counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

4 Mar 2012

Penat!

Perkara yg sangat memenatkan ialah bila terpaksa melayan karenah manusia yg pelbagai ragam..Bukan semua manusia tu ragamnya sama..Kadang-kala kita terpaksa layankan aje ragam manusia yg agak melampau-lampau..Tapi kalau tahap ke-melampau-an tu dah melebihi batas kesabaran kita, memang tiada siapa yg boleh jangka apa yg kita akan buat..Kalau tak kena penangan sebijik penumbuk, sekeping penampar juga berdas-das makian, memang tak sah, kan? Macam tulah yg aku rasa..Bukan aku nak salahkan sesiapa, tapi ada masanya aku terpaksa diamkan aje walaupun hati ni sakit bagai dihiris-hiris dgn berbilah-bilah pedang samurai..Hurm, agak melampau juga peribahasa aku ni..Haha!

Ni yg aku nak ceritakan..Aku ni bukanlah nak angkat bakul sendiri..Aku ada jugak sifat rasa simpati atau perikemanusiaan dgn individu-individu sekeliling aku..Nak berkira apatah lagi tidak sama sekali..Tapi kalau sifat baik yg aku ada ni sering dipergunakan oleh individu-individu yg agak kurang ajar serta tiada sifat terpuji, siapa yg boleh tahan..Betul tak? Aku pon ada perasaan jugak..Asyik aku je yg nak kena jaga hati dia, siapa pula yg nak jaga hati aku ni? Aku dah penat dah nak jaga hati orang sbbnya hati aku sendiri pon terabai..Senang cerita, aku masih belum merasakan ada mana-mana manusia yg boleh menjaga hati aku dgn baik..Bukan aku nak berjiwang karat mcm orang dilamun cintan, tapi aku sekadar meluahkan..Lebih elok kalau aku cakap hati aku masih belum dapat menerima mana-mana lelaki lagi..Ni bukanlah statement bagai orang yg kecewa, tapi yg nak disampaikan sebenarnya susah nak jumpa orang yg betul-betul ada chemistry dgn aku..Tipulah kalau ada sesiapa kata dapat memahami perangai aku ni camane..Aku panas baran tau!

Okey, walaupun aku ada ramai kawan lelaki, tapi bukan semua ragam mereka aku boleh kamcing..Rasanya tak perlulah kan sbb aku ni perempuan..Takkan lah aku nak buat perkara yg sama mcm apa yg lelaki buat..Rasional tak? Aku tau batas-batas aku setakat mana..Aku tau kemampuan aku..Sejahat-jahat dan senakal-nakal perangai aku pun, aku tak terlintas langsung nak mempermainkan perasaan orang..Cuma yg aku tak paham sangat tu kenapa orang yg selalu mempermainkan perasaan aku? Kalau aku ni betul-betul jahat, dah lama dah aku santau satu-persatu orang yg dah buat tahi dgn aku..Tapi agak syirik perbuatan tu..Kang aku nak meninggal nanti susah pula..Atas nasihat dari kawan aku, "Biar orang menganiaya kita, tapi kita jangan menganiaya orang..Tuhan sentiasa nampak apa yg hamba-Nya lakukan"..Terima kasih kawan atas nasihat yg membuatkan rasa keimanan aku semakin bertambah-tambah..Bukan nak membangga diri, tapi sekurang-kurangnya aku dapat kawal panas baran aku ni..Kata-kata sempoi, relax sudah!

Mungkin orang selalu merasakan yg aku ni agak cool dan sempoi sbb gaya aku dah memang mcm tu..Tapi masalah yg menimbun-nimbun tiada siapa yg tahu..Aku sendiri akui yg aku ada banyak masalah dan sampai ke satu tahap tu aku sendiri tak boleh nak menahan penat utk menanggung semua ni..Apa yg aku inginkan ialah "bebas"..Dah lama aku impikan utk hidup dlm keadaan bebas tanpa sebarang masalah juga kongkongan..Mungkin sbb ni juga aku rasa single is better..Tapi aku takde lah berfikiran tak waras mcm tu sampai taknak kahwin, kan! Cuma belum tiba masanya lagi..  Dah sampai seruan nanti aku naik pelamin-lah!

Yg terakhir yg aku nak sampaikan, kepada individu yg pernah dan selalu sakitkan hati aku ni, aku tunggu sampai individu tu sendiri datang jumpa aku dgn niat ikhlas minta maaf dgn aku..Sebabnya aku tak gemar menggunakan teknologi yg serba canggih utk meminta maaf dgn orang..Lebih afdal kalau jumpa secara face-to-face, kan? Nak berkawan berani pula jumpa terang-terang dan menyampaikan niat nak berkawan, tapi bila dah dingin, dah retak dan dah meletup, taknak pula jumpa depan-depan nak minta maaf..Haruskah menggunakan SMS, MMS, E-mail, ataupun Fb utk meminta maaf dgn orang? Mcm agak bangang cara mcm tu..Memanglah orang kata sekarang dah moden..Segalanya di hujung jari..Tapi kalau bab-bab yg mcm ni harus dipandang serius..Barulah tak timbul perasaan saling benci-membenci di antara dua pihak dan mungkin beberapa pihak..Lebih senang kalau tak melibatkan mana-mana pihak..Kan bagus kalau diselesaikan dgn cara yg baik..Bukan susah mana pun, kan?



P/S: Entah bila rasa penat aku ni nak berakhir pun aku tak tau.. :'(


3 Mar 2012

Entah Kenapa?

Aku tidur lambat lagi harini sedangkan besok aku kena bangun pagi-pagi sbb kena pergi kerja..Aku pun dah bosan dgn life aku yg sama je setiap hari..Life aku tak sama mcm orang lain..Sangat lain..Sbbnya aku keluar rumah ketika matahari terbit dan pulang ke rumah ketika bulan terbit..Agak pelik bunyinya,kan? Mmg sangat penat tapi nak buat mcm mana sbb dah memang perjalanan hidup aku hari-hari mcm ni..Ni mungkin menjadi punca kenapa aku tetap maintain kurus dan dah bertahun-tahun lamanya aku masih lagi mcm ni..Fizikal aku ni mcm orang yg kekurangan zat dan vitamin..Bukan aku nak cakap mcm ni, tapi dah ramai orang cakap aku mcm ni..Aku redha je..Memandangkan perwatakan aku ni yg persis keanak-anakan, lagilah membuatkan aku ni kelihatan seperti budak-budak..Bukan aku yg kata, tapi orang yg kata!

Sebenarnya bukan itu yg aku nak ceritakan..Sejujurnya aku akui mmg aku ada ramai kawan lelaki..Ada sbb kenapa aku lebih suka berkawan dgn lelaki walaupun ada kalanya timbul perasaan benci pd lelaki, tapi aku selesa berkawan dgn lelaki sbb aku rasa kaum Adam ni bukan jenis yg tikam belakang..Tapi aku mengaku ada juga dikalangan kawan lelaki yg mempergunakan aku dan mengambil kesempatan ke atas kesenangan aku, tapi aku kenalah lebih alert sbb manusia zaman sekarang ni mmg sukar dipercayai..Baik lelaki mahupun perempuan, sama aje!

Bukan aku tak gemar berkawan dgn perempuan, cuma aku rasa keserasian antara aku dgn kaum Hawa agak renggang..Banyak puncanya kenapa aku cakap mcm ni..Aku bukanlah yg jenis memilih orang, tapi ada kalanya aku perlu memilih kawan supaya diri aku ni tak disalahgunakan..Kadang-kadang kawan juga boleh menjadi lawan..Ibarat gunting dalam lipatan..Tikam-menikam tu dah menjadi lumrah kehidupan seorang yg bergelar kaum Hawa dan juga kaum Adam..

Apa yg aku nak huraikan di sini, aku sebenarnya dah penat dipergunakan oleh orang-orang yg dikenali juga orang-orang yg tak dikenali..Kenapa dan sebab apa tu biarlah aku dan Tuhan saja yg tahu..Aku bukanlah jenis yg suka ungkit-mengungkit, cuma aku nak rasa dihargai dan disenangi..Mcm mana aku nak hormat seseorang tu kalau seseorang tu sendiri taknak hormat aku, kan? Bukan disebabkan faktor usia dan sebagainya, sebab zaman sekarang ni pun yg tua juga perlu hormat yg muda, begitu juga yg muda perlu hormat yg tua..Hidup biarlah seimbang!

Kepada kawan-kawan aku yg cukup memahami aku, terima kasih ya sebab jadi kawan yg baik dan menjadi tempat aku berkongsi cerita serta gelak ketawa..Mungkin ada kalanya timbul masalah keserasian tu, tapi tu perkara biasa bg aku..Kalau dah kawan lama-lama tu, tak timbul soal gaduh-gaduh mmg tak menjadi adat dalam berkawan lah kan? Sejujurnya, kawan baik yg aku ada ialah lelaki, bukan perempuan!

Kalau nak diceritakan soal jodoh, aku mmg dah penat..Penat nak jawab soalan yg sama sebab benda yg sama juga yg sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku..Aku percaya Allah dah aturkan jodoh yg baik utk setiap umat-Nya..Tapi aku percaya, lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik dan wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik..Begitu juga lelaki yg jahat adalah utk wanita yg jahat dan wanita yg jahat adalah utk lelaki yg jahat..Kadang-kadang aku terfikir gak, aku ni jahat ke? Sebab setiap lelaki yg pernah berdamping dgn aku, aku agak tak berkenan dgn perangainya..Mungkin juga mereka tak berkenan dgn perangai aku..Sampai sekarang aku belum jumpa orang yg betul-betul boleh memahami aku walaupun ada dikalangan kawan lelaki aku yg dgn rasa bangganya mengeluarkan kenyataan yg dia, dia dan dia sangat memahami aku..Cubalah jangan jadi hipokrit..Kalau tak kenal perangai aku, katakan aje tak kenal..Jangan nak jaga hati aku sangat!

Aku bukanlah tak suka kalau orang jaga hati aku, tapi ada kalanya aku merasakan yg mereka cuma taknak aku terasa..Kalau taknak aku terasa, janganlah kutuk atau mengumpat aku belakang-belakang..Kalau secara kasar nak cakap depan-depan pun aku tak kesah kalau kata-kata tu tajam umpama panahan petir..InsyaAllah aku boleh tahan telinga dan hati mendengar teguran korang tu..Drpd korang tikam aku belakang-belakang, lagilah buat aku sakit hati sekali gus bertambah-tambah rasa kebencian tu dlm diri aku..Jangan buat aku jadi benci sebab aku taknak benci orang tanpa alasan yg munasabah..Melainkan atas sebab yg betul-betul tak boleh dielakkan serta tak boleh ditahan, mmg sorry-lah!

Diringkaskan, aku tau hamba Allah tu dah banyak kali buat aku sakit hati, kecewa dan segala mcm perasaan yg ada, walaupun aku dilayan dgn baik bagai seorang puteri semata-mata nak mengaburi pandangan aku utk menjayakan misinya mempergunakan aku, aku rasa bersyukur sangat sebab segala perbuatan yg buruk-buruk yg kau cuba lakukan semuanya gagal sama sekali..Kejadian tempoh hari bukan niat aku taknak tolong kau, tapi naluri hati aku dah mengatakan kau mmg tak boleh dipercayai lagi..Kemudian kau menghalimunankan diri supaya aku tak dapat nak jejak kau lagi..Aku tak kesah sebab Allah nampak dan tahu apa yg kau buat tanpa pengetahuan aku..Cuma aku nak berpesan hentikanlah perbuatan keji dan hina kau tu supaya orang sekeliling tak pandang serong kat kau lagi..Kau tak serik lagi ke setelah ramai orang menjatuhkan kau dan mendoakan perkara yg buruk-buruk tentang kau?



P/S: Aku bersyukur sebab masih ada ramai lagi kawan-kawan yg percayakan aku dan memahami aku serta masih menghormati aku.. :)


U Broke Ur Promises!

Salam..Aku menghitung hari demi hari..Boleh dikatakan setiap hari aku selak-selak kalendar utk mengira hari yg akan mendatang..Bukan sebab aku tak sabar nak menanti tarikh hari kelahiran aku..Tapi aku cuma hairan sebab dah 3 minggu hamba Allah tu mendiamkan diri..Lagi sekali hamba Allah tu buat perangai sama mcm kejadian yg berlaku tahun lepas..Aku akan sentiasa ingat dan tak pernah lupa..Sbb hamba Allah tu tak pernah nak tunaikan janji dia walaupun dah berbelas kali agaknya dia janji benda yg sama..Dah naik muak serta loya dan mual aku mendengarnya..

Seperti yg aku pernah cakap dan rasanya dah beberapa kali aku cakap, mendiamkan diri bukanlah cara yg terbaik utk melarikan diri..Hanya dasar orang yg pengecut je yg akan buat mcm tu..Sbbnya dah menimbun masalah yg dah dibuat dgn orang, pastu nak lenyap tanpa jejak pula..Not good, not good! Kalau hamba Allah tu seorang yg berani, dah tentu dia takkan menghalimunankan dirinya begitu je..Di mana letaknya maruah anda?

Segala status yg aku post kat Fb aku mungkin ada kaitannya dgn hamba Allah ni..Kalau dia tak baca pon aku tak kesah sbb mmg dah tentu dia takkan baca sbb awal-awal lagi dia dah block aku dari Fb-nya..Apa nak dihairankan sbb itu salah satu trick yg hamba Allah tu mampu lakukan utk mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak umum..Aku juga tau walaupun aku dah tak dapat nak baca setiap status update dari hamba Allah tu, aku yakin status yg diupdate mesti ada yg menuju tepat ke aku..Senang cerita, masing-masing menjadi stalker!

Kan aku pernah cakap, kalau hidup tu tak menipu orang, sudah tentu hidup kita aman..Tapi kalau jujur dgn semua orang, dah tentu orang akan hormat kita..You should know who you are! Dah acap kali dah aku cakap mcm ni, tapi kata-kata aku umpama kereta api yg bergerak di atas gerabak..Datang-dan-pergi..Dengar tapi diabaikan..Okey, datang-dan-pergi..Mcm tu jugak yg hamba Allah ni buat kat aku, dan berpuluh mangsanya..Datang bila diperlukan, dan pergi bila tak diperlukan lagi..Bukan aku nak mengungkit, cuma aku nak hamba Allah ni ingat dgn siapa dia minta tolong masa dia susah tempoh hari?

Dear U hamba Allah, u have broke your promises..U promise me that u want to change yourself but now u forget it..Sorry-lah sebab aku gagal jaga kau dgn baik sbb kau pun tak pernah nak jaga diri kau dgn baik..Aku dah cuba fahami kau tapi kau tak pernah nak fahami aku..Aku cuba sedaya-upaya tolong kau tapi kau tak pernah cuba sedaya-upaya tolong aku..Malah aku terasa mcm dipergunakan dan terus dipergunakan oleh kau..Apa yg aku buat, kau tak pernah nak hargai..Kau masih berterusan dgn perangai lama kau yg entah bila nak berubah pun aku tak tau..Mungkin kau seronok menjalani kehidupan yg mcm tu, tapi aku rasa hidup serta kehidupan kau tu sia-sia belaka..Kau habiskan zaman muda kau dgn nikmat duniawi tapi kau lupa kehidupan yg bakal kau lalui di sana kelak..Aku gagal sekali lagi nak ubah diri kau jd manusia, tapi kau tak pernah berusaha nak ubah diri kau jd yg sempurna..


P/S: jangan salahkan aku lagi!