counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

30 Mar 2012

Menuding Jari?

Maaf kalau entry aku ni boleh menyebabkan ketidakpuasan hati individu ni, tp apa yg aku nak sampaikan di sini sebenarnya aku memang marah sgt-sgt dgn sorang Hamba Allah ni sbb dia dah menuding jari kat aku..It's okay kalau Kau dah punya yg baru, aku cuma nak ingatkan yg kau sebenarnya dah lupa daratan..Kau ibarat seperti kacang lupakan kulit..Nak tau kenapa? Jawapannya ada pd diri Kau sendiri..Kau lah puncanya dan Kau lah penyebabnya dan agak logik jugak kalau aku cakap semua jawapan kpd persoalan ni terletak pd diri Kau sendiri..Kau jgn nak kata benda yg buruk-buruk pasal aku sbb aku rasa aku tak pernah nak khianat dgn Kau tp Kau yg khianat dgn aku sebenarnya..Kau masih ingat atau Kau dah lupa? Lagi satu pesanan aku, kalau bukan kerana aku, HARAM takde sorang pon skandal-skandal Kau yg nak tolong Kau masa Kau susah..Apa yg aku buat semuanya bersebab tp Kau masih lalai dan Kau ingat apa yg Kau buat tak terkena pd diri Kau sendiri? Kau silap sebenarnya..Memang tak semua manusia tu sempurna tp Kau pon haruslah sedar yg Kau pon bukannya sempurna sgt..Kalau Kau tak pandai nak manage kewangan diri Kau, sampai bila-bila pon Kau takkan maju..Dan kalau Kau tak pernah nak tipu orang sana-sini, dah tentu semua orang akan respect dgn diri Kau..Tp Kau tak pernah terfikir semua ni..Sekarang Kau tuduh akulah penyebab Kau jatuh, sebenarnya Kau silap..Kau yg menjatuhkan diri Kau sendiri..Kau tak sedar ke?? Kau bangga, Kau ego lepas Kau dah punya yg baru..Tp apa yg aku nak sampaikan, Kau sebenarnya tak jujur dgn mereka semua tu..Aku tau..Kau hanya nak melengkapkan kuota agar cukup 4 forum..Perkara yg sama juga Kau lakukan seperti sebelum ni..Sejujurnya aku nak cakap kat Kau, aku dah tak percaya kat Kau lagi dan aku dah mulai HILANG rasa hormat pd diri Kau..Aku dah tak hormat Kau lagi sbb Kau tak pernah nak hormat aku..

Kau!!!


Kau, orang yg mencipta permainan ini
Setiap perbuatan dan peristiwa direka oleh kau sendiri
Segala helah dan penipuan sengaja kau wujudkan
Semuanya kau rancang, dan kau yg mulakan... 

Kau sakit hati, dia dan dia juga sakit hati
Namun kau masih lagi tak sedar diri
Kau fikir kau hebat, dan mampu beraksi
Malah kau masih lagi tak mengundur diri...

Jangan sesekali kau bermain dgn api
Kelak diri kau sendiri yg rugi
Sakit, perit kau sendiri yg rasai
Baru kau sedar langit itu rendah atau tinggi...

Tiada gunanya kau menyembunyikan diri
Di mana silapnya, kau harus sedari
Jawapannya terletak pd diri kau sendiri
Tak seharusnya kau terus menuding jari...

Semua khilafmu tak mungkin dilupai
Perbuatanmu bagaikan manusia yg tiada harga diri
Bukan pintaku agar kau jadi begini
Apa yg berlaku adalah diatas kehendakmu sendiri...

Harap kau sedar segala kesilapanmu
Bukan ku minta bencana menimpa dirimu
Segalanya terjadi berpunca dari perbuatanmu
Kau harus redha dgn takdir yg menimpamu...

Mungkin juga hatimu sudah pun berubah
Namun ku tahu kau tak mungkin mengalah
Kau tak pernah puas dgn apa yg kau ada
Kau lupa usiamu bukan semakin muda...

Apa yg kau mahu, apa kau kau idamkan
Segala janji manismu tak pernah kau tunaikan
Kau masih tak sedar apa yg kau dah lakukan
Kau leka, kau lalai dan semuanya kau abaikan...

Kau sombong, kau bongkak dan kau juga takbur
Sampai kapan kau mahu mengundur
Permainan ini bukannya seperti permainan catur
Tersilap langkah kau tak boleh berundur...



27 Mar 2012

Pergi...


Adalah sangat sukar apabila nak melupakan
suatu perkara yg pernah berlaku dan
sangat memeritkan apabila terpaksa meninggalkan
semua memori yg masih tersimpan..

Kenangan yg berlalu merupakan sebuah memori
dan kadang-kala ia menimbulkan rasa sakit hati..
Bila diingat balik akan menjadi benci
Dan bukan pintaku nak jadi begini..

Biarkan masa berputar dgn pantas
Utk mengelakkan diri drpd menjadi lemas,
terkapai-kapai dan sukar utk bernafas
Jadi, izinkanlah aku bergerak dgn bebas..

Memori, tolonglah pergi sejauh-jauhnya
sehingga ia terus hilang dr pandangan mata
Pintaku supaya ia pergi dan tidak kembali lagi
dan jangan sesekali hadir utk menyakiti hati..




P/S: amacam, power tak puisi aku ni? hahaha!!!