counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

6 Apr 2012

BerAngan Lagi

Setiap orang pasti ada memiliki angan-angan memasing, kan? Begitu juga dgn aku..Aku pon ada gak menyimpan angan-angan aku sendiri..Nak tau apa yg aku selalu angankan? Meh aku senaraikan di bawah nie..


Pertama:
Aku nak kumpul duit bebanyak..Tp bukan utk kawen, sebaliknya aku nak modified kereta aku kasi cun..Sbbnya aku jeles dan tergugat bila tengok kereta orang yg lalu-lalang kat highway yg dah di-modified abes..Kereta aku tu masih suci lagi..Kalau dpt tambah lampu LED, tinted cermin gelap 70%, tambah sub woofer 12 inch, spoiler dan bumper, mmg PERGHHHH!!! Pastu buat air-brush..Lg la CLASS!! Mcm jantan kan aku nie?!

Kedua:
Aku tak nak cari pasangan hidup, tp biar ia yg datang sendiri..Sbbnya kalau mencari belum tentu dpt yg gud-gud kan? Apa pon jodoh kan di tangan Tuhan..So aku tak perlu nak gelabah tentang soal nie..Yg penting, orang tu biarlah seorang yg memahami, sporting, sempoi dan boleh menjadi imam..Kalau aku mengutarakan ciri-ciri mcm ni, mmg ramai yg mampu..Tp kalau nak jadi imam utk aku dan anak-anak, mampu kah??

Ketiga:
Aku nak sebuah bilik yg besar dan luas utk aku sorang je..Sbb aku perlukan ruang yg luas utk bernafas dan bergerak ke sana-ke mari..W'pun fizikal aku ni kecik, tp tak bermakna aku tak boleh bergerak dlm ruang yg luas, kan?

Keempat:
Memandangkan aku mempunyai ramai kawan tak kira lelaki mahupon perempuan, tp aku mencari kawan yg betul2 sejati..Maksud aku kawan yg boleh berkongsi susah dan senang bersama dgn aku..Tak kiralah kawan tu perempuan ke, lelaki ke..Yg penting dia sorang yg kuat menyimpan rahsia..Maklumlah zaman sekarang ni tak semua orang boleh dipercayai!!

Kelima:
Aku cuba buang sikap degil dan panas baran aku ni perlahan-lahan..Mmg susah nak buang sikap ni sbb dari azali lagi aku dilahirkan dgn sikap yg mcm ni..Ramai gak kawan aku yg complain, sbb aku ni mmg ternyata sorang yg degil dan panas baran..Aku jenis yg tak makan saman..Apa yg orang larang, aku buat gak..Pastu bila aku rasa rimas dan serabut, aku pasti naik hangin..That's why-lah!!

Keenam:
Aku nak Galaxy Note!!! Kerana function-nya sgt BEST dan mampu mengalahkan gadget iPad..

Ketujuh:
Aku tak pernah mengimpikan utk memiliki gadget yg canggih-manggih sbb aku tak batak sangat soal nie..Bg aku, akan datang nanti pasti ada model keluaran yg lebih canggih dr model yg ada sekarang nie..So sekarang ni aku rasa Galaxy Note adalah fon yg terbaik berbanding Blackberry mahupon iPhone..

Kelapan:
Aku nak mula mengaji semula sbb aku nak memperbetulkan bacaan aku..Maklumlah dah bertahun aku dah tak mengaji dan sememangnya syaitan dah berjaya menghasut aku supaya menjadi umat yg MALAS..Dan aku akan cuba mempraktikkan suruhan 24434 setiap hari..InsyaAllah akan berjaya dilakukan dgn sempurna..


Setakat ni jelah angan-angan yg selalu aku angankan..Tak dapat nak laksanakan semua pon tak apa..Asalkan yg angan-angan yg pertama, kedua, keenam dan kelapan tu terlaksana..InsyaAllah.. 



No comments: