Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

27 Dec 2011

Kahwin Muda

Malam ni aku nak bercerita tentang topik kahwin muda..Mungkin cerita aku ni boleh mendatangkan sensitiviti kpd sesetengah individu..Mungkin juga boleh dijadikan pengajaran kpd sesetengah individu..Cerita ni bukanlah cerita rekaan, tp berdasarkan cerita yg telah diceritakan oleh beberapa orang kawan aku yg sudah pun menempuhi zaman kahwin diusia muda..


Al-maklumlah, bak kata orang tua2 eloklah kalau kahwin diusia muda untuk mengelak drpd berlakunya kejadian2 yg tak diingini..Ya, betul tu..Tp bg aku kahwin tak boleh dipaksa-paksa..Betul? Tunggulah diri tu betul2 sudah bersedia dr segi mental dan fizikal, ekonomi, barulah boleh naik pelamin..Betul? Sbbnya zaman sekarang ni bukan mcm dahulu-kala..Zaman mak abah kita dulu lain..Jodoh anak2 orang tua yg tentukan..Tp zaman era maju sekarang ni pon masih ada lg orang yg mengamalkan tradisi mcm tu..Wallahualam..Jodoh di tangan Tuhan..Kita hanya merancang tp Tuhan yg menentukan..


Sebenarnya, bg aku bukan senang nak cari calon yg sesuai..Betul? Masa bercinta semuanya indah..Bak kata perumpamaan, pijak semut pon tak mati..Bila dah kahwin, muncul-lah segala belang dan taring yg disimpan tu..Baran kemain..Tp aku rasa tak semua orang bersikap begitu..Betul? Itu semua bergantung kpd nawaitu masing2..Pandai-pandailah menguruskan hal rumah tangga masing2..Betul? Aku selalu berdoa moga2 dijauhkan-lah jodoh aku drpd kalangan orang2 yg panas baran..Sbb utama aku taknak jd mangsa dera bila aku dah berumah tangga nanti..Jauhkan-lah!


Konflik ketika sudah berumah tangga ni mmg merupakan satu cabaran yg besar buat pasangan suami isteri kan..Kalau masing2 tak pandai jaga pasangan masing2, beginilah jadinya..Tp bg aku tak jugak..Kalau kita dah jaga pasangan kita bagai separuh nyawa pon, pastu tiba2 dia berubah tanpa sebab, mcm mana? Mmg taufan-lah jadinya..Mcm mana nak terima kenyataan kalau kita dpt tau pasangan kita ada skandal lain? Berperang atau sebaliknya? Berpisah atau sebaliknya? Susah kan!


Tak semestinya kahwin muda tu tak indah..Ada sorang kawan aku pon kahwin muda, sudah beranak satu lg..Tp gaya suami isteri tu ibarat "orang bujang"..Seronok rasanya..Rasa cemburu pon ada..Romantik gitu..Haha! Apa pon aku belum bersedia wpon aku sukakan budak2..Seruan belum tiba lg.. :)



P/S: Apa pon yg berlaku juga terjadi, yg penting nawaitu kita.. :)


1 comment:

TARANTULAH said...

OK DH BACA..HEHEHE