counter

Writer

My photo
Selangor, Malaysia
I may not be the prettiest, smartest or strongest, but at least I am me, and don't pretend to be someone that I'm not meant to be. :)

3 Dec 2013

23 Jul 2013

Telefon bimbit!

Assalamualaikum...

     Hai dan apa khabar kpd semua pembaca dan pengikut blog. Kali ni entry aku agak lain bunyinye pasal aku tak story-mory tentang life aku, tapi ni story yg berkaitan dgn alat perhubungan atau dlm erti kata lainnye ialah telefon bimbit.

     Semua orang pasti ade memiliki telefon bimbit kan? Ada yg memiliki sebuah dan ade yg memiliki sampai lebih dr dua buah telefon bimbit yg canggih-manggih. Maklumla hidup dlm arus kemodenan dunia IT ni macam2 jenis henfon ada dan fungsinye berlainan mengikut jenis model. Zaman skrg nih budak umur 3-4 tahun pon dah pandai bergaya dgn henfon masing2. Tak cukup dgn tu, ada yg berani pegang tablet yg skrin sebesar 10 inci. Wow! Zaman kita dulu (tahun 80-an) mane la ada gadget yg superb macam skrg nih. Awal tahun 90-an, pegang henfon jenis Nokia 3310 pon kita dah rasa bangga sebab mampu pakai henfon sendiri. Skrg ni kalau pegang iPhone pon orang pandang sebelah mata jek!

     Gadget canggih ni sedikit sebanyak dah membantu pengguna mengurangkan kos topup setiap hari. Sebab macam2 jenis aplikasi sosial dah ada; WhatsApp, Wechat, Line, Viber, dan paling terbaru KakaoTalk. Aku pon cume install 3 aplikasi je, itu pon dah tak larat nak layan semua. Penat jari weh nak menaip itu ini. Nasib baik boleh cakap2 mcm walkie-talkie. Takyah susah payah nak taip semua. Hehehe! Apa, ingat aku ni rajin sangat ke nak menaip? Pakai laptop senang citer la der. Keyboard besar! Eksyen dah skrg, tak pandang dah SMS bagai. Membazir kredit aku je. Satu mesej send kat operator yg sama kene charge 10sen. Kalau send kat operator berlainan kena charge 15sen-20sen. Cekik darah beb! Aktifkan internet, semuanye send percuma jek tapi tiap2 bulan bila datang bil telefon jek kena kasi settle lah! Yg bestnye video call pon free pasal pakai data internet. So daftarlah pakej internet yg unlimited punye. Baru lah class!

     Tp ada benda yg korang mesti tak tau atau tau tp sengaja abaikan. Telefon bimbit a.k.a henfon juga boleh menjejaskan kulit kita. Aku ada terbaca satu artikel ni, para saintis percaya meletakkan henfon bersebelahan ketika tidor boleh amat membahayakan kesihatan. Kenapa eh? Sebab henfon akan mengeluarkan sejenis gelombang yg boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser dan masalah kulit. Nak dikatakan memang ramai yg letak henfon bersebelahan ketika tidor sebab sebelum tidor nak mesra2 dgn pakwe/makwe/tunang dulu. Pastu tertidor, tak sedar plak henfon ada kat atas kepala atau bawah kaki. Kan kan kan? Tipulah kalau korang kata tak!

     Sambung citer balik. Satu kajian yg dijalankan di Rusia mendapati bahawa henfon boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7 darjah Celcius. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. Malah beberapa saintis memberi amaran pemanasan ini bkn je boleh menyebabkan kanser kulit malah membuatkan kulit cepat berkedut, tak bermaya dan menjadi tua sebelum waktunya. Beberapa kajian dah menunjukkan radiasi henfon boleh menyebabkan kerosakan DNA dlm sel manusia berlaku dgn cepat, seterusnya merosakkan sistem imun badan utk melawan jangkitan penyakit. So, apa pendapat korang? Bahaya bukan?

     Aku selalu tidor letak henfon bawah katil. Pasal aku rasa selamat kot supaya henfon tak jatuh banyak kali ketika tidor. Henfon kalau selalu terhentak atau terjatuh nanti lama2 cepat rosak, kan, kan, kan? Nak baiki lg pon perlukan kos RM jugak kan, kan, kan? Zaman skrg ni apa2 pon perlukan duit. Takde duit maka merana lah jawabnye. Betul tak?

     So aku nak berpesan kat you all, time tidor tu takyah la letak henfon sebelah korang ye. Kalau boleh letak la henfon tu jauh2 sikit mcm kat bawah katil ke. At least selamat la jugak. Takot henfon kena curik, kunci pintu bilik tu. Hehehe! Gadget yg canggih-manggih ni jangan disangka selamat ye. Sometimes ia agak merbahaya jugak pasal ia menggunakan pancaran gelombang yg mungkin bahayanye menyerupai radiasi. Apa2 pon, beware. Pesanan ni utk diri sendiri dan utk you all jugak.

     Okesss. Jarum jam dah menunjukkan pukul 11:30 PM, maka skrg ni waktu utk aku melelapkan mata sebab esok pagi nak kerja. Ada story-mory lg nanti aku citerkan di sini. Ni kan online diary aku. Hehehe! Adios and gud nite...