counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

21 Nov 2011

Kebaikan Khasiat Koko

Ramai di antara kita yg tak sedar bahawa koko dan coklat merupakan pemakanan yg seimbang. Yelah, sebab kita pon makan coklat sekadar suka-suka je kan. Tp kita tak sedar tentang khasiat yg terkandung dlm coklat dan koko tersebut. Sebenarnya, kandungan lemak dlm koko bererti minuman koko dpt menyumbang lebih tenaga berbanding dgn minuman teh atau kopi.

    Sebenarnya, koko apabila dicampurkan dgn susu dan gula akan menjadi minuman yg berkhasiat dan theobromine serta kafein (masing-masing lebih kurang 2% dan 0.1% dlm serbuk koko) boleh bertindak sbg perangsang. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dgn adanya koko yg bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dlm perut kita. Coklat mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain mineral dan vitamin.

    Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi drpd kandungan polyphenols yg tinggi spt flavanoids. Kandungan yg paling penting didapati dr koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sbg catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yg memberikan tindakan antioksida yg kuat.

    Laporan kajian mendapati bahawa kuantiti antioksida yg diserap dr koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sbg makanan yg kaya dgn antioksida flavanoids dpt mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung atau dikenali sbg penyakit kardiovaskular.

    Satu kajian terhadap seekor tikus telah dilakukan dan laporan kajian itu menunjukkan bahawa antioksida yg mengalir semasa dlm keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yg baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dpt menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan emosi yg sdg dialami oleh kita.

    Ramai yg tidak tahu bahawa penuaan merupakan salah satu proses yg mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yg kaya dgn antioksida memainkan peranan penting dlm melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bg manusia yg sihat boleh dilanjutkan selama 5-10 tahun dgn mengamalkan pemakanan seimbang yg kaya dgn antioksida. Jabatan Epidemiotologi dr Harvard School of Public Health di Boston USA telah menjalankan satu kajian dan mendapati bahawa si penggemar coklat akan menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding dgn mereka yg bukan penggemar coklat.




Sumber: HM-klassifieds



No comments: