah..Aku yakin itu..Semua itu berlaku bergantung pada nawaitu diri masing2..Kalau dah berniat nak berubah, baguslah..Teruskan niat baik itu..Jangan pula sekadar hangat2 tahi ayam..Kecoh sana, kecoh sini kata nak berubah..Beriya-iya meyakinkan orang sekeliling, tapi diri tetap seperti dulu..Not good, not good..Perhatian daripada kawan2 juga ahli keluarga itu penting..Kalau kamu dah cukup berkeyakinan nak berubah, tinggalkan perkara yang lepas, itu dah cukup bagus..Niat tulus-ikhlas-suci-murni tu..Wa support lu beb! Ingat, terlajak perahu boleh diundur..

Kadang2 apa yang kita nak cakapkan dan sampaikan ni bukan berniat nak memburukkan orang..Tapi sekadar nak menasihati..Mungkin kita tak berkesempatan nak bercakap secara face-to-face..Sebab, kita tak diberi peluang untuk bercakap..Atau individu tu buat seperti endah-tak-endah bila kita nak bercakap..Erti kata lain, buat2 macam malas nak dengar..Degil teramat! Cubalah bertanya kepada individu itu apa yang nak dicakapkan mengenai diri kita..Cara macam tu kan bagus..Kadang2 pakai orang ketiga ni pon bukan boleh dipercayai sangat..Sebab dia boleh mereka-reka cerita yang agak mustahil sekali kita cakapkan..Lain kita cakap, lain pula disampaikan..Dah macam cerita berangkai yang berepisod pula..Hishhh, not good, not good..

Aku tau orang yang takde dalam senarai followers aku ni ada singgah menjenguk blog aku..Berdasarkan kata2 yang sudah pon ditapis menunjukkan memang benar ada beberapa individu menjenguk blog aku secara diam2 juga senyap2..Tapi apa yang dinyatakan sudah cukup bukti menunjukkan ia adalah benar w'pon ayat sudah ditampal setebal-tebalnya..Terima kasih-lah kepada individu yang sudi meluangkan masa beberapa minit singgah ke blog aku membaca catatan aku yang dipampang secara terbuka ni..Aku takdelah mention sesiapa, sebab tak patut rasanya..Cukuplah kalau Tuhan saja yang tau..Lagi bagus, kan?

Oh, ya..Satu perkara lagi..Laman sosial aku sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan2 baru..Tapi ada juga individu yang tak berperikemanusiaan yang cuba menceroboh laman sosial aku secara diam2..Aku tak taulah angkara siapa sebab aku memang cukup benci dengan perbuatan manusia durjana seperti tu..Sekejam-kejam perangai aku pon takdelah sampai nak menceroboh hak asasi individu..Not good, kan? Sezalim-zalim perangai aku pon aku takdelah sampai nak block orang sesuka hati..Aku takde perasaan yang seperti tu..Sebab kalau kita dah menambah rakan dengan niat nak berkawan, teruskan ajelah niat tu..Tak perlulah nak block atau remove rakan2 bila dah timbulnya rasa benci dan meluat..Betul tak? Itulah perangai yang paling tak bagus yang ada dalam diri individu..Bila nak berkawan, bukan main baik lagi menyampaikan hasrat dan niat ikhlas-suci-murni tu..Tapi bila dah jumpa kawan baru, bukan main lagi cepat2 block serta remove kawan2 yang tak diperlukan..Hishhh, kalau sekadar nak main2 baik tak payah tambah rakan..Betul tak? Nak berkawan tu biarlah dengan niat yang ikhlas..Kalau sekadar pandang rupa paras tu, lupakan ajelah..Sebab tak semestinya orang yang berupa paras cantik menarik tu baik..Dan tak semestinya orang yang berupa paras buruk hodoh tu tak baik..Elakkan-lah sikap yang suka menilai kecantikan luaran..Sebenarnya kecantikan dalaman tu adalah aspek utama dan paling penting dalam memilih kawan..Rambut sama hitam, tapi hati lain2..

Oklah, aku rasa cukuplah sampai perenggan yang ke-7 ni..Sebab aku pon macam dah kekeringan ayat nak menaip lagi..Kalau diikutkan hati, boleh je aku sambung sampai berjela-jela perenggan..Tapi takut kang orang yang membaca tu tak larat nak membaca lagi..Anyway, terima kasih kawan2 sebab ada dikalangan individu yang berkawan dengan aku dengan niat yang baik dan ada juga yang berkawan dengan aku dengan niat yang tak baik..Yang berniat tak baik tu, sedar-sedarlah ye..Jauhkan-lah sikap tak elok tu..Jangan cuba mengambil kesempatan ke atas kesenangan aku dan lupakan aku sekiranya aku kesusahan..Nak berkawan bukan macam tu caranya..Not good, not good..Anda baik dengan saya, saya juga baik dengan anda..Sama-samalah kita memupuk sikap yang jujur dan adil.. <3

Wassalam..


P/S: Aku tak suka dengan orang yang suka membangga diri..Kalau diri tu tak cukup power tak perlulah nak dibanggakan sangat.. :)


1 comment:

Frozen666 said...

ada cite terbaru la \m/