Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

18 Nov 2011

Macam mana kalau...??

Kali ni aku nak bualkan tentang topik "Macam mana kalau...??"..Ada banyak point yg aku nak katakan tentang topik ni..Bukan sbb semua situasi ni berlaku kat aku, tp sekadar nak kongsikan dgn semua orang..Pasti semua orang pernah melalui situasi yg mcm ni kan? Bak kata orang tua-tua, pengalaman tu yg memberi pengajaran kpd kita..Atau erti kata lainnya, pengalaman tu yg mendewasakan kita..Dewasa ke? Budak-budak zaman skrg ni pon kecik-kecik lg dah pandai nak bercintan-cintun..Ala-ala cinta monyet gitu..Haha!

Point pertama, macam mana kalau kita dpt pasangan yg berlainan minat/hobi dgn kita? Maksudnya apa yg kita suka, tidak digemari oleh pasangan kita..Renungkan! Mmg kita perlu beritahu si dia tentang apa yg kita suka dan apa yg kita x suka..Lg mudah pasangan kita tu nak memahami kita..Tp sebaiknya masing-masing perlu belajar bagaimana nak berkongsi minat w'pun kedua-duanya tak mempunyai minat yg sama..Itu mmg haruslah kan..Mustahil la kalau kedua-duanya langsung takde satu pun minat yg sama..Betul x? X kan lah ajak tengok wayang pun si dia x nak..X logik langsung-lah!

Point kedua, macam mana kalau kita dpt pasangan yg mempunyai ramai peminat? Hal ni kalau nak dikatakan kaum perempuan mahupun lelaki sama je kan..Ramai peminat tu perkara biasa..Tp bkn perkara biasa kalau masing-masing x pandai nak muhasabah diri..Sifat cemburu tu dah sememangnya lumrah yg ada pd diri manusia..Kalau pandai kawal, xde la perkara buruk akan berlaku..Betul x? Saling memahami tu penting..Kalau masing-masing nak berlaku curang tu, mmg x boleh nak kata apa la kan..Lelaki x boleh salahkan wanita, wanita juga x boleh nak salahkan lelaki..Sbb itu bergantung kpd nawaitu masing-masing..Kalau dah sayang, x kan la nak curang dgn pasangan..Betul x? Tp kalau nak jadikan peminat-peminat tu sbg 'play-play', sendiri tanggunglah!

Point ketiga, macam mana kalau kita dpt pasangan yg x berlaku jujur/suka menipu? Hal ni mmg susah sikit nak jawab..Sbb, ada kalanya pasangan kita menipu bertujuan nak menjaga hati pasangan masing-masing..Tp nak menipu tu biarlah berpada-pada..Silap langkah badan binasa..Seeloknya biarlah jujur dgn pasangan masing-masing kan..Setiap perkara yg kita buat biarlah si dia tahu..X semestinya perlu berlaku jujur dgn pasangan, dgn kawan-kawan pon perlu juga..Supaya nanti x kehilangan kawan..Tp kalau kejujuran tu dah disalah gunakan, mmg x boleh nak kata apa lg dah..Sendiri tanggung!

Point keempat, macam mana kalau kita dpt pasangan yg sering berhutang? Perkara ni mmg paling biasa sekali berlaku pd setiap orang..Berhati-hati tu penting..Kelak kita sendiri yg papa kedana..Orang selalu cakap perempuan mmg kaki pengikis..Aku x salahkan perempuan je, lelaki pon ada juga yg kaki pengikis..Aku sendiri pernah mengalaminya, sbb tu aku berani keluarkan kenyataan yg mcm ni..So girls, dinasihatkan berhati-hati sikit ya dgn golongan yg mcm ni..Zaman skrg ni kalau kita berduit, si dia pun makin sayang..Kalau kita x berduit, si dia kata 'bye-bye'..Mmg adat!

Point kelima, macam mana kalau kita dpt pasangan yg lebih berusia/lebih muda dr kita? Umur tu sekadar angka..Yg penting kedua-duanya harus saling memahami dan memerlukan di antara satu sama lain..Orang selalu cakap, bertuah kalau dpt pasangan yg lebih berusia sbb mereka ni lebih memahami pasangannya..X kira la lelaki berusia ke, perempuan berusia ke..Zaman skrg ni pun aku tengok ramai lelaki bercinta dgn perempuan berusia..Perempuan bercinta dgn lelaki berusia tu dah mmg lazim sgt dah..Tp kadang-kadang aku fikir balik, ada sbb ke kenapa kita pilih pasangan yg lebih berusia? Selain pengalaman, apa lg ye? Kesenangan..maybe!

Point keenam, macam mana kalau kita dpt pasangan yg panas baran/kaki pukul? Yg ni mmg perkara penting la..Kebiasaannya di awal percintaan, pasangan kita xkan tunjuk sikap panas baran mereka..Tp bila dah pertengahan hubungan, makin hangat..Kerap bertelagah, bertekak.. Haih..susah betul..Jgn kan kata pasangan yg bercinta, pasangan yg dah berumah tangga pun sama juga..Masa bercinta kemain lg lemah lembut..Tp bila dah kahwin, kemain lg kasar..Dulu topik hangat yg selalu keluar di akhbar, suami dera isteri..Skrg ni pulak, isteri pukul suami..Haha! Dunia..dunia..

Point ketujuh, macam mana kalau kita dpt pasangan yg x romantik/x humour (kelakar)? Ada sesetengah orang dpt pasangan yg mmg x tahu cemana nak beromantik bersama pasangannya.. Senang cerita, lurus bendul-lah! X boleh juga kalau camtu..Sesekali kena la juga beromantik dgn pasangan..Barulah terasa bahagia..Betul x? Kalau perasaan tu mcm kaku jer, baik xyah bercinta..Sgt bertuah rasanya kalau pasangan kita tu seorang yg humour..Jgn yg terlalu serius dan jgn terlalu kaku..Kalau si dia terlalu serius pon x seronok juga kan..24/7 nak serius jer..Gelak x boleh, gurau x boleh..Alahai, boleh hidup ke mcm ni?

Point kelapan, macam mana kalau kita dpt pasangan yg terlalu gedik/terlalu manja? Sesekali nak bermanja apa salahnya..Betul x? Tp kalau pasangan x beri respon pon, rasanya mcm sia-sia..Mungkin pasangan kita x suka atau rimas..Nak bermanja boleh, tp jgn sampai ke tahap gedik..Itu dah terlampau sgt tu..X boleh nak kata perempuan je yg ada sikap gedik tu, lelaki juga ada w'pun jarang atau susah nak jumpa lelaki yg spesies gedik mcm ni..Yg kerap kali kita nampak tu, mak nyah atau 'adik-adik'..Itu mmg naluri bg golongan mcm tu..Nak buat mcm mana!

Point kesembilan, macam mana kalau kita dpt pasangan yg berkira/kedekut? Alahai..jgn la sampai mcm tu sekali kan..Bertolak-ansur la sikit..Contohnya kalau hari ni si dia belanja kita, esok kita pula yg belanja dia..Barulah adil kan? Kalau asyik si dia je yg belanja kita, nampak gayanya tiap-tiap hari si dia makan maggi la jawabnya..Apa pun yg penting, saling berlaku adil..Barulah kekal hubungan tu..Jgn pula masa bercinta ni masing-masing x kisah, tp bila dah berumah tangga nanti masing-masing nak berkira pula..Salah tu!

Point kesepuluh, macam mana kalau kita dpt pasangan yg kuat merajuk/sering terasa hati? Susah..susah..Nak merajuk pun biarlah bertempat..Jgn setiap masa nak merajuk bagai budak kecik..Hal ni x boleh nak salahkan perempuan je sbb lelaki pun ada juga yg kuat merajuk..Mungkin sengaja buat-buat merajuk sbb nak tarik perhatian si dia supaya si dia pujuk kita..Romantik la konon-kononnya..Bertuah la kalau si dia tu pandai ambik hati dan suka memujuk..Tp pernah terfikir x mcm mana kalau si dia tu jenis yg endah-x-endah? Kelak kita juga yg menangis tertonggeng..Haha! Kadang-kadang kita x sedar gurauan kita tu boleh membuatkan si dia terasa hati..Tp seeloknya kita jgnlah buat gurauan terlampau ataupun sering kali nak kecik hati..Susah la mcm tu kan? Nak gurau pun kene fikir 10 kali..Kalau xde gelak ketawa, x cerialah hidup!


No comments: