Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

20 Dec 2011

Awak kena Faham..

Sebentar tadi, pukul 1:20am aku dpt pesanan ringkas dr sorang kawan ni..Aku masih tak paham kenapa dia tak boleh terima hakikat yg aku hanya anggap dia sebagai kawan aje..Bukan aku nak mempermainkan dia, tp selama ni aku mmg anggap dia sebagai kawan je..Tak lebih dr tu..Dah lama dah aku cakap mcm ni kat dia, tp dia seolah-olah tak boleh nak terima hakikat..

"Sorry-lah ye kawan, awak juga kena paham yg saya bukan untuk awak..Saya tak boleh terima alasan yg pernah awak cakap dulu..Awak kata rupa saya ni seiras rupa bekas makwe awak dulu..Oleh sebab itu awak nak berdamping dgn saya..Saya kan pernah cakap yg saya tak boleh terima awak..Tolong-lah berhenti mengharap kat saya lg..Dari dulu sampai skrg awak masih tak berhenti mengharap, kan..Awak sanggup break dgn makwe awak (selepas yg dulu) sbb awak tak nak putus kawan dgn saya..Saya rasa mcm bersalah lepas seorang wanita menghantar SMS kat saya menyatakan dia baru je putus dgn pakwe dia..Cerita dia dan cerita awak berlaku pd hari yg sama ketika tu..Saya rasa dia makwe awak..Kalau awak nak kembali pd dia pon, dipersilakan..Lg satu, saya sudah ada pengganti..Saya harap awak dpt cari wanita yg boleh jaga awak sampai bila-bila.."

"Satu perkara lg, awak tolong ubah diri awak tu..Jangan kerana frust dgn perempuan awak sanggup berjauhan dgn family, sanggup kehilangan kerja, sanggup lupakan kawan2..Awak kena sedar tu..Kalau awak 'down' sekalipun, tak bermaksud awak gagal sampai bila2..Mungkin jodoh awak dgn orang lain..Awak kena ingat tu..Saya nak awak anggap saya ni sebagai kawan awak je..Terima kasih ya sbb awak pernah jd pendengar yg baik masa saya ada masalah dulu..Tp sekarang saya dah ok..Tak bermaksud saya lupa kat awak, cuma saya dah berpunya dan saya perlu jaga dia sebaik-baiknya..Saya sayang dia..Harap awak juga akan jumpa seorang perempuan yg boleh sayang awak..Tp perempuan itu bukan saya.."

"Lepas ni tolong hubungi saya sebagai seorang kawan ye..Tak perlu lebih2 sbb saya tak nak ia menjadi isu suatu hari nanti..Lg sekali saya nak nyatakan yg saya sudah berpunya..Tolong paham maksud saya.."



P/S: Saya cuma akan cakap 143 kpd orang yg saya sayang je.. :)





No comments: